Wednesday, November 10, 2010

Sukan APMT Negeri 2010.

Anggota APMT Parlimen Setiu memberi sokongan kepada acara badminton.

SETIU- Seluruh anggota APMT dinegeri Terengganu telah berkumpul di TER (Terengganu Enduran Resort) Kuala Ibai untuk bersama menjayakan Sukan APMT 2010 pada 10hb November baru-baru ini.Banyak acara yang dipertandingkan dalam sukan ini seperti boling,badminton,futsal,bola jaring dan juag pelbagai acara sukan rakyat.


Barisan pemain futsal Parlimen Setiu.

Pertandingan yang berkonsepkan kepada pasukan Parlimen ini terbahagi kepada lapan parlimen iaitu Kuala Terengganu,Hulu Terengganu,Dungun,Kemaman,Marang,Besut,Setiu dan Kuala Nerus.Setiap anggota APMT DUN hanya dibenarkan bermain untuk Parlimen kawasan masing-masing dan seluruh anggota diwajibkan bermain salah satu dari acara sukan yang telah ditetapkan oleh pihak AMPT Negeri.

Perlawanan futsal yang sedang berlangsung.

Bergu badminton lelaki Parlimen Setiu (berbaju gelap) sedang menghadapi perlawanan.

Bergu campuran Parlimen Setiu.

Bergu wanita badminton Parlimen Setiu.

Acara sukan rakyat yang sedang berlangsung.


Cerita dan gambar:Mazlan Mustafa

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment