Wednesday, July 27, 2011

Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja peringkat Dun Batu Rakit 2011

Sebahagian para Puteri yang hadir ke Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja Peringkat Dun Batu Rakit 2011.

BATU RAKIT- 27hb Julai 2011 Bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman seramai 1,800 orang para Pemuda dan Puteri dari seluruh Dun Batu Rakit telah hadir pada Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja yang telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga Adun Batu Rakit. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi ini,dimulakan dengan ceramah mengenai parti Umno oleh para pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Para pemuda yang turut bersama terlibat menunggu nama mereka dipanggil untuk menerima duit dana.

Semangat perpaduan dan cintakan negara juga telah diselitkan oleh para penceramah bagi memberikan erti kata yang sebenar kepada para pemuda dan puteri tentang semangat cintakan negara. Para peserta juga telah diberikan segala maklumat tentang betapa para pejuang kemerdekaan dahulu terpaksa mengharungi segala susah dan senang demi memerdekakan negara Malaysia tercinta.

Kaum Cina tidak ketinggalan menerima duit dana Bakti Remaja.

Para pemuda dan puteri menerima duit dana bakti remaja dari pegawai bank.

Menyemak nama masing-masing sebelum dibenarkan mengambil duit dana.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Sementara itu didalam ucapan perasmian penutup oleh YB Haji Khazan pula,beliau mengajak para peserta program melihat kembali perjuangan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memberikan kesenangan kepada seluruh rakyat. Banyak jasa yang telah dilakukan oleh parti pemerintah khususnya UMNO yang bertindak sebagai tunjang, untuk menjadikan negara Malaysia terus maju dan berjaya. Perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan dapat memberikan segala keselesaan untuk keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum. Beliau juga berharap agar para pemuda dan puteri dapat bersyukur dengan segala nikmat yang telah diperolehi didalam negara Malaysia.

Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat menyampaikan taklimat kepada para peserta.

"Tiada negara, selain Malaysia yang menjaga dengan hampir sempurna rakyat didalam negara tanpa mengira kaum demi menjadikan sebuah negara yang aman dan damai" katanya.Beliau juga turut membandingkan kemiskinan yang terdapat dinegara lain yang amat susah kehidupan mereka jika hendak dibandingkan dengan negara Malaysia. Beliau amat berharap agar para pemuda dan juga puteri agar dapat melahirkan rasa berterima kasih kepada kerajaan dengan sebaik mungkin pada pilihanraya ke 13 nanti.

Khusyuk- Para puteri yang hadir sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada majlis.

Dengan harapan agar segala titik peluh kerajaan dihargai oleh semua lapisan masyarakat,beliau juga turut berharap agar para pemuda dan puteri menggunakan sebaik mungkin segala kesenangan yang terdapat dinegara ini. Diakhir ucapan beliau,beliau melahirkan rasa terima kasih kepada seluruh mereka yang terlibat menjayakan program yang julung kali diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman khas untuk para Pemuda dan Puteri Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment