Sunday, December 19, 2010

Program Seminar Sains Solat Menurut Persepektif Islam.

Dari kiri ke kanan: Hajjah Wan Maznah (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Dun Batu Rakit),Profesar Madya Fatimah Ibrahim,YB Haji Khazan Che Mat dan Haji Zakaria Abd.Rahman.

BATU RAKIT-19hb Disember 2010 Islam dan sains merupakan satu perkara yang seiring dan mesti dipelajari untuk kita menilai setiap kejadian yang dijadikan Allah.Didalam solat sains juga memainkan peranan yang amat penting untuk dinilai demi kebaikan kesihatan mereka yang mengerjakan solat itu.Bagi menilai dan mengupas apakah keberkesanan sain dalam solat Pusat Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Dun Batu Rakit telah mengadakan satu seminar untuk menerangkan keberkesanan tersebut.

YB Ustaz Haji Khazan menyampaikan cenderahati kepada Profesar Madya Fatimah Ibrahim.

Bertempat diDewan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor,Program Seminar Sains Solat Menurut Persepektif Islam telah diadakan oleh Profesar Madya Fatimah Ibrahim.Dalam seminar tersebut beliau menerangkan betapa solat itu baik untuk kesihatan.Setiap pergerakan dalam solat telah dibuktikan dapat memulihkan fungsi otot-otot dan merawati sakit pinggang.Postur dan pergerakan solat yang digunakan sebagai salah satu rawatan pemulihan alternatif untuk menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang,bukan sahaja kepada penghidap kronik,tetapi juga disyorkan kepada wanita yang mengandung tanpa mengira bangsa dan agama..tambahnya lagi.

Hajjah Wan Maznah menyampaikan cenderahati kepada YB Haji Khazan.

Beliau yang bertugas di Universiti of Malaya (UM),berkata banyak penyelidikan melalui sains telah dilakukan terhadap pergerakan solat oleh pihak UM.Hasil dari kajian tersebut telah banyak membantu para pesakit untuk kembali pulih.Menurutnya lagi,pergerakan solat juga boleh dijadikan terapi untuk penyakit mati pucuk atau mengukur tahap otot kelakian dan wanita. Setiap pergerakan yang berbeza dapat memberikan kebaikan pada sistem perjalanan darah.

Jajarkan ke KiriHajjah Wan Maznah menyampaikan ucapan alu-aluan.
Bagi Hajjah Wan Maznah pula selaku Pengerusi Urusetia Seminar,beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada seluruh wanita,pengerusi jkkk dan APMT Dun Batu Rakit kerana dapat hadir pada program yang bercorak agama seperti ini.Beliau juga berkata seminar sains solat ini adalah yang pertama diadakan di Parlimen Setiu.Kehadiran seramai 200 orang lebih para peserta juga telah mengembirakan beliau sebagai urusetia program.Walaupun ianya julung-julung kali diadakan tapi mendapat sambutan yang amat baik.

Sebahagian Pengerusi-pengerusi JKKK yang hadir pada seminar ini.

Dalam ucapan YB Haji Khazan pula,beliau menerangkan agar para ibu dapat memainkan peranan yang penting dalam memberikan segala ajaran yang berguna untuk anak-anak.Semoga apa yang dipelajari pada seminar ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh para peserta yang hadir..tambahnya lagi.Beliau juga berharap agar program-program seumpama ini akan sentiasa mendapat sambutan dikalangan para peserta semua.

Para wanita yang menghadiri seminar Sains Solat.

Profesar Madya Fatimah Ibrahim menyampaikan ceramah Sains Solat.



Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment