YB Haji Khazan Che Mat sedang memasang bendera Jalur Gemilang disebuah van.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
BATU RAKIT (PADANG POLIS) 19hb Ogos 2011- Sempena kempen kibarkan Jalur Gemilang diseluruh Malaysia,Penyelaras Pergerakan Puteri Umno Dun Batu Rakit turut bersama-sama menjayakan kempen tersebut disini hari ini.Sebanyak 300 bendera Jalur Gemilang telah disediakan oleh Pergerakan Puteri untuk tujuan tersebut.
Ketua Puteri Dun Batu Rakit turut bersama memasang Jalur Gemilang dikenderaan.
Program yang serentak diadakan bersama majlis agihan bubur lambuk ini telah diadakan di Dataran Bestari laluan utama antara Merang dengan Kuala Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit turut bersama-sama menjayakan program ini yang bermula pada jam 3.45 petang.Menurut Ketua Puteri Umno Dun Batu Rakit Puan Rosnari Awang Ngah,tujuan program ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan betapa pentingnya sifat menyayangi bendera diteruskan oleh generasi kini. Beliau juga berharap agar pemberian bendera ini juga dapat menanam sifat sayang kepada negara yang semakin lesu kini dikalangan generasi muda.
Bendera Jalur Gemilang yang akan digihkan dan dipasang dikenderaan.
Beliau juga amat berharap agar usaha murni yang dibuat oleh kerajaan ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana ianya benyak menyedarkan generasi muda dari terus hanyut didalam masaallah sosial. "Dengan sikap menyayangi negara ianya akan membuat sesebuah negara akan terus maju dan makmur tanpa dapat digugat oleh bangsa-bangsa lain" ujur beliau lagi.
Program yang turut disertai oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd ini turut juga disertai oleh JKKK Padang Polis dan juga APMT Dun Batu Rakit.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment