Saturday, January 29, 2011

Mahasiswa UKM Bangi masuk kampung...

Pelajar-pelajar perempuan sedang memasukkan sampah ke dalam plastik sampah.


BATU RAKIT (BUKIT WAN) 29hb Januari- Untuk menceria dan menambahkan lagi kebersihan Kampung Bukit Wan,Jawatankuasa JKKK dan Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) UKM Bangi,Selangor telah berganding bahu bersama menjayakan Program Gotong-royong.

Sentiasa bergerak untuk mencari sampah-sarap.

Jentolak digunakan juga untuk mengangkut sampah sarap.

Rombongan pelajar seramai 77 orang telah ditiba dikampung Bukit Wan pada jam 9.00 pagi dan telah dibahagikan kepada empat kumpulan.Mereka telah dibawa dengan dua buah bas.Menurut Setiausaha JKKK Bukit Wan Encik Ambak Ismail,program ini juga bertujuan mengeratkan lagi para pelajar dengan masyarakat kampung."Banyak perkara yang perlu dipelajari oleh para pelajar tentang nilai kehidupan disesebuah kampung" katanya lagi.

Pelajar-pelajar sedang mengutip sampah.

Program yang berlangsung selama tiga jam ini juga bertujuan memupuk nilai kebersihan dalam diri pelajar.Menjaga kebersihan itu amat baik dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.Ianya juga merupakan salah satu aktiviti mingguan para penduduk Kampung Bukit Wan,yang sedang menyertai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat negeri.Menurut Encik Ambak lagi,Kampung Bukit Wan merupakan salah satu dari lima buah kampung dalam dareah Kuala Terengganu yang terpilih menyertai pertandingan itu.

Para pelajar sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha JKKK Bukit Wan.

Beliau juga berharap,dengan kerjasama yang dimainkan oleh seluruh penduduk kampung, sokongan daripada wakil rakyat dan penyertaan dari setiap lapisan masyarakat,akan dapat membuahkan hasil yang beroleh kejayaan.

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail (duduk 2 dari kiri) bersama jawatankuasa turut bersama dalam program ini.




cerita dan gambar:MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment