Monday, February 21, 2011

Penyampaian E-Book Dun Batu Rakit 2011.

Para pelajar gembira menjulang E-book yang mereka terima.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 21hb Febuari 2011- Seramai 506 pelajar tahun 5 didalam Dun Batu Rakit telah menerima E-book daripada YB Haji Khazan Che Mat dalam Majlis Penyampaian E-book Dun Batu Rakit 2011. Majlis yang telah dihadiri seramai 1,300 orang ini telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Para pengerusi-pengerusi JKKK yang hadir memberikan sokongan kepada program penyampaian E-book.

Majlis yang diseliakan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ini juga dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Encik Wan Sulaiman Wan Muda, para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Guru-guru pengiring,masyarakat setempat dan para ibubapa juga turut hadi memeriahkan majlis ini.

Para pelajar bersama E-book yang telah diperolehi.

Dalam ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu Tuan Haji Suhaimi Zakaria,beliau berharap matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri anjung ilmu akan tercapai apabila pemberian E-book ini diteruskan dari tahun ke tahun. "Selama 3 tahun kerajaan negeri menjayakan program pemberian E-book" katanya. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa mengotakan janji yang ditunaikan untuk memberi e-book kepada semua murid-murid tahun 5..tambahnya lagi.

YB Haji Khazan menerima cenderahati dari wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu.

Beliau juga berharap agar para ibubapa sentiasa memantau anak-anak mereka dalam penggunaan E-book.Ini kerana banyak perkara-perkara yang tidak dijangkan mungkin akan berlaku disebalik kecanggihan teknologi masa kini.
Para pelajar juga dituntut agar terus cemerlang dan berjaya untuk menjadi para pemimpin yang berilmu suatu hari nanti..kata beliau lagi.

Sebahagian para ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak yang menerima E-book.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,banyak yang telah kerajaan negeri lakukan demi kejayaan dan kesenangan para pelajar terutama anak-anak Terengganu dalam pendidikan. Gaya dan cara yang diamalkan oleh kerajaan dapat menjamin hasrat kerajaan untuk terus berbakti kepada para penduduk baik di Terengganu mahupun di Malaysia sendiri. Menurut beliau lagi,kerajaan juga akan terus bersikap cakna rakyat dari masa ke semasa demi melahirkan para pemimpin yang berilmu pada masa akan datang.

Para pelajar beratur untuk menerima E-book dari YB Haji Khazan.

Beliau juga mengingatkan kepada para pelajar bahawa apa yang didapati pada masa ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengadakannya. Sikap bersyukur dan berterimakasih kepada kerajaan yang telah banyak mengadakan yang terbaik untuk rakyat amatlah dituntut dalam ajaran Islam. Beliau juga berharap agar para ibubapa sentiasa memantau E-book anak-anak mereka agar tiada ruang untuk perkara yang negetif menjelma didalam E-book tersebut. Sikap kecaknaan para ibubapa pasti merupakan satu perkara yang terbaik demi kejayaan dan kecermelangan anak-anak mereka.

Dari kiri ke kanan: Encik Wan Sulaiman Wan Muda Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu,Tuan Haji Suhaimi Zakaria, YB Haji Khazan dan Tuan Haji Kamal Taib.

Diakhir ucapan YB Haji Khazn turut merakamkan ucapan terimakasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Setiu,para sekolag-sekolah yang terlibat,para Pengerusi JKKK yang hadir memberi sokongan,para ibubapa yang sentiasa ingin melihat anak-anak mereka berjaya,para APMT Dun Batu Rakit dan seluruh warga yang terlibat menjayakan majlis ini.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan perasmian.

Tuan Haji Suhaimi Zakaria wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu menyampaikan ucapan alu-aluan.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment