|
TERBABAS - pacuan 4 roda terbabas melepasi longkang |
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 27 JUN – Beberapa orang ahlijawatankuasa Jiran Muda KRT Wakaf Chagak telah terserempak sebuah kenderaan pacuan 4 roda terbabas melepasi longkang di hadapan rumah Pengerusi JKKK Padang Polis dekat sini sewaktu mereka pulang dari bermain futsal di Kg Mengabang Lekar, Batu Rakit sekitar jam 1.20 pagi.
|
FIKIR - masing-masing cuba mencari penyelesaian |
Atas sifat ingin menolong Muhammad Hilmi Mohamad, Pengerusi Jiran Muda bertindak sepakat sesama mereka cuba berusaha membantu untuk mengatasi apa yang dihadapi keluarga mangsa. Sesudah mencuba beberapa kali mengangkat kenderaan ke atas bahu jalan, masih gagal juga, lantas mereka menghubungi Pengerusi KRT, Mohamad Abdullah dan beberapa Ajk lain serta jiran berdekatan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
|
PAYUNG- Muhammad Syukeri Mohamad, AJK KRT (pegang payung) |
Pemilik kenderaan, Mazlan Ngah Ismail, 65 dari Bota Kiri, Perak bersama isteri dan 3 orang anak dalam perjalanan ke Bandaraya Kuala Terengganu berkata kenderaannya terlompat longkang di tepi jalan sewaktu beliau membuat pusingan-u sebaik saja menyedari tersilap arah jalan.
|
TOLAK - Ketayap putih berbaju biru (bendahari KRT) |
Dengan bantuan bendahari KRT dan bendahari JKKK Wakaf Chagak serta beberapa pemilik kenderaan yang kebetulan lalu dekat situ, akhirnya mereka berhasil menolak-tarik keluar dengan mengguna lori kecil.
|
BAJU BELANG - Pemilik kenderaaan pacuan 4 roda |
Pemilik pacuan empat roda tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana sanggup membantu keluarganya walaupun dalam suasana hujan lebat ketika itu, sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bandaraya Kuala Terengganu sekitar jam 2.30 pagi.
|
BERUSAHA - Arena milik bendahari KRT cuba tarik sebelum itu. |
No comments:
Post a Comment