Ribuan para pengunjung yang hadir pada Mini Karnival Dun Batu Rakit.
Cerita dan Gambar oleh: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
BATU RAKIT (PANTAI) 28hb Mei 2011 Hampir 5,000 orang para penduduk didalam Dun Batu Rakit dan para penduduk sekitar,telah mengunjungi Mini Karnival Dun Batu Rakit yang berkonsepkan Menyelami Kehidupan Nelayan. Program yang diadakan di Taman Reakrasi Pantai Batu Rakit ini telah diresmikan oleh Y.A.M Tengku Seri Temenggung Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud.
Para pengunjung menanti para peserta pertandingan mengail membawa hasil tangkapan.
Pelbagai program diadakan bagi menarik para pengunjung pada Mini Karnival ini. Antaranya ialah Pertandingan memancing dilaut,Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak Tadika dan Pra Sekolah,Sukaneka,Pameran, Demostrasi oleh Jabatan Bomba dan juga Cabutan nama bertuah. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Jabatan Persekutuan,Pengarah-pengarah dari Agensi Negeri,Pegawai-pegawai Tadbir Negeri,Pengerusi-pengerusi JKKK dan juga Persatuan Pemotoran Terengganu yang diketuai oleh Y.A.M.Tengku Seri Temenggong.
Y.A.M Tengku Temenggong (berbaju hitam) bersama pemenang utama cabutan bertuah (kiri sekali)
Bagi acara pameran pula terdapat pelbagai Jabatan telah mengambil peluang untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Antara Jabatan yang terlibat ilah,Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA),Tabung Haji,Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan juga Jabatan Kesihatan. Sementara itu bagi Jabatan Bomba pula,satu demostrasi mencegah kebakaran telah diadakan untuk menyedarkan betapa pentingnya masyarakat berhati-hati bila berlaku kebakaran.
Cik Haslinda Mohd Noor (kiri) menerima sebuah peti sejuk dari YB Haji Khazan Che Mat hadiah cabutan bertuah.
Sementara itu dalam ucapan alu-aluan oleh YB Haji Khazan Che Mat pula,beliau amat berbangga dengan sambutan yang telah diberikan oleh seluruh para penduduk didalam Dun Batu Rakit. "Usaha keras yang telah dilakukan selama berminggu-minggu nutuk menjayakan program ini telah berbaloi"katanya. Dengan sambutan yang amat baik dari para penduduk,beliau turut merancang untuk mengadakan lagi program-program seperti ini dimasa hadapan. Apa yang dilakukan adalah untuk semua golongan para penduduk.
Puan Hajah Nik Aini menyampaikan hadiah kepada pelajar pertandingan mewarna tadika dan pra sekolah.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga yang terlibat dalam memastikan program besar seperti ini berjaya. Kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh mereka yang terlibat telah menaikkan lagi nama Batu Rakit diseluruh negeri. Beliau turut menguncapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.M.Tengku Seri Temenggung kerana sudi hadir merasmikan program Mini Karnival ini.
Peserta dari Kampung Mengabang Lekor (berbaju biru) menerima hadiah tempat pertama pertandingan mengail dilaut.
Puan Rosnari Awang Ngah (kanan) Ketua Puteri Umno menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan sukaneka.
Y.A.M.Tengku Seri Temenggung Raja Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud menyampaikan ucapan perasmian.
Encik Nazri Mamat (berbaju putih berbelang) selaku pengadil pertandingan memancing sibuk mendaftar timbangan ikan yang telah dibawa oleh peserta.
Salah seorang peserta memancing dari Kampung Bukit Wan yang tertusuk mata kali dijari sambil ditenangkan oleh YB Haji Khazan.
Para peserta pertandingan memancing sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh pihak urusetia pertandingan.
Cerita dan Gambar oleh: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment