Tuesday, July 12, 2011

Penghakiman Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) di Bukit Wan.

Barisan panel hakim dan Penghulu Mukim Bandar,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka bergambar kenangan dengan seluruh JKKK Bukit Wan.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 12hb Julai 2011- Setelah memenangi Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Kampung Peringkat Negeri Terengganu bagi Luar Kawasan Operasi pada 20hb April baru-baru ini,JKKK Kampung Bukit Wan sekali lagi cuba mengharumkan nama Batu Rakit didalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) pula bagi peringkat Daerah Kuala Terengganu.

Selesai tugas penghakiman dan taklimat para panel dan ajk jkkk bersalam untuk pulang.

Dengan segala persiapan yang rapi dilakukan bagi mengharapkan sebuah kejayaan, JKKK Bukit Wan juga telah didatangi oleh seluruh para panel hakim pada hari ini untuk menghakimi segala ketegori yang telah ditetapkan oleh pihak penghakiman. Pelbagai jabatan dari pihak kerajaan negeri seperti Majlis Bandaraya,Jabatan Agama,Pejabat Pelajaran Daerah,MARA,Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan juga Pejabat Daerah telah dipilih untuk menjadi panel hakim pada pertandingan kali ini.

Menjamu selera selepas selesai taklimat.

Ketibaan para panel hakim pada jam 11.45 pagi telah disambut oleh para puteri cawangan yang juga membawa bunga mangga dan juga paluan kompang.Taklimat dan penghakiman ini telah bermula pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 3.00 petang.Turut bersama hadir pada majlis ini ialah Penghulu Mukim Bandar Encik Zamari Abu Zih dan juga Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar. Pada majlis ini juga para panel hakim turut disediakan makan tengahari dengan hidangan masakkan kampung. Sedikit cenderahati juga turut disumbangkan oleh pihak JKKK kepada seluruh para panel hakim selepas majlis penghakiman selesai.

Pengerusi JKKK menyampaikan cenderahati kepada para panel hakim.

Pada majlis ini hampir seluruh para panel hakim berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh pihak JKKK Kampung Bukit Wan. Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada seluruh para penduduk kampung dan sistem perancangan kebersihan yang rapi,ianya amat memuaskan hati para panel hakim. Ianya juga dapat memungkinkan JKKK Kampung Bukit Wan dapat pergi dengan lebih jauh didalam pertandingan ini.

Para panel hakim sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK.

Pengerusi JKKK Bukit Wan (berdiri) sedang memberikan taklimat kepada seluruh panel hakim.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment