Sunday, July 3, 2011

Mari g Ngail...

Ratusan joran yang disertai oleh para peserta dalam Pertandingan Mengail di Pantai Tanah Keras Pagar Besi.

BATU RAKIT (PAGAR BESI) 2hb Julai 2011- Hampir 200 orang yang telah menyertai pertandingan Memancing yang diadakan di Pantai Tanah Keras Pagar Besi yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00 kepada pemenang tempat pertama. Pertandingan yang dianjurkan oleh Encik Mustapha Deraman ini telah bermula pada jam 8.30 pagi sehingga ke 12.30 tengahari.


Encik Mustapha Deraman (berbaju biru) selaku Penganjur Pertandingan menyampaikan hadiah kepada pemenang utama pertandingan.

Peserta yang mendapat tempat pertama telah berjaya menaikkan seekor ikan todak seberat hampir 3 kilogram menewaskan peserta tempat kedua yang juga menaikkan seekor ikan todak seberat 2.5 kilogram. Peserta tempat kedua berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM700.00. Manakala ditempat ketiga pula yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM300.00 telah berjaya menaikkan seekor pari seberat 1.80 kilogram.

Pokku Mat wakil Balai Polis Batu Rakit menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Menurut Encik Mustapha Deraman, dengan sambutan yang baik dari para pengail,kemungkinan satu lai pertandingan seperti ini dengan hadiah yang lebih besar akan diadakan lagi di Pantai Batu Rakit nanti. Dan ianya mungkin akan diadakan selepas bulan puasa nanti sebagai aktiviti yang berjaya meningkatkan tarikan kehadiran orang ramai ke Batu Rakit. Pertandingan ini juga rurut menyediakan hadiah cabutan bertuah yang berupa barangan eletrik,hamper dan sebuah basikal.Beliau juga memaklumkan pelbagai pihak turut menyumbangkan hadiah dan tenaga untuk menjayakan pertandingan ini.

Encik Mustapha Deraman selaku penganjur pertandingan (berdiri) melihat tangkapan yang ditimbang.

Pelbagai hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur untuk menarik minat peserta mengail.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment