BATU RAKIT (PADANG POLIS) 19hb Febuari 2011- Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN) dengan kerjasama pelbagai pihak telah memulakan Program Bescomm Tour Bersama Masyarakat yang pertama pada tahun ini iaitu di pusat Bestari.Com Kampung Padang Polis Batu Rakit.
Sebahagian Pengerusi-pengerusi JKKK Dun Batu Rakit yang hadir memeriahkan Program Bescomm Tour.
Dari kiri ke kanan: Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah, Penolong Pengarah UPMN Encik Ahmad Rizal,YB Haji Khazan,Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Mohd Zamari Abu Zih dan wakil Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Pokku Mat.
YB Haji Khazan (kanan) menerima cenderahati dari Encik Ahmad Rizal Mamat.
Para urusetia UPMN turut sama mendengar ucapan perasmian YB Haji Khazan.
YB Haji Khazan (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan menaip esei.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN) Encik Ahmad Rizal Mamat menyampaikan ucapan alu-aluan.
Ketibaan YB Haji Khazan (kanan) disambut oleh Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah (kiri), Penolong Pengarah UPMN Encik Ahmad Rizal bin Mamat (tengah) dan Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih (berbaju gelap kiri)
Pengerusi JKKK Padang Polis (kiri) Haji Muda Abdullah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.
Sarjan Pokku Mat selaku wakil Balai Polis Batu Rakit menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
Program yang dianjurkan oleh UPMN ini bertujuan mendekatkan masyarakat kampung dan penduduk luar bandar dengan pengunaan internet. Ianya juga bertujuan agar para masyarakat kini tidak lagi menjadi buta IT dan terus belajar mengikut arus pembangunan zaman.
Pelbagai acara telah diadakan dalam progaram yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Antara acara yang telah diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika dan pra sekolah,pertandingan kuiz online yang terbuka kepada para pengunjung,pertandingan kuiz Tscor untuk pelajar sekolah rendah,pertandingan mencipta slaid untuk pelajar sekolah menengah dan juga pertandingan menaip esei untuk para peserta yang berumur 50 tahun keatas. Para penduduk juga telah diberikan nombor cabutan bertuah apabila mereka mendaftar sebagai pengunjung.
Program ini telah menerima kehadiran penonton lebih daripada 500 orang. Para Pengerusi-pengerusi JKKK Dun Batu Rakit turut sama memberikan komitmen pada program sulong UPMN ini. Dalam ucapan alu-aluan oleh Penolong Pengarah UPMN Encik Ahmad Rizal Mamat,beliau amat merasa bangga dengan sambutan yang telah diberikan oleh para penduduk setempat dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat. Ucapan terima kasih juga turut diberikan kepada YB Haji Khazan kerana telah memberikan satu kerjasama yang baik untuk menjayakan progaram Bescomm Tour ini.
Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan pula,beliau amat berbangga kerana Bestari.Com Batu Rakit telah terpilih untuk menjadi yang pertama dalam program Bescomm Tour Bersama Masyarakat ini. Beliau berharap agar masyarakat setempat menggunakan peluang yang terhidang ini dengan sebaik mungkin untuk bersama-sama memajukan diri didalam mengenali ilmu internet. Menurut beliau lagi kerajaan negeri juga telah banyak berbelanja demi menyebarkan pengetahuan berkenaan internet terhadap para penduduk negeri Terengganu.Ini terbukti apabila para pelajar ditahun 5 telah dibekalkan dengan E-Book untuk kemudahan mereka.
"Kerajaan negeri juga ingin melihat rakyat tidak lagi menjadi buta IT pada masa akan datang" katanya lagi.Kerajaan negeri juga turut mementingkan ilmu pelajaran demi kejayaan dan masa depan yang baik untuk anak-anak negeri Terengganu. Dengan pelajaran yang berjaya dan ilmu pengetahuan yang tinggi,ini akan membantu anak-anak untuk menjadi pemimpin dimasa hadapan.
YB Haji Khazan juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada UPMN kerana sudi memilih Batu Rakit sebagai distinasi pertama dalam Program Bescomm Tour Bersama Masyarakat. Kepada para Pengerusi-pengerusi JKKK dan juga APMT Dun turut sama diberikan ucapan terima kasih kerana sudi memeriahkan program sulong UPMN. Beliau juga berharap agar program-program seumpama ini akan terus mendapat sambutan dari pada penduduk dalam Dun Batu Rakit.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment