Tuesday, June 28, 2011

KRT WAKAF CHAGAK BERBAKTI

SAM_0660
TERBABAS - pacuan 4 roda terbabas melepasi longkang
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 27 JUN – Beberapa orang ahlijawatankuasa Jiran Muda KRT Wakaf Chagak telah terserempak sebuah kenderaan pacuan 4 roda terbabas melepasi longkang di hadapan rumah Pengerusi JKKK Padang Polis dekat sini sewaktu mereka pulang dari bermain futsal di Kg Mengabang Lekar, Batu Rakit sekitar jam 1.20 pagi. 

berita penuh

Sunday, June 26, 2011

MEREMAJAKAN UNIT PELADANG

SAM_0680
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 26 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Haji Abdul Rahin Dato’ Mohd Said telah bersetuju memberi peruntukan khas kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit dalam membantu aktiviti di kalangan ahli-ahli remaja di bawah anjuran pertubuhan berkenaan.

berita penuh

FUTSAL JIRAN MUDA WAKAF CHAGAK

DSC_0252[2]

oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 26 JUN – Jiran Muda, KRT Wakaf Chagak telah mengadakan perlawanan futsal sebagai aktiviti bagi merapatkan hubungan sesama mereka pada 24 Jun baru-baru ini bertempat di Gelanggang Futsal RAKR Mengabang Lekor dekat sini.

berita penuh

Bantahan Himpunan Bersih...

Encik Nazri Mamat (dua dari kiri) dan Encik Abdullah Ibrahim (tiga dari kanan) menunjukkan laporan polis bersama-sama sebahgian ahli kelab Permotoran Setiu dan Kelab Sukan Komuniti dihadapan Balai Polis Batu Rakit.

BATU RAKIT (26hb Jun 2011)- Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab Permotoran Setiu dan Kelab Sukan Komuniti Dun Batu Rakit telah membuat dua laporan polis berkenaan bantahan Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9hb Julai 2011 di Kuala Lumpur nanti. Laporan polis yang dilakukan pada jam 10.00 pagi juga turut melibatkan sebilangan ahli kedua-dua NGO tersebut yang berpiket secara aman diluar Balai Polis Batu Rakit.
Menurut Encik Abdullah Ibrahim yang juga Setiausaha Kelab Permotoran Setiu yang mempunyai ahli seramai 4,000 orang,tujuan laporan dibuat adalah agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan keatas pihak penganjur himpunan tersebut. "Dengan lebih 1,000 laporan polis telah dibuat,ini menunjukkan betapa perhimpunan itu tidak perlu dialakukan dan rakyat tidak bersetuju dengan cara demostrasi jalanan"kata beliau lagi. Dengan negara yang sudah aman dan makmur mengapa perlu lagi kepada perkara seumpama itu? Ini menunjukkan betapa himpunan tersebut adalah agenda sesetengah pihak pembangkang untuk mengkucar-kacirkan negara yang telah aman.
Beliau juga berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakkan yang tegas terhadap penganjur himpunan tersebut kerana ianya akan mencemarkan nama negara dimata dunia. "Keaadan ekonomi negara juga akan menjadi tidak stabil kerana ianya akan menggangu sistem perniagaan dikalangan para perniaagaan di Kuala Lumpur" tambah beliau lagi.
Sementara itu bagi Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Batu Rakit pula Encik Nazri Mamat,beliau berharap dikalangan para pemuda dan juga penduduk di Dun Batu Rakit agar tidak menghadiri perhimpunan seumpama itu. Ini kerana ianya tidak memberikan apa-apa faedah kepada mereka yang terlibat. "Sesungguhnya pilihanraya dinegara kita telah bersih dan tak perlu dibersihkan lagi. Ini kerana pihak pembangkang telah memenangi lima buah negeri pada 2008 dan dimana tidak bersihnya seperti yang didakwa?" tanya beliau. Beliau juga merujuk kepada sikap penganjur yang tetap menunjukkan sikap berkeras untuk mengadakan himpunan tersebut walaupun mendapat bantahan dari pelbagai pihak. " Ini menunjukkan sikap tidak menghormati pandangan orang lain demi menjayakan niat politik yang tersembunyi. Inikah nilai sikap pemimpin yang dikatakan bersih dan telus? Tidak menghormati pandangan majoriti masyarakat majmuk" tambah beliau lagi.Bagi beliau apa yang akan dilakukan oleh penganjur Himpunan Bersih ini adalah semata-mata untuk mencari populariti dikalangan parti pembangkang kerana tersepit dengan pelbagai masaalah kini. Beliau juga berharap agar pihak berkuasa terus memantau dan mengambil tindakkan yang berat keatas mereka yang terlibat didalam himpunan ini. "Jangan jadikan negara kita yang aman damai ini sebagai tempat politik murahan pembangkang untuk menguasai negara,cukuplah apa yang terjadi pada Himpunan Bersih 2007 dahulu dan betapa negara telah kerugian berjuta-juta ringgit...." akhiri beliau.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, June 24, 2011

Kem Bakti Remaja Dun Batu Rakit siri ke 4

Peserta Kem Bakti Remaja sesi ke 4 dari Dun Batu Rakit dan Langkap bersama-sama fasilitator bergambar kenangan.

BATU RAKIT- Seramai 150 orang dari Dun Batu Rakit dan juga Dun Langkap telah mengikuti Program Kem Bakti Remaja di Kemplek Rakan Muda Daerah Besut. Program yang telah diresmikan majlis penutup oleh Adun Batu Rakit YB Haji Khazan Che Mat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Program yang diadakan selama 3 hari ini bermula pada 14hb sehingga 16hb Jun 2011.

Barisan Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit,Pegawai Keselamatan bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan (3 dari kiri)

Pelbagai aktiviti diadakan bagi meningkatkan lagi motivasi para peserta terhadap negara dan juga kesedaran pada bangsa Melayu. Program yang dikhaskan kepada para peserta yang mengisi borang Dana Bakti Remaja ini telah diadakan sebanyak 3 sesi sebelum ini. Para peserta telah menginap di Komplek Rakan Muda ini selama 3 hari 2 malam.

Fasilitator menerima sijil perhargaan dari YB Haji Khazan.

Menurut Encik Nazri Mamat yang bertindak selaku Ketua fasalitator, program yang diadakan ini adalah untuk membina semangat para pemuda dan puteri untuk berjaya sebagai pemimpin dimasa hadapan."Dengan pelbagai masaalah yang menimpa para pemuda dan puteri kini,kursus seperti ini akan dapat memupuk kesedaran dan betapa berharganya nikmat kehidupan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia kini" kata beliau.

Salah seorang fasilitator menerima sijil perhargaan dari YB Haji Khazan.

Beliau juga berharap agar para pemuda dan puteri yang menghadiri kem bakti remaja ini dapat memenafaatkan segala ilmu yang didapati untuk menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara. Seramai 70 orang peserta dari Dun Batu Rakit telah menghadiri kem Bakti Remaja ini. Pada majlis penutup program ini,satu majlis penyerahan sijil perhargaan kepada semua fasilitator yang disampaikan oleh YB Haji Khazan.

Encik Nazri Mamat selaku ketua fasilitator sedang menyampaikan ucapan.

Peserta mendengar taklimat yang disampaikan.

Peserta sedang melakukan pembentangan.

Para peserta sedang melakukan kerja berkumpulan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, June 20, 2011

Sehari di Pulau Redang....

Barisan Skuad Sayang bersama Puan Hajah Nik Aini (tiga dari kanan) dan Hajah Wan Maznah (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama warga emas (tengah).

BATU RAKIT (PULAU REDANG) 16hb Jun 2011- Skuad Sayang (Pergerakan Wanita Umno Dun Batu Rakit) dan Puan Hajah Nik Aini Nik Soh isteri YB Adun Batu Rakit telah mengadakan satu lawatan ke Pulau Redang dalam Program Skuad Sayang Turun Padang. Skuad yang turut disertai oleh seramai 33 orang ini telah bertolak dari jeti Merang jam 9.00 pagi dan sampai pada jam 10.30. Kehadiran rombongan ini telah disambut oleh Ketua Wanita Umno Cawangan Pulau Redang Puan Remelah Omar.

Skuad Sayang,Puan Hajah Nik Aini (duduk 3 dari kiri) dan Pergerakan Wanita Umno Cawangan Pulau Redang bergambar kenangan bersama para Penghulu dan Pegawai Pejabat Daerah Kuala Terengganu di Balai Raya Kampung Baru Pulau Redang.

Program Skuad Sayang Turun Padang ini yang diketuai Hajah Wan Maznah Nong selaku Ketua Penyelaras Pergerakan Wanita Umno Dun Batu Rakit merangkap Ketua Umno Bahagian Setiu juga turut disertai oleh APMT Dun Batu Rakit sebagai pengiring.Antara acara yang telah ditetapkan sepanjang lawatan ini ialah sumbangan bantuan makanan untuk warga emas,perlawanan persahabatan bola jaring dan juga majlis bacaan yassin.

Nik Aini (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemain bola jaring.

Seramai 12 orang warga emas dan juga pesakit kronik telah dipilih untuk menerima sumbangan barangan dapur oleh Puan Hajah Nik Aini.Mereka-mereka yang terpilih menerima sumbangan ini amat bersyukur diatas kecaknaan yang telah ditunjukkan oleh Nik Aini dan Skuad Sayang.

Pasukan Skuad Sayang (berbaju kuning) bergambar kenangan bersama Pasukan Puteri Umno Cawangan Pulau Redang (berbaju merah) dan jawatankuasa pengurusan.

Pada sebelah petang pula selepas acara bersantai di Taman Laut,Skuad Sayang telah mengadakan perlawanan persahabatan bola jaring dengan pasukan Puteri Umno Pulau Redang. Walaupun mengalami kekalahan namun ianya adalah salah satu cara mengeratkan silaturahim antara penduduk didarat dan dipulau. Sementara itu pada sebelah malam pula satu majlis bacaan yassin telah diadakan dirumah Ketua Wanita Cawangan Pulau Redang.Hampir 100 orang para penduduk telah bersama-sama hadir menyerikan majlis ini. Diakhir majlis Ketua Wanita Umno Dun Batu Rakit Hajah Wan Maznah telah berkenan menyampaikan sumbangan kewangan kepada Wanita Umno Cawangan Pulau Redang.

Perlawanan persahabatan bola jaring bagi mengisi program lawatan Skuad Sayang ke Pulau Redang.

Majlis bacaan yassin yang diadakan dirumah Ketua Wanita Umno Cawangan Pulau Redang.

Hajah Wan Maznah menyampaikan sumbangan kepada Ketua Wanita Pulau Redang Puan Remelah Omar (dua dari kiri).

Warga Emas (tengah) menerima sumbangan dari Skuad Sayang.

Menghulur bantuan sambil bertanya khabar.

Warga emas tersenyum menerima bantuan makanan dari Nik Aini (kanan).

Nik Aini (kiri) sempat berjenaka bersama warga emas (bertudung hijau).

Hajah Wan Maznah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada warga emas.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, June 12, 2011

PKM SETIU BERGEGAR !!!

Bola FA 2011 014
SKRIN  - pasukan Terengganu bergambar kegembiraan bersama jurulatih
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 12 JUN – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Setiu bagi Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit bergegar dengan suara tempikan kegembiraan apabila pasukan bolasepak Terengganu berjaya menewaskan pasukan Kelantan malam tadi.

berita penuh

Saturday, June 11, 2011

Bantuan Baja untuk petani...

Haji Zakaria Abd.Rahman (lima dari kanan) wakil kepada YB Haji Khazan menyampaikan sumbangan baja kepada para pengerusi JKKK yang menjadi wakil kepada para pertani terlibat sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar PPK Maras/Batu Rakit (tiga dari kanan) dan Penghulu Mukim Batu Rakit Bukit Chempaka (dua dari kanan)

BATU RAKIT (MARAS) 9hb Jun 2011- Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dengan kerjasama Ptertubuhan Peladang Kawasan Maras / Batu Rakit (PPK) telah mendadakan Majlis Bantuan Baja dan Biji Benih Tembikai kepada 110 orang para petani disini hari ini. Para petani yang terlibat adalah dari Peti Undi Darat Batu Rakit,Bukit Chempaka,Mengabang Lekor dan juga Bukit Wan.

Para petani sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd selaku Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit,beliau mengucapkan terima kasih kepada para petani yang hadir menjayakan majlis tersebut. Salam takzim daripada YB Haji Khazan Che Mat turut disampaikan kepada para petani yang hadir kerana beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau juga turut memberitahu bahawa peruntukkan baja yang diberi pada hari ini adalah sumbangan daripada pihak YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit. Beliau juga berharap agar para petani tidak mudah melatah dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada pihak YB Haji Khazan. "Banyak sudah bantuan dan peruntukkan telah diberi oleh pihak kerajaan dan wakil rakyat demi kesenangan dan kemudahan para petani dan juga penduduk kampung" kata beliau lagi. Harapan beliau juga agar setiap para petani sentiasa memberikan sokongan setiap kali program-program Pusat Khidmat Dun diadakan. Dengan kerjasama yang diberikan ianya dapat memudahkan segala permohonan daripada para petani untuk diluluskan. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PPK Maras/Batu Rakit kerana sentiasa memberikan komitmen yang baik pada program-program yang dilakukan oleh pihak YB Haji Khazan Che Mat.

Dari kiri ke kanan, Penghulu Mukim Batu Rakit Bukit Cempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,Haji Kamaruddin Mohd (berdiri),Haji Zakaria Abd.Rahman dan Pengurus Besar PPK Maras/Batu Rakit Syed Nadzuan Syed Jaafar.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Maras/Batu Rakit Encik Syed Nadzuan Syed Jaafar (gambar kecil),beliau berharap agar lebih ramai para petani didalam kawasan Dun Batu Rakit ini dapat mendaftar sebagai ahli PPK. Pelbagai faedah dan kemudahan yang telah disediakan oleh PPK demi menanbah pendpatan para petani. Beliau juga turut berharap agar lebih ramai para petani muda baik dikalangan lelaki atau wanita menceburi bidang ini. Bagi beliau kerajaan sentiasa memberikan pelbagai kemudahan demi meningkatkan taraf hidup para petani.
Beliau turut memberitahu bahawa seramai 2,900 orang para petani telah mendaftar sebagi ahli PKK di seluruh Terengganu.Dan sebagai ahli PPK,para petani tersebut akan dapat menikmati pelbagai skim yang telah disediakan oleh PPK. Contoh skim yang disediakan oleh pihak PPK ialah seperti Skim Menambah Pendapatan dengan setiap para peserta diberikan suntikan modal sebanyak RM10,000.00. Skim ini juga turut mendapat kerjasama dari IKS. Beliau juga turut memaklumkan bahawa segala peluang yang disediakan oleh kerajaan perlulah direbut oleh setiap para petani demi menuingkatkan lagi taraf kehidupan mereka. Diakhir ucapan beliau,beliau juga berjanji akan memberikan segala kerjasama kepada pihak YB Dun Batu Rakit dan juga para petani yang bermasaalah.

Petani wanita turut hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Besar PPK Maras/Batu Rakit.

Majlis yang diadakan di Pertubuhan Peladang Kawasan Maras/Batu Rakit ini juga turut dihadiri oleh wakil YB Haji Khazan iaitu Haji Zakaria Abd. Rahman dan juga Penghulu Mukim Batu Rakit Bukit Cempaka Encik Khairul Anuar Hasyim. Para pengerusi bagi peti-peti undi yang terlibat juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Minggu Mesra Siswa UNIsZA...

Para pelajar UNIsZA sedang membersihkan tanah perkuburan di Kampung Wakaf Chagak.


BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 9hb Jun 2011- JKKK Wakaf Chatur telah dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIsZA) didalam Dun Batu Rakit sebagai tempat Program Minggu Mesra Siswa yang telah disertai seramai 249 orang para pelajar. Program yang melibatkan seluruh pelajar baru ini juga turut diadakan serentak di Dun Manir dan juga Dun Seberang Takir.

Para AJK JKKK turut sama menjalankan gotong-royong bersama para pelajar.

Dalam program ini para pelajar telah mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan,surau,masjid,sekolah dan juga menghiasi landskap Kampung Wakaf Chatur. Menurut Pengerusi JKKK Wakaf Chatur Haji Azmi Ali (gambar kecil),beliau amat merasa bangga kerana JKKK Wakaf Chatur telah dipilih untuk terlibat didalam program ini. Disamping dapat menjadikan program ini satu aktiviti untuk JKKK,ianya juga dapat mengeratkan lagi para mahasiswa dengan masyarakat kampung. Program yang bermula jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan taklimat yang telah disampaikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohamad. Dalam taklimat beliau,beliau terlebih dahulu menyampaikan salam takzim daripada YB Haji Khazan Che Mat kerana tidak dapat menghadiri program ini atas tugasan yang telah diamanahkan oleh Menteri Besar. Beliau juga berharap agar para pelajar dapat menggunakan peluang yang diberikan ini untuk mengenali masyarakat setempat dengan sebaik mungkin. "Batu Rakit kini telah menjadi satu destinasi oleh kebanyakkan Universiti untuk mengadakan program baik didalam atau diluar Terengganu.Ini menunjukkan Batu Rakit telah berjaya membawa nama yang baik dikalangan Universiti-universiti di Malaysia"tambah beliau lagi. Beliau juga berharap dimasa akan datang pihak UNIsZA akan terus menggadakan program seumpama ini dan beliau juga akan terus membantu menjayakan program-program seumpama ini dengan sebaik mungkin.

Yang berat sama-sama dipikul untuk meringkan kerja gotong-royong.

Sementara itu bagi Ketua Program Mesra Siswa UNIsZA pula Cik Norhafiza Azmi (gambar kecil),matlamat utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan para siwa dengan masyarakat setempat. "Program seumpama ini sentiasa diadakan untuk para pelajar baru bagi mendidik dan juga untuk mereka lebih berdisiplin" kata beliau. Disamping itu,beliau juga turut menguncapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dan juga JKKK Wakaf Chatur kerana membantu menjayakan program ini. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak didalam menjayakan programa ini akan lebih memberikan keyakinan kepada para siswa untuk terus turun padang dimasa hadapan" tambah beliau lagi.
Beliau juga menambah,apa yang penting pada program ini adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para siswa untuk sama-sama bergerak didalam masyarakat kampung. Dengan adanya program-program seumpama ini ianya juga dapat menjalinkan persahabatn yang lebih rapat anatara para siswa. "Inilah matlamat dan tujuan program ini diadakan,kerana dikalangan para pelajar ini mereka datang dari seluruh negara. Ianya mungkin sedikit sebanyak berbeza dari segi adat dan cara kehidupan. Mungkin dengan menyertai program seumpama ini para bakal siswa akan dapat menyelami kehidupan yang tidak pernah mereka alami selama ini" ujur Cik Norhafizah lagi.

Para pelajar sedang mendengar taklimat sebelum memulakan gotong-royong.

Program yang berakhir pada jam 12.00 tengahari ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar UNIsZA,para pembantu-pembantu mahasiswa,APMT Dun Batu Rakit dan juga para penduduk sekitar.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Asrama Darul Akhyar beroperasi..

Para pelajar Asrama Akhyar bergambar bersama Penyelia Asrama Ustaz Mohd Razaki Yusuf (berbaju hijau berbelang) dan para staff Asrama.

BATU RAKIT (TANJUNG) 11hb Jun 2011- Seramai 101 orang pelajar dari seluruh Daerah Negeri Terengganu kecuali Besut telah mendaftar di Asrama Darul Akhyar yang mula mengambil para anak yatim dan juga fakir miskin. Asrama yang dibawah jagaan pihak MAIDAM sepenuhnya itu telah memulakan pendaftaran para pelajar seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Menurut Penyelia Asrama tersebut Ustaz Mohd Razaki Yusof (gambar kecil) asrama ini telah mengambil para pelajar bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4.
Kesemua para pelajar tersebut telah ditukarkan ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor. Segala masaallah tentang pertukaran para pelajar telah dilakukan oleh pihak MAIDAM. Seramai 57 orang para pelajar perempuan dan 44 pelajar lelaki telah diambil untuk menjadi perlajar pertama yang mengisi asrama ini. Mereka semua adalah para anak yatim dan juga segelintir dari fakir miskin. "Asrama yang terletak di Kampung Mengabang Kapal Tanjung Batu Rakit ini juga akan menambah para pelajarnya dimasa akan datang" tambah Ustaz Razaki lagi. Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Razaki kepada ibubapa para pelajar, beliau berharap agar semua para ibubapa sentiasa memberikan komitmen atas apa yang dilakukan oleh pihak MAIDAM demi kebaikkan semua para pelajar. Beliau juga turut memaklumkan bahawa pihak MAIDAM juga akan berusaha menambah segala pasarana bagi menjadikan Asrama Akhyar ini Pusat Pengajian Kebajikan Anak Yatim yang terbaik.

Papan tanda Asrama

Beliau juga turut mengharapkan agar para pelajar sentiasa menjaga dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak pengurusan asrama. "Disiplin dan sentiasa berusaha untuk menjamin kejayaan dimasa hadapan hendaklah sentiasa diterapkan didalam jiwa"kata beliau lagi. Majlis pendaftaran para pelajar ini turut disertai oleh para ibubapa pelajar dan diadakan sebanyak 3 sesi. Bagi Dun Batu Rakit pula seramai 20 orang pelajar telah diambil untuk diserapkan ke asrama ini. Mereka juga terdiri daripada anak-anak yatim dan juga fakir miskin.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, June 10, 2011

GELANGGANG RM150 RIBU ….

Futsal Gong Lingai 016
KENANGAN - Pasukan Futsal bersama Ahli Parlimen Setiu
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 10 JUN – Gelanggang futsal bernilai RM150 ribu di Kg Gong Lingai dekat sini telah selamat dirasmikan petang tadi. Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyempurnakan majlis berkenaan.

berita penuh

Sunday, June 5, 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang..

Para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sibuk menguruskan pemberian duit kepada para penerima.

BATU RAKIT (MARAS) 1hb Jun 2011- Seramai 150 orang warga penerima bantuan dari Kampung Maras,Wakaf Chatur,Padang Kemunting telah hadir pada Program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras. Program yang bertujuan mendekatkan lagi penerima bantuan JKM dengan pihak pegawai yang bertugas.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd (kanan) menyampaikan bantuan kepada penerima JKM.

Pada program ini.Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu Che Ayub Osman telah memohon maaf diatas kelewatan yang berlaku kerana terdapat beberapa masaalah yang terjadi dan tidak dapat dielakkan. Beliau yang juga pegawai yang baru ditugaskan di kawasan Kuala Terengganu turut menguncapkan juataan terima kasih kepada para penerima bantuan yang sabar menunggu pihak JKM. Dalam ucapan beliau juga,pihak JKM akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk seluruh warga penerima bantuan. "Bukan sekadar bantuan zahir (kewangan) tetapi JKM kini juga banyak mengaturkan tazkirah untuk keperluan penerima menuju jalan akhirat" kata beliau.

Haji Kamaruddin bersama Che Ayub Othman (kiri)

Beliau juga turut memaklumkan agar para penerima bantuan JKM agar dapat membuka akaun bank untuk memudahkan sistem pembayaran dan juga untuk keselamatan para penerima. Dengan cara pembayaran melalui bank,pihak JKM juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan setiap kali pembayaran dilakukan. Beliau juga berharap agar para penerima yang mempunyai masaalah,dapat berhubung dengan pegawai yang telah ditugaskan disetiap kawasan. Diakhir ucapan beliau, beliau turut memaklumkan skop JKM kini telah bertambah dengan bantuan membaiki rumah turut disediakan.Beliau berharap agar para penerima bantuan dapat mengambil peluang yang disediakan ini untuk meningkatkan lagi taraf hidup masing-masing.

Sebahagian para penerima bantuan JKM yang hadir pada majlis JKM turun padang di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd yang mewakili YB Haji Khazan Che Mat, beliau berharap agar para penerima bantuan JKM sentiasa bersyukur dengan segala kemudahan yang diperolehi. Beliau juga berharap agar para penerima sentiasa menbantu pihak kerajaan untuk terus berusaha dalam meningkatkan lagi ekonomi dan taraf hidup rakyaat. Semoga apa yang diusahakan oleh kerajaan selama ini akan dapat memberikan keyakinan kepada rakyat untuk meneruskan kerajaan yang sedia ada pada pilihanraya yang akan datang. Beliau juga turut menyampaikan salam takzim daripada YB Haji Khazan Che Mat kerana tidak dapat bersama-sama menjayakan Program JKM turun padang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Diakhir ucapan beliau,beliau berharap agar para penerima bantuan terus bersama-sama berganding bahu dengan semua pihak didalam Dun Batu Rakit untuk menyokong segala yang terbaik dilakukan oleh YB Adun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Prihatin...skuad sayang dan APMT Dun terus bergerak bersama turun padang.

Skuad Sayang dan APMT DUN Batu Rakit bergambar kenangan bersama Puan Hajah Nik Aini,Pengerusi JKKK Balai Maras dan keluarga Puan Fatimah Zakaria.

BATU RAKIT (MARAS) 2hb Jun 2011 Skuad Sayang (Wanita UMNO Dun Batu Rakit) dan APMT Dun sentiasa mengambil cakna pada warga emas, oku dan juga mereka yang telah uzur. Bersama-sama dengan isteri YB Adun Batu Rakit Puan Hajah Nik Aini Nik Soh,satu lawatan berserta sumbangan telah dilakukan di Peti Undi Maras.

Puan Fatimah Zakaria (bertudung hitam) menerima sumbangan dari Puan Hajah Nik Aini Nik Soh (bertudung ungu)

Di Kampung Maras seorang warga emas yang telah uzur Haji Jaafar Mohamad (gambar kecil bawah) telah dilawati oleh Skuad Sayang dan Apmt Dun.Beliau yang telah dua tahun mengalami sakit lumpuh,hanya terbaring diatas tilam ketika menyambut kehadiran isteri YB dan juga peserta program cakna rakyat. Menurut isteri beliau, penglihatan dan juga pendengaran
Haji Jaafar juga sudah tidak seperti dahulu lagi. Segala makan, minum dan pakaian diuruskan oleh isteri beliau yang setia menemani beliau sepanjang masa. Bagi isteri Haji Jaafar,beliau amat terharu dengan kehadiran yang tidak diduga apabila dikunjungi oleh Puan Hajah Nik Aini. Bagi beliau inilah sikap yang perlu dicontohi oleh semua golongan dalam membantu mereka-mereka yang memerlukan pertolongan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana sudi meluangkan masa menziarahi suami beliau yang terlantar.
Sementara itu bagi JKKK Balai Maras pula rumah kediaman Puan Fatimah Zakaria (gambar kecil atas) yang mengalami strok dua tahun dahulu telah dikunjungi oleh rombongan Skuad Sayang dan Apmt Dun. Beliau yang juga seorang peniaga kecil-kecilan telah hilang keupayan untuk berjalan dan bercakap dengan baik. Namun beliau amat beruntung kerana anak-anak dan suami sentiasa menjaga beliau dengan sebaik mungkin ketika beliau berada disaat-saat yang kritikal.

Jajarkan ke TengahPuan Hajah Nik Aini (tengah) dan Ketua Wanita Umno Batu Rakit Hajah Wan Maznah (bertudung kuning) melihat Haji Jaafar yang sudah uzur.

Program yang diadakan sebanyak dua kali sebulan ini sentiasa bergerak dari peti-peti undi diseluruh Dun Batu Rakit. Ketua Wanita Umno Dun Batu Rakit yang juga merangkap Ketua Wanita Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah Wan Nong turut bersama menjayakan program cakna rakyat ini.Turut bersama ialah Cik Norzilati Muda selaku wakil dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh