Sunday, January 30, 2011

PERMATA di Kampung Bukit Wan....

YB Haji Khazan beramah mesra dengan para mahasiswa UKM.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 29hb Januari 2011-Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) UKM,Bangi,Selangor telah mengadakan satu program bersama para penduduk diKampung Bukit Wan.Program ramah mesra dan santai bersama penduduk ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat selaku Adu Batu Rakit meangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Para mahasiswa bergambar kenangan bersama para Jawatankuasa JKKK Bukit Wan.

Dalam majlis yang berlangsung di Pusat Rukun Tertangga (PRT) Bukit Wan ini,juga diadakan majlis Perasmian Simposium Kepimpinan Muda 2011 dan juga Penyerahan Anak Angkat kepada penduduk Kampung Bukit Wan.Seramai 77 orang para mahasiswa dan mahasiswi UKM telah menyertai program ini.

YB Haji Khazan menerima cenderahati dari wakil mahasiswa UKM.

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini telah dimulakan dengan gotong-royong oleh para penuntut UKM bersama para penduduk kampung.Pada jam 11.30 pagi para penuntut UKM telah berkumpul di Pusat Rukun Tertangga (PRT), untuk majlis penyerahan anak angkat dan perasmian simposium kepimpinan muda 2011.Majlis yang diadakan secara sederhana ini juga telah dihadiri oleh seluruh Jawatankuasa JKKK Bukit Wan dan juga para penduduk kampung.Turut sama hadir ialah Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri iaitu Encik Hanif. Wakil-wakil dari pihak media seperti Sinar Harian,Harian Metro,NSTP dan Berita Harian turut sama hadir.

Dua pelajar UKM (dari kanan) dan ayah angkatnya (berbaju putih) bergambar kenangan dengan YB Haji Khazan (kiri),Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail (dua dari kiri) dalam majlis penyerahan anak angkat.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail,beliau sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada PERMATA kerana sudi memilih Kampung Bukit Wan sebagai tempat program mahasiswa UKM.Beliau juga juga berterimakasih kepada YB Haji Khazan kerana sentiasa memberikan perhatian Kampung Bukit Wan untuk terus bersaing dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat negeri Terengganu."Semoga dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua akan membuahkan kejayaan untuk Kampung Bukit Wan dan juga Batu Rakit" kata beliau lagi.

YB Haji Khazan (kanan) bersama para penuntut UKM dan ibu angkat mereka (bertelekung merah)

Sementara itu dalam ucapan perasmian Simposium Kepimpinan Muda,YB Haji Khazan mengharap agar para mahasiswa akan terus memainkan peranan masing-masing apabila telah berjaya mengenggam segulung ijazah nanti.Kejayaan dalam bidang pelajaran akan dapat menjamin kehidupan seseorang itu dengan lebih baik.Beliau juga banyak menyarankan agar para mahasiswa terus menumpukan segala tanggungjawab mereka kepada pelajaran yang sedang dihadapi.

Dua penuntut UKM bersama ibu angkat mereka (dua dari kiri)dan Pengerusi JKKK Bukit Wan (kiri sekali)

Semoga kejayaan yang diperolehi nanti akan dapat membangunkan bangsa,agama dan negara dengan lebih cemerlang dimasa hadapan.Ini kerana menurut beliau para pelajar hari ini akan menjadi para pemimpin untuk masa hadapan. "Dunia sentiasa berputar,dulu saya juga seorang pelajar..sekarang jadi pemimpin..dan masa hadapan saudara saudari pulak yang akan menjadi pemimpin..." kata YB Haji Khazan lagi.

Wakil penuntut UKM menyampaikah cenderahati kepada Pengerusi JKKK Bukit Wan (kanan)

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.

Para mahasiswi sabar menanti nama mereka dipanggil untuk diambil oleh keluarga angkat.

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail menyampaikan ucapan alu-aluan.

YB Haji Khazan (tiga dari kanan) bersama-sama mengaminkan doa.

Tetamu yang hadir termasuklah Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri Encik Hanif Abdullah (empat dari kanan).

Para mahasiswa UKM menunggu majlis perasmian Simposium Kepimpinan Muda 2011 dimulakan.

Bersama-sama membersihkan kawasan sekitar Bukit Wan.

Program gotong-royong yang turut melibatkan penuntut UKM.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment