BATU RAKIT (TANJUNG) 10hb March 2011- Sikap cakna dan sentiasa mengambil berat tentang permasalahan penduduk kampung sentiasa diutamakan oleh YB Haji Khazan Che Mat. Ini terbukti dengan kehadiran beliau dalam pertemuan dengan sebahagian para penduduk kampung Tanjung Batu Rakit pada jam 5.00 petang baru-baru ini.
Perjumpaan yang diadakan secara santai ini bertujuan melahirkan ucapan terima kasih para penduduk kepada YB Haji Khazan kerana telah membina sebatang jalan untuk kemudahan para penduduk disitu. Walaupun jalan yang dibina belum lagi berturap tar tetapi ianya telah memberikan kesenangan untuk para penduduk melaluinya kerana disitu tiada lagi jalan yang dapat dilalui oleh para pendudk secara resmi.
Menurut salah seorang penduduk di situ Encik Renils Hussin,para penduduk amat berterima kasih kepada YB Haji Khazan kerana dengan secepat mungkin dapat mengadakan jalan yang diminta oleh para penduduk."Walaupun pihak penduduk telah sepakat untuk memberikan sedikit tanah kami untuk dijadikan jalan ini,tetapi tindakan pantas oleh pihak Yang Berhormat merupakan satu rahmat kepada kami" kata beliau. Menurut Encik Renils lagi,tujuan para pendududuk meminta jalan berkenaan kerana salah satu projek perumahan telah dibangunkan dikawasan itu. Ini menyebabkan para penduduk dikawasan sekitar telah tiada jalan untuk dilalui.
Jalan yang panjangnya hampir satu kilometer itu kini telah dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh para penduduk untuk aktiviti harian. Hampir 70 batang pokok kelapa dan buah-buahan telah ditebang untuk merealisasikan jalan tersebut. Dan ianya merupakan salah satu sikap terpuji para penduduk kampung yang sanggup berkorban demi kepentingan bersama.
Sementara itu bagi YB Haji Khazan Che Mat pula,beliau berharap agar dengan adanya jalan yang baru dibina itu ianya dapat memudahkan segala aktiviti harian para penduduk. Beliau juga akan cuba sedaya mungkin untuk menurap jalan tersebut dengan secepat yan mungkin untuk dinaik taraf. "Semoga dengan kemudahan yang diberikan ianya dapat menerbitkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa Merakyatkan pentadbiran dan Pembangunan" kata beliau lagi.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment