Ahli JKKK (batek kuning)Wakaff Chagak siap sedia berbaris |
Kenderaan kerabat Di Raja |
Dari kanak-kanak sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan pelajar universiti tempatan hingga kepada badan-badan JKKK, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Ngo masing-masing berbaris sepanjang jalan utama dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Jalan Semarak, Jalan Sultan Mohamad dan Jalan Kamaruddin hingga ke Istana.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wakaf Chagak yang diketuai pengerusinya, Mohamad Abdullah telah hadir seawal jam 11.30 pagi di hadapan Gerbang Persilatan Negeri Gong Badak. Mereka berbaris dengan kibaran bendera Terengganu melambai ke arah kenderaan Tuanku Al-Sultan ketika kenderaan melintasi mereka.
Ketibaan Tuanku Al-Sultan tepat jam 2.00 petang dengan sambutan bedilan 21 das tembakan meriam oleh pasukan tentera. Keceriaan wajah Tuanku bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah jelas kelihatan sambil melambai tangan kepada rakyat jelata sepanjang laluan hingga ke istana. Begitu juga menteri pengiring, Menteri Belia dan Sukan, Dato Sabri Chik dan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Haji Ahmad Said.
No comments:
Post a Comment