Sunday, May 8, 2011

Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Setiu kali ke 23/2011

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Setiu kali ke 23 telah bermula secara resmi di Dewan Sivik Chalok, Langkap Setiu.

LANGKAP (SETIU) 7hb Mei 2011- Persidangan Perwakilan kali ke 23 Pergerakan Pemuda Umno Setiu telah diadakan di Dewan Sivik Chalok,Langkap telah berjaya diadakan pada hari ini.Persidangan yang bermula dengan majlis persembahan silat gayung ini telah diresmikan oleh Exco Pergerakan Pemuda Malaysia Dato' Sohaimi Shahadan. Persidangan yang melibatkan 4 Dun dalam Parlimen Setiu ini telah dihadiri seramai 340 orang perwakilan pemuda. Dun Batu Rakit, Dun Jabi, Dun Langkap dan juga Dun Permaisuri berhimpun untuk menjayakan persidangan pemuda kali ini.

Pengerusi Tetap Persidangan Encik Rashid Mamat memulakan tugas untuk persidangan pemuda.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno Setiu YB Haji Khazan Che Mat yang juga Adun Batu Rakit,beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua para pewakilan yang hadir pada persidangan kali ini.Terimakasih juga turut diberikan kepada Ketua Umno Bahagian, para AJK Bahagian yang hadir, Naib Ketua Wanita Bahagian dan jawatankuasa serta Ketua Puteri Bahagian dan jawatankuasa.Beliau turut memberitahu betapa peranan pemuda terhadap parti amat besar dan sentiasa memberikan sokongan terhadap perjuangan parti.

Sebahagian para pewakilan yang hadir pada persidangan kali ke 23.

Beliau juga turut menekan betapa parti Umno telah dan sentiasa memperjuangkan agama dan bangsa melayu demi untuk masa hadapan bangsa yang lebih efesian. Setiap apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang kini telah lama dilakukan oleh pihak parti pemerintah. Beliau juga turut mempersoalkan betapa pihak pembangkang hanya pandai mengkritik setiap dasar yang dilakukan oleh Umno tapi tidak pandai berbuat apa-apa bila diberikan kesempatan untuk memerintah."Umpama tukang sorok ditepi padang bola,bila diberikan kesempatan untuk bermain langsung tidak pandai menyepak bola dan barulah berfikir bahawa bermain dan mengkritik ini bukan perkara yang sama" kata beliau lagi.

YB Haji Khazan (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dato' Sohaimi Shahadan sambil diperhatikan oleh Dato' Haji Mohd Jidin (kiri).

Beliau turut menyatakan bahawa negara-negara luar telah menyanjung Malaysia sebagai sebuah negara islam yang sederhana.Aspek pembangunan dan ekonomi seperti mana yang dituntut oleh agama sentiasa mendapat perhatian oleh kerajaan dalam perkara yang menuju kearah islam. Diakhir ucapan beliau berharap agar para pemuda sentiasa menjadikan Umno sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan bangsa,agama dan negara.

Dato' Haji Mohd Jidin Shafie selaku Ketua Umno Bahagian Setiu menyampaikan ucapan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Umno Setiu Dato' Haji Mohd Jidin Shafie pula,beliau melahirkan rasa bangga kerana Umno Bahagia Setiu telah memulakan persidangan yang dimulakan oleh sayap pemuda. Kestabilan politik amat penting untuk sesebuah negara bagi menjamin negara itu sentiasa aman dan makmur.Banyak negara didunia sekarang telah hancur kerana berlaku sikap politik yang tidak stabil dan huru hara.Beliau juga berharap agar pemuda sentiasa menjadi tunjang pada kekuatan Umno untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara. Dengan kesetabilan politik juga beliau berharap agar kekuatan ekonomi akan turut menjadi nadi pada kekuatan bangsa melayu nanti.

Dato' Sohaimi Shahadan selaku Exco Pergerakan Pemuda Malaysia menyampaikan ucapan perasmian persidangan.

Kekuatan yang dibina juga pasti akan satu kelebihan untuk Umno terus menjadi tunjang pada pemerintahan negara nanti.Beliau juga menekan betapa kerjasama dan sikap bersatu padu perlu diserapkan dalam jiwa setiap pemuda demi mengelakkan perpecahan. Berlakunya perpecahan dalam parti pasti akan menjadikan sistem kestabilan politik dalam tergugat dan akan diambil kesempatan oleh pihak pembangkang untuk memerintah. Beliau juga menyeru agar semua pihak dalam Umno bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Diakhir ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada para pemuda kerana berjaya mengadakan persidangan perwakilan dan juga ucapan terima kasih diatas undangan kepada Ketua Bahagian. Beliau berharap Umno akan terus menjadi parti yang jitu untuk para pemuda.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh Dato' Sohaimi Shahadan pula,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemuda Umno Setiu kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan persidangan kali ke 23 ini. Ucapan tahniah juga turut dihulurkan kepada para perwakilan pemuda kerana berjaya menyempurnakan tanggungjawab sebagai ahli Umno dan juga kepada Pemuda Setiu kerana berjaya mengadakan persidangan pada kali ini.

Dari kiri ke kanan depan: Dato' Haji Mohd Jidin,Dato' Sohaimi dan YB Haji Khazan bersama-sama Jawatankuasa Pemuda Bahagian.

Dengan landskap politik yang berbeza kini,beliau berharap para pemuda akan terus peka dan sentiasa berhati-hati dengan segala dakyah yang dibawa olah pihak pembangkang. 'Dengan pelbagai kemudahan yang terdapat kini, pihak pembangkang telah berjaya menyampaikan segala maklumat yang tidak benar demi menghancurkan negara" kata beliau. Sikap begini perlu ditangkis dan diperbetulkan oleh kesemua pihak didalam Umno. Beliau juga sentiasa berharap agar para pemuda sentiasa peka dengan apa yang dilakukan demi menjadikan Umno terus mendapat perhatian dikalangan pemuda sendiri.

Wakil Wanita dan juga Puteri turut hadir bersama pada persidangan Pemuda kali ke 23.

Beliau turut menekan pelbagai cara yang terdapat kini untuk para pemuda terus mendekati para pemimpin atasan. Dengan adanya pelbagai kemudahan internet kini, ianya dapat memudahkan lagi perhubungan ataupun maklumat yang hendak disampaikan kepada pemimpin dengan lebih telus.Beliau turut menceritakan bagaimana sistem perhubungan yang canggih kini dapat menjatuhkan sesebuah kerajaan seperti mana yang telah berlaku di negara Mesir.

Sebahagian dari wakil Bahagian dan wakil Pemuda Bahagian yang hadir pada persidangan ini.

"Pemuda adalah simbol kekuatan negara,jagailah kekuatan itu dengan seluruh jiwa dan raga.Jangan biarkan ia rebah,jangan biarkan ia tumbang" tambah Dato'Sohaimi lagi. Dalam ucapan ini juga beliau berharap agar para pemuda sentiasa memaikan peranan terhadap para pengundi baru. "Biarpun ramai orang muda tapi jika mereka tidak mengundi,ini akan merugikan negara. Tanggungjawab pada negara adalah satu perkara yang wajib dan perlu dilakukan.Satu undi amat penting untuk menentukan jatuh bangun sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi" kata beliau.

Dato' Sohaimi Shahadan (berbaju biru) bersama-sama Dato' Haji Mohd Jidin Shafie (kiri) dan YB Haji Khazan (kanan) melihat persembahan silat.

Diakhir ucapan perasmian,beliau berharap agar para pemuda akan terus bersama-sama memberikan yang terbaik didalam membela nasib bangsa,agama dan negara. "Tanpa pelapis pada hari ini tidak akan wujud para pemimpin pada masa akan datang"ujur beliau. Dengan lafaz Bismillah, Dato' Sohaimi Shahadan selaku Exco Pemuda Umno Malaysia telah merasmikan Persidangan Perwakilan kali ke 23 Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiu 2011.

Persembahan silat melayu menjadi acara sambutan menyambut kedatangan Dato' Sohaimi Shahadan dan YB Haji Khazan.

YB Haji Khazan Che Mat disambut oleh Jawatankuasa Pemuda Bahagian Setiu.

Para pemuda Dun Batu Rakit mendaftar nama untuk sesi persidangan.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment