Tuesday, November 15, 2011

Amri Hadi, Fakhrul bersama Athirah– Pelajar Cemerlang SKBR.

Foto0026
PERSEMBAHAN - Murid-murid Tahun 6 dengan lagu Sayornara
Oleh : Mohamad Abdullah
APMT & SKBR 043
Guru Besar, wakil PPD dan YDP PIBG (kiri-kanan)
BATU RAKIT – Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Rakit, Haji Mohd Jaaffar Che Muda berkata “Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan adalah merupakan satu aktiviti yang dirancang khusus oleh pihak sekolah untuk semua murid SK Batu Rakit bermula dari Pra Sekolah sehinggalah murid Tahun Enam”. ketika berucap di depan ibubapa murid, murid-murid dan guru-guru di kantin sekolah.  “Pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan prestasi cemerlang murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kepimpinan sepanjang tahun 2011.” sambungnya lagi. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Mohd Yusof Hassan.

APMT & SKBR 027
GELAGAT -Murid-murid Pra Sekolah
         “Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sebagainya adalah objektif utama.” jelas beliau seterusnya. “Berobjektif penyuntik semangat atau motivasi kepada murid-murid untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam bidang berkaitan dan menuju ke arah pencapaian matlamat Visi dan Misi SK Batu Rakit”. tegasnya.
Foto0020          Nurul Athirah Johari, Amri Hadi Norizan dan Muhammad Fakhrul Hafizul Haron pelajar Tahun 6 dari Kelas Terbilang, telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang SK Batu Rakit bagi tahun 2011. Kecemerlangan Nurul Athirah Johari bersandarkan kejayaannya dalam bidang Kurikulum, Bahasa Melayu (Pemahaman), Matematik, Pendidikan Seni dan Visual, Anugerah Rakan Pembaca di bawah Program Bacaan Nilam dan Pelajar Cemerlang UPKK 2010.
Foto0022          Amri Hadi Norizan adalah pelajar harapan sekolah berjaya melalui Kurikulum, Bahasa Inggeris, Sains / Sains Teknologi dan Pelajar Cemerlang UPKK 2010.  Manakala Muhammad Fakhrul Hafizul Haron berjaya dalam bidang Kurikulum, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan Pelajar Cemerlang UPKK 2010.
Foto0023         Yang DiPertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Haji Manaf Tahir berkata, “Harapan pihak sekolah pada tahun ini, seramai antara 10 orang hingga 15 orang akan mendapat 5 A dalam keputusan UPSR yang bakal diumumkan pada khamis ini.”
APMT & SKBR 038
TUNGGU GILIRAN - Murid-murid siapsedia untuk menerima penghargaan

No comments:

Post a Comment