BATU RAKIT, 4 Oktober – Mengabang Kapal sepanjang satu kkilometer, dekat sini telah dibersih dan digali bagi melancarkan aliran air ke laut oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tanjong baru-baru ini.
Pengerusi JKKK, Encik A. Bakar @ Md Amin bin Ali berkata, projek ini adalah hasil kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
Tambahnya lagi, pihak JPS telah menyediakan jengkaut sebuah bagi menggali aliran air ke laut. Manakala pihak MBKT telah menyediakan kemudahan mesin gergaji 3 buah untuk memotong batang dan ranting kayu.
Bagi memudahkan pemindahan sampah sarap, pihak Pejabat Daerah Kuala Terengganu telah menyediakan 2 buah lori, jelasnya lagi. Dengan program ini, harapan beliau dapat mengurangkan masalah air bertakung dan melimpah di kawasan perumahan dalam kawasan JKKK pada setiap kali hujan datang.
Selain itu, orang kampung tidak ketinggalan bersama-sama bergotongroyong membanting tulang membantu membersih semak samun persekitaran aliran mengabang berkenaan, kata Encik Khairuddin bin Ab Ghani, Timbalan Pengerusi JKKK Tanjong.
Setiausaha JKKK, Encik Zaidi bin Awang memberitahu peruntukan makan minum kepada program gotongroyong telah disumbang oleh Trevicoasta sebanyak RM2,000.00.
No comments:
Post a Comment