Sempena lawatan bermaklumat para peserta ke Kuala Lumpur satu lawatan ke Wisma TV di Angkasapuri telah dilakukan untuk mengenali dengan lebih dekat Jabatan Penyiaran itu. Para peserta telah disambut oleh YB Haji Khazan,Pengarah Penyiaran Timur Puan Dr.Nawiah Che Lah dan Timbalan Pengarah Penyiaran Malaysia (RTM) Tuan Haji Abu Bakar Rahim.
Rombongan yang berlepas dari Melaka ini tiba di Angkasapuri jam 12.30 tengahari.Setiba di Wisma TV para peserta telah di berikan sedikit infomasi dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Rahim.
Beliu memberitahu yang kerajaan Negeri Terengganu telah banyak membantu pihak RTM dalam bidang penyiaran dengan memberikan kerjasama dalam menerbitkan rancangan yang bercorak agama seperti Syahadah. Menurut beliau rancangan agama seperti itu telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari para penonton diseluruh Malaysia.Beliau berharap kerjasama seperti itu akan berterusan demi kebaikan semua pihak.

Sementara itu dalam ucapan YB Haji Khazan Che Mat pula, beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada pihak RTM kerana sudi menerima para peserta rombongan dan menyediakan makan tengahari untuk semua.
Beliau juga amat mengalu-alukan segala bentuk kerjasama yang akan dijalankan antara RTM dan Kerajaan Negeri Terengganu.Sebagai salah seorang dari Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri beliau cukup yakin yang kerjasama itu akan dapat memberikan banyak keuntungan kedua-dua pihak demi jangka masa panjang.

Timbalan Pengarah Penyiaran Malaysia Tuan Haji Abu Bakar Rahim menyampaikan taklimat kepada para rombongan.
Beliau juga memberikan contoh-contoh projek jangka masa panjang yang tidak dapat diraih keuntungan dalam masa terdekat.Dan bagi beliau,kerjasama dengan RTM juga mempunyai jangkasa masa yang panjang untuk meraih keuntungan. Dalam pada itu beliau juga berharap agar semua peserta agar dapat menafaat peluang lawatan ini sebaik mungkin untuk lebih mengenali budaya dan cara berkerja yang lebih baik.
Dalam lawatan selama dua jam ini para peserta juga turut bersama menikmati hidangan tengahari yang disediakan sepenuhnya oleh pihak RTM. Turut bersama dengan para rombongan ialah Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Setiu Abdullah Ibrahim yang hadir bersama YB Haji Khazan selaku pengiring.
Selepas selesai menikmati hidangan para peserta telah dibawa melawat sekitar kawasan RTM dan melihat cara kerja yang dilakukan.Sementara itu YB Haji Khazan Che Mat pula telah di temuramah bersama dengan Radio Klasik FM.
Selepas selesai lawatan di Wisma Tv Angkasapuri,para peserta telah dibawa minum petang di Komplek Rakan Muda di Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara.
Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment