YB Haji Khazan bersiap sedia untuk mengagihkan bubur lambuk kepada pemandu-pemandu yang melalui jalan Merang Batu Rakit bersama-sama Pengerusi JKKK Padang Polis dan juga Ketua Puteri Batu Rakit.
BATU RAKIT (PADANG POLIS) 19hb Ogos 2011- Pergerakan Puteri Umno Dun Batu Rakit telah mengadakan satu Program Agihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramdhan di jalan Merang Batu Rakit. Program yang mendapat kerjasama dari JKKK Padang Polis dan juga Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit ini telah berjaya disempurnakan agihannya oleh YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri merangkap ADUN Batu Rakit.
Penunggang motosikal tidak ketinggalan menerima bubur lambuk dari YB Haji Khazan.
Hampir 500 bekas bubur lambuk telah disediakan oleh para pertugas Puteri yang telah dimasak sendiri dikawasan Dataran Bestari pada sebelah pagi secara bergotong royong.Program yang diadakan setiap tahun ini telah menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sekejap apabila setiap pemandu memperlahankan kereta mereka untuk mendapatkan bubur lambuk dari YB Haji Khazan.Program agihan ini telah bermula pada jam 3.45 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Dengan senyuman menerima bubur lambuk dari YB Haji Khazan.
SETIU HARI INI
Menurut Puan Rosnari Awang Ngah selaku Ketua Pengyelaras Pergarakan Puteri Dun Batu Rakit merangkap Ketua Puteri Umno Bahagian Setiu, program ini adalah salah satu cara untuk mendekatkan lagi para puteri dengan masyarakat setempat. "Dengan kerjasama yang diadakan ketika memasak bubur lambuk ianya juga dapat merapatkan lagi hubungan ahli puteri-puteri Umno sesama mereka dan ianya diharap akan berterusan selagi setiap program yang dijalankan oleh Pengyelaras Pergerakan Puteri Dun" kata beliau. Disamping itu menurut beliau lagi,ianya juga merupakan salah satu program tradisi yang sentiasa dilaksanakan oleh Umno didalam Dun Batu Rakit. "Cuma pada tahun ini Pergerakan Puteri telah diamanahkan untuk menjayakan program agihan bubur lambuk ini"ujur beliau lagi.
YB Haji Khazan menghulur bubur lambuk kepada penumpang disebelah pemandu kereta.
Program ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari seluruh para pemandu yang melalui jalan tersebut.Bermatlamatkan konsep mesra rakyat,ianya dapat memberikan satu kesimpulan yang positif kepada pemimpin dan juga para pengguna jalan raya. Program ini juga dapat berjalan dengan sempurna kerana ianya mendapat pengawasan yang baik dari pihak keselamatan iaitu Balai Polis Batu Rakit. Turut bersama-sama turun pada agihan bubur lambuk ini ialah Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,para pembantu APMT Dun Batu Rakit dan juga Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah serta Ajk JKKK beliau.
Para Puteri,Pasukan Polis Batu Rakit,JKKK Padang Polis bersiap sedia untuk memulakan agihan bubur lambuk.
Bubur Lambuk yang telah siap diisikan didalam bekas untuk diagihkan kepada para pengguna jalanraya Merang ke Batu Rakit.
Bersama-sama menyiapkan ramuan untuk dimasukkan didalam bubur lambuk.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment