BATU RAKIT (BALAI MARAS) 21HB JULAI 2011- Bagi menjaminkan kejayaan untuk para pelajar didalam menghadapi peperiksaan samaada disekolah rendah atau menengah,pelbagai pihak turut membantu untuk mencapai kejayaan tersebut. JKKK Balai Maras bersama 17 orang para pelajar dari Sekolah Menengah Intergrasi Batu Rakit telah bersama-sama menjayakan satu Program Motivasi Pelajar UPSR di Balairaya Balai Maras baru-baru ini.
Program yang diseliakan oleh Biro Pelajaran JKKK Balai Maras ini telah berjaya menghimpunkan seluruh pelajar yang akan menduduki UPSR dari Kampung Balai Maras. Mereka adalah serami 23 orang yang bersekolah di Sekolah Kompleks Mengabang Telipot dan Sekolah Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Progaram yang bermula jam 8.30 pagi ini juga turut melibatkan ibubapa para pelajar sebagai sokongan dan dorongan untuk pelajar.
Ceramah motivasi juga disampaikan bagi menambah ilmu untuk para pelajar dalam menghadapi tekanan untuk mencapai kejayaan ketika menghadapi peperiksaan. Ceramah yang disampaikan oleh bekas Pengetua Sekolah Agama Tok Jiring Encik Mohamad bin Ngah. Dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau,perkara utama yang ditekan untuk mencapai kejayaan adalah berusaha dengan gigih.Beliau juga menyarankan agar setiap ibubapa agar memantau setiap pelajaran para pelajar untuk menghasilkan kejayaan.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment