DARI KIRI - Bazlan Abd Rahman, Dato' Ketua Bhg & Dato Ketua Penerangan |
BATU RAKIT, Selasa 31 Mei – Seramai 51 orang peserta Kursus Pemantapan Transformasi Organisasi (KPTO) dalam DUN Batu Rakit telah diraikan sebagai tanda penghargaan kepimpinan parti kepada mereka yang telah hadir kursus di Besut tempohari.
HADIR - Sebahagian peserta kursus |
Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyampaikan sumbangan RM200.00 bagi pihak UMNO Perhubungan Negeri Terengganu kepada setiap peserta kursus. Mereka terdiri berbagai peringkat termasuk sayap parti.
WANITA - peserta wanita turut hadir |
Sebelum itu, beliau berkata, “hasil kestabilan politik, kita dapat menunjukkan kekuatan kita kepada pihak pembangkang. Jika politik kita tidak stabil, sudah tentu politik tidak aman. Negara akan kucar-kacir.”
TERIMA - salah seorang peserta kursus terima sumbangan |
Kepada peserta-peserta yang telah mengikuti kursus di beberapa tempat sebelum ini, beliau selaku Ahli Parlimen Setiu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesanggupan mereka meninggalkan keluarga dan pekerjaan masing-masing.
“InsyaAllah pada sessi akan datang semua Ketua Cawangan, Ketua Wanita Cawangan, Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan akan diminta hadir bagi memantap gerakerja parti yang bakal menempuh PRU13” tambahnya lagi selaku Pengerusi Biro Latihan, UMNO Pehubungan Negeri.
Majlis keraian telah diadakan di perkarangan kediaman Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Abd Rahman Mat Yassin, Kg Hilir Darat Batu Rakit jam 10.00 malam tadi.
No comments:
Post a Comment