Sesi berdailog antara pihak polis dan pelanggan diadakan sempena Majlis Hari Polis bersama Pelanggan yang dilakukan di Perkarangan Balai Polis Batu Rakit.
BATU RAKIT (8/12/2011) - Bertempat diperkarangan Balai Polis Batu Rakit,satu Majlis Hari Polis Bersama Pelanggan telah diadakan bagi merapatkan lagi hubungan masyarakat bersama dengan pihak polis.Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi ini turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim dan juga Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd.
Barisan anggota polis dari pelbagai jabatan dan Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka (dua dari kanan)
Menurut Sarjan Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman selaku Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit,matlamat utama program Hari Polis Bersama Pelanggan ini diadakan adalah untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat dengan lebih telus dan tepat.Berdailog dengan masyarakat untuk bersama-sama memerangi jenayah dan juga mencari permasaalahan yang berlaku didalam masyarakat.
Dalam majlis ini juga pihak polis juga telah berjaya mengadakan sesi dailog dengan para pelanggan yang hadir bagi mengenal pasti setiap masaalah yang berlaku dan juga mencari punca pada masaalah tersebut.Para pelanggan yang hadir juga turut dimaklumkan betapa gejala mengenai dadah dikalangan masyarakat melayu terus mencatat angka yang paling tinggi. Hampir 99 peratus penagih dadah didalam Malaysia adalah dikalangan orang melayu.Pada majlis ini juga pihak polis turut mengharapkan kerjasama yang sebaik-baiknya daripada masyarakat untuk bersama-sama membasmi jenayah dan juga pelbagai masaalah sosial yang berlaku kini.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment