Tuesday, July 5, 2011

ADA KERAJAAN.. ADA KITA–PENGARAH APMT

Bsama Pengarah APMT 009
PERBINCANGAN - Pengarah APMT sedang menerang sesuatu
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 5 JULAI – Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Haji Roshali Taha berkata, “Anggota APMT perlu tidak lupa bahawa dengan ada kerajaan Barisan Nasional di Terengganu hari ini, maka kita ada”. Pesanan ikhlas beliau semasa perjumpaan dengan anggota di bawahnya hari ini di sini. 

Bsama Pengarah APMT 005
KANAN SEKALI - Haji Roshali Taha, pengarah APMT

     “Justeru itu, semua anggota perlu berkerja sebaik mungkin bagi menjamin kerajaan yang ada tetap kekal”, tambahnya lagi. Beliau tidak mahu di kalangan anggota bekerja hanya memihak kepada individu tertentu yang akhirnya boleh menjejaskan perpaduan sesama kita.
Bsama Pengarah APMT 006
KIRI DEPAN - anggota SLG (No.1 dan no.3) hadir sama
      Sebagaimana perancangan beliau untuk turun padang ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), maka pada hari ini beliau bersyukur kepada Allah kerana dapat melaksanakan janjinya sebelum ini. APMT Batu Rakit bertuah kerana telah dipilih sebagai DUN pertama dalam kalendar turun padang. Dengan harapan sama, beliau akan melawat di DUN lain selepas ini, khususnya pada bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.
Bsama Pengarah APMT 008
KHUSYUK - anggota APMT sedang mendengar pandangan pengarah
      Manakala Ketua Penyelia APMT DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah menjelaskan bahawa pengarah adalah bos beliau dan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (di bawah Setiausaha Kerajaan) sebagai majikannya. Sebelum itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bersama semua anggota di atas kelapangan pengarah hadir di Pejabat APMT DUN Batu Rakit hari ini.
Bsama Pengarah APMT 007
      Selanjutnya beliau mengingatkan dirinya dan rakan-rakan semua, bahawa tidak ada insan kamil (perfect) di dunia ini, kecuali Rasul Allah. Begitu juga kita semua adalah insan yang paling lemah kecuali Allah Taala.

     

No comments:

Post a Comment