Oleh : Mohamad Abdullah
|
HEBAT - Setiu bertemu Hulu Terengganu |
BATU RAKIT – Hari Sukan APMT 2011 telah berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 10 km dari sini. Program khusus kepada semua anggota APMT mewakili lapan parlimen bermula hari ini 18 November 2011 hingga esok. Program ini adalah tahun kedua, yangmana pada tahun lepas telah diadakan di Terengganu Ekuastrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
|
REGU (L & W) - Setiu bertemu Dungun |
Sebelah pagi semua peserta mendaftar mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri di parlimen masing-masing sebelum diberi taklimat oleh pihak urusetia. Sukan Teras telah dipertandingkan pada sebelah petang, selepas solat Jumaat. Acara yang disediakan ialah Badminton, Pingpong, Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar dan Karom. Manakala di Gelanggang Futsal Tok Jembal, Kubang Badak berhampiran UMT diadakan pertandingan Futsal. Pertandingan nyanyian Karaoke diadakan pada jam 8.00 malam bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, 6km dari UMT.
|
PENGARAH - T-shirt putih merah |
Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Haji Roshali Taha telah berkesempatan melawat para peserta pada sebelah petang bersama Penolong Pengarah, Mohd Fauzi Muda. Beliau sebelum berangkat pulang, telah menunjukkan bakat di bidang pingpong dan badminton dengan bermain bersama beberapa anggota.
|
Pengarah bersama Rusli Harun (Batu Rakit) |
Acara Tembak Burung, Tendangan Penalti, Bowling Kelapa, Bawa Bola Berpasangan, Lari Dalam Guni, Bawa Bola Celah Peha, Congkak dan Tarik Tali akan diadakan pada keesokan hari sebagai Sukaneka bertempat di UMT. Program ini diadakan dari jam 8.00 pagi hingga lewat petang.
|
Pengarah bersama Azlina Ibrahim (Permaisuri) |
No comments:
Post a Comment