Pengerusi JKKK Encik Ghazali Yusof (berbaju merah) berehat kepenatan.
BATU RAKIT-Bukit Cempaka:Demi menguatkan lagi tali persaudaraan sesama penduduk dan untuk kekuatan parti UMNO,JKKK Bukit Cempaka telah mengadakan satu majlis jamuan raya pada 8hb Oktober baru-baru ini di Bangunan JKKK Bukit Cempaka pada jam 3.00 hingga 5.30 petang.
Cerita dan gambar:Sazali Yusof.
Oleh: MAZLAN MUSTAFA.
SETIU HARI INI
Menurut Pengerusi JKKK Encik Ghazali Yusof,majlis jamuan hari raya ini adalah salah satu aktiviti tahunan bagi seluruh penduduk kampung Bukit Cempaka.
Ianya juga bertujuan untuk menghargai sumbangan penduduk yang selama ini sentiasa bersama dengan dalam segala program dan aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK.Disamping itu juga ia juga dapat menjadi salah satu pemangkin untuk mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Seramai 250 orang telah menghadiri majlis ini.Walaupun majlis ini bermula pada pukul 3.00 petang tetapi jam 2.30 petang telah menampakkan kehadiran para penduduk. Ini menunjukkan betapa majlis seumpama ini amat dinanti-nantikan oleh para penduduk,tambah pengerusi JKKK lagi.Beraneka juadah telah disediakan antaranya nasi kebolli,nasi himpit,ketupat pulut,tapai,rojak,mee goreng dan mee soto.
Bagi pengerusi JKKK dan seluruh jawatankuasanya,beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh para penduduk kampung.Beliau juga berharap agar majlis seumpama ini akan terus diadakan dari masa ke semasa.
Bagi pengerusi JKKK dan seluruh jawatankuasanya,beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh para penduduk kampung.Beliau juga berharap agar majlis seumpama ini akan terus diadakan dari masa ke semasa.
Cerita dan gambar:Sazali Yusof.
Oleh: MAZLAN MUSTAFA.
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment