BATU RAKIT, 1 Oktober – Sebanyak 30 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit telah sepakat bergabung tenaga menyediakan juadah untuk jamuan raya sempena Program Juara Rakyat Parlimen Setiu, Peringkat DUN Batu Rakit hari ini.
BATEK KUNING - Ajk JKKK Wakaf Chagak sedang melayan tetamu |
Pengerusi Pengelola program tersebut, Encik Bazlan bin Abd Rahman memberitahu satu jawatankuasa khas telah dibentuk di bawah Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Haji Abd Rahman bin Yasin.
JAMU HIDANGAN - Dato' Hj Mohd Jidin Shafee sedang berbual sesuatu |
Setiap JKKK telah memilih sesama mereka berdasarkan satu kampung satu jenis juadah makanan. Sebagai contoh, ketupat (JKKK Pechah Rotan), lemang (JKKK Bukit Chempaka), rendang (JKKK Gong Lingai), nasi minyak (JKKK Wakaf Chagak), pulut panggang (JKKK Pantai Batu Rakit).
TETAMU - masing-masing seronok dengan jamuan yang dihidangkan |
Gugusan Peti Undi Padang Kemunting (4 JKKK) sepakat menyediakan tapai pulut, roti canai bersama teh tarik (JKKK RAKR Mengabang Lekor), agar-agar (JKKK Lingai), mee kari (JKKK Maras), buah-buahan (JKKK Darat Batu Rakit) dan lain-lain hidangan seperti aiskrim, mee goreng, keropok, laksa, air sirap.
SIBUK - tetamu sibuk memilih juadah makanan |
No comments:
Post a Comment