Para Pengerusi JKKK,Ketua-ketua Cawangan dan Ketua-ketua Pemuda yang hadir pada Majlis Berbuka bersama YB Haji Khazan Che Mat.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
23hb Ogos 2011- Hampir seluruh para Pengerusi JKKK,Ketua-ketua Umno Cawangan,Ketua-ketua Wanita Cawangan,Ketua-ketua Pemuda Cawangan,Ketua-ketua Puteri Cawangan,para anggota Balai Polis Batu Rakit,kakitangan dari Pejabat Agama dan Penerangan Negeri dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun dan juga APMT Dun Batu Rakit telah hadir di Majlis Berbuka Puasa bersama YB Haji Khazan Che Mat di Restoran Kristal Taman Tamadun Islam hari ini.
Para Pegawai dari Pejabat Daerah dan Pejabat MAIDAM berbuka bersama-sama YB Haji Khazan.
Majlis yang dilakukan oleh Pusat Khidmat Dun Batu Rakit dengan sokongan Pejabat Agama dan Penerangan negeri ini telah berjaya dihadiri hampir 200 orang kesemuanya.Turut bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa ini ilah para Pegawai dari Pejabat Daerah Kuala Terengganu,pegawai-pegawai dari Pejabat MAIDAM,iman-iman tahfiz yang berkhidmat disurau dan masjid didalam Dun Batu Rakit pada bulan puasa serta pegawai-pegawai dari agensi kerajaan.
Hadirin sedang mengambil juadah untuk dinikmati semasa berbuka.
Majlis yang sentiasa diadakan setiap tahun ini bertujaun merapatkan lagi hubungan para pemimpin didalam Dun Batu Rakit dengan YB Haji Khazan. Dalam majlis ini juga setiap yang hadir akan diberikan kain pelikat atau batik sebagai cenderahati. Bagi Pengerusi JKKK dan juga Ketua-ketua Cawangan pula duit raya turut diberikan kepada mereka untuk meringankan beban pemberian duit raya kepada kanak-kanak nanti.
Para Ketua Wanita Cawangan dan Ketua Puteri sedang beratur untuk mengambil makanan berbuka.
Sementara itu pula,dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau amat berterima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh seluruh kepimpinan dalam Dun kepada beliau selama ini. "Tanpa sokongan dari anda semua,saya tidak akan menjadi seorang Yang Berhormat dan mewakili suara anda semua"kata beliau. Beliau juga berharap agar hubungan yang sedia terjalin akan dapat diteruskan dan akan maenjadi semakin kukuh demi perpaduan dan kejayaan. Beliau turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang hadir dan turut menjemput hadirin kerumah terbuka beliau pada hari raya yang kedua nanti. Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang ini telah berakhir pada jam 9.00 malam dengan YB Haji Khazan telah solat sunat terawikh di Masjid Kristal
Dari kiri, Puan Saumi pembantu APMT,Puan Hajar dari Pejabat Exco Agama dan Penerangan Negeri,Norzilati Muda dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun dan Encik Zaidi dari Pejabat Exco Agama.
Sebahagian para APMT Dun,Ketua-ketua Wanita Cawangan dan juga Ketua-ketua Puteri Cawangan yang hadir bersama.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment