Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bersama YB Haji Khazan berselawat dengan Kumpulan Raihan diatas pentas diakhir persembahan pada Malam Nur Hijrah 1433 di Dataran Perumahan R.A.K.R Mengabang Lekar. BATU RAKIT (29/12/2011) R.A.K.R MENGABANG LEKAR- Kedatangan Kumpulan Nasyid Raihan telah berjaya menarik 1,500 orang penduduk Dun Batu Rakit untuk memeriahkan Malam Nur Hijrah Batu Rakit yang diadakan di Dataran Perumahan Awan Kos Rendah Mengabang Lekar. Program tahunan yang bercorak kerohanian ini merupakan yang ketiga telah dianjurkan oleh Pejabat Agama dan Penerangan Negeri dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Batu Rakit.
Pemenang cabutan bertuah mega pakej menunaikan umrah Encik Jaafar Mahmud (kanan) menerima replika tiket dari YB Haji Khazan Che Mat (kiri) Selain kumpulan Raihan yang mengadakan persembahan,Malam Nur Hijrah ini juga turut diisi dengan persembahan Nasyid oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting,Bicara Halaqah,Anugerah Tokoh Nur Hijrah dan juga cabutan nama bertuah.Program yang bermula jam 9.00 malam ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari jemputan dari JKKK Tanjung.
Hajah Wan Maznah (dua dari kanan) menerima anugerah Tokoh Nur Hijrah dari YB Haji Khazan.
Hajah Wan Maznah Wan Nong Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu merangkap Penyelaras Pergerakan Wanita Dun Batu Rakit telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Nur Hijrah pada kali ini. Sementara itu bagi organisasi berkumpulan pula,JKKK Kampung Bukit Wan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas setelah berjaya mengharumkan nama Batu Rakit diperingkat Negeri Terengganu.
Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan Haji Chek Harun menerima plak anugerah khas dari YB Haji Khazan. Dalam slot Bicara Halaqah yang menjadi acara sampingan,tiga ahli panel yang diketuai oleh YB Haji Khazan selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri,Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza),Ustaz Abdul Halim Awang dan juga Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah Wan Nong.
Ustaz Abdul Halim Awang menerima cenderahati dari YB Haji Khazan.
Malam Nur Hijrah ini juga turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah mega berupa Pakej Menunaikan Umrah untuk seorang yang telah dimenangi oleh Bendahari JKKK Kampung Hilir Darat Encik Jaafar Mahmud. Barangan letrik seperti peti ais,mesin basuh dan juga periuk letrik turut disediakan untuk menarik kehadiran penonton.
Ribuan penduduk yang hadir untuk memeriahkan Malam Nur Hijrah Dun Batu Rakit. Program yang turut mendapat liputan daripada RTM Terengganu dan juga TV Hijrah ini turut dihadiri oleh para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka,Ketua Balai Polis Batu Rakit,Ketua-ketua Cawangan Umno,Ketua-ketua Wanita Cawangan,Ketua-ketua Pemuda,Ketua-ketua Puteri dan juga APMT Dun Batu Rakit.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting mempersembahkan nasyid tiga bahasa.
Kumpulan Raihan memperdengarkan lagu-lagu nasyid.
Qari sedang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pembuka majlis Malam Nur Hijrah.
Barisan VIP sedang menyaksikan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan.
berita penuh