Meriah-pelbagai ragam para pemancing dapat dilihat.
BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 3hb Febuari 2011- Untuk mengeratkan lagi perpaduan sesama penduduk,setiap JKKK ada cara yang terbaik untuk merealisasikan perkara tersebut.Demikian juga yang telah dilakukan oleh JKKK Kampung Padang Kemunting di bawah Pengerusinya Haji Zakaria Abdul Rahman.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
Para pemenang bergambar kenangan bersama Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abdul Rahman (bertopi sebelah kiri) dan jawatankuasa pertandingan.
Beliau dan seluruh jawatankuasanya telah bersama-sama menganjurkan Pertandingan Mengail Ikan Darat yang bertempat dihadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting.Dengan parit yang ada begitu panjang,ianya telah berjaya menarik hampir 500 orang para pemancing untuk bersama-sama memeriahkan pertandingan ini.Acara yang bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang ini juga turut menyediakan cabutan bertuah untuk dimenangi oleh mereka yang berkunjung walaupun tidak menyertai pertandingan ini.
Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan.
Dalam ucapan perhargaan dari beliau selaku Pengerusi JKKK Padang Kemunting,beliau mengucapkan terimakasih kepada seluruh para penduduk,mereka yang telah menghulurkan bantuan dan sumbangan kerana telah memberikan satu kerjasama yang baik untuk menjayakan acara seperti ini."Perubahan yang ketara juga dapat dilihat dari segi sambutan para peserta pada tahun lepas dengan tahun ini dengan penambahan yang hampir sekali ganda" katanya lagi.
Pertandingan mengail ini menawarkan hadiah wang tunai dan hamper.Tempat pertama mendapat wangtunai sebanyak RM100.00,kedua RM70.00 dan ketiga sebanyak RM50.00.Sementara itu tempat keempat hingga sepuluh mendapat hamper dan wang tunai sebanyak RM10.00. Sebuah televesion pula merupakan hadiah utama yang dijadikan untuk cabutan nombor bertuah.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment