TUNGGU GILIRAN -masing-masing patuh dengan RELA |
BATU RAKIT – Simulasi Pilihanraya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.08 Batu Rakit, Parlimen Setiu telah berjaya menarik sokongan padu dari semua peringkat termasuk jentera pilihanraya (Wakil parti, JKKK, RELA) dan pengundi tempatan. Di beberapa tempat pembuangan undi dijalankan, terdapat seawal jam 7.30 pagi para pengundi telah hadir di tempat berkenaan. Sebanyak 7 tempat telah diputuskan oleh pihak urusetia simulasi kecuali di Peti Undi Pulau Redang terpaksa dibatalkan kerana masalah hubungan dan cuaca.
KAUNTER SEMAK UNDI - Puteri |
Seramai 1327 orang telah keluar mengundi pada hari Sabtu 26 November 2011 baru-baru ini. Pusat Mengundi Maras di Sekolah Kebangsaan Maras paling ramai dengan 210 orang diikuti Pusat Mengundi Darat Batu Rakit bertempat di SK Darat Batu Rakit 204 orang. Kedua-dua pusat mengundi telah melebihi daripada had 200 orang sebagaimana keputusan UMNO Perhubungan Negeri Terengganu.
KAUNTER SPR - semakan dan kertas undi |
Pusat Mengundi Mengabang Lekor (SK Pagar Besi) 198 orang, Pusat Mengundi Bukit Wang (SK Bukit Wan) 192 orang, Pusat Mengundi Batu Rakit (SK Batu Rakit) 191 orang, Pusat Mengundi Bukit Cempaka (SK Bukit Chempaka) 182 orang dan Pusat Mengundi Padang Kemunting di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin seramai 150 orang. Pencapaian keseluruhan pengundi yang keluar berjumlah 94.8 peratus.
Pengundi sedang memangkah kertas undi |
Pemantau Pilihanraya DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah memberitahu, terdapat perbezaan undi antara peti undi DUN dan Parlimen. Beliau yang berjawatan Ketua Penyelia APMT DUN Batu Rakit berkata lagi, “kertas-kertas undi rosak, BN dan PAS disebabkan perbezaan, akibatnya keputusan majoriti antara DUN dan Parlimen turut berbeza.” “Majoriti DUN 1292 manakala Parlimen mendapat majoriti 1283”, jelas beliau seterusnya.
Anggota RELA mengawal pengundi |
Walaupun begitu, sebelum hari pembuangan undi diadakan, difahamkan strategi sabotaj telah tersebar sebelah malam sebelum itu, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) telah diterima oleh beberapa orang pengundi, antara isi kandungan “kononnya program simulasi terpaksa dibatalkan berpunca cuaca hujan dan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan dipohon sebarkan kepada orang lain”. Pada pagi pembuangan undi terdapat beberapa individu cuba memberitahu perkara yang sama.
No comments:
Post a Comment