BATU RAKIT- 9HB MEI 2010. Kasihnya ibu membawa ke syurga....kasihnya ayah berkorban jiwa.... ungkapan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Biduanita Sharifah Aini inilah yang dapat dilihat diPusat Harian Kanak-Kanak Istimewa(PDK BATU RAKIT) sempena lawatan program Masih Ada Yang Sayang anjuran Wanita UMNO Dun(Skuad Sayang) dan APMT Dun Batu Rakit.
Taklimat- Tuan Hj. Razak sedang memberi penerangan
Betapa anak-anak mereka tidak seperti yang sempurna tetapi kasih sayang tetap tidak berbelah bagi dan dijaga dengan sebaik mungkin. Ibu dan ayah anak-anak istimewa ini sendiri sanggup menjadi sukarelawan diPDK demi melihat anak-anak mereka terus dibelai dan dimanja.Program yang turut disertai oleh isteri YB Ustaz Haji Khazan iaitu Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh ini bertujuan mendekatkan masyarakat kita hari ini dengan mereka yang kurang upaya.
Menurut Pengerusi PDK Batu Rakit Tuan Haji Razak Mat Amin, PDK ini telah ditubuhkan pada 1984 hasil kajian keatas Profile Orang Kurang Upaya yang terdapat diBatu Rakit.Ianya juga merupakan projek perintis PDK Malaysia yang telah mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terngganu dan telah mendapat keputusan mesyuarat kumpulan pakar anjuran World Health Organisation(WHO) di Manila.
Tambahnya lagi,PDK ini juga memupuk nilai-nilai bersama(5K) iaitu kasih sayang, kerja berpasukan, kejujuran, keluhuran jiwa dan keperibadian mulia (akhlak) dalam membentuk mereka yang kurang upaya.
Beliau juga berharap agar PDK Batu Rakit ini menjadi yang utama dalam pilihan orang kurang upaya.
Terdapat seramai 40 orang kanak-kanak kurang upaya telah menjadi pelajar diPDK Batu Rakit. Mereka juga diberi pelbagai latihan seperti aktiviti kemahiran diri, latihan prasekolah, kraftangan,rawatan fisioterapi dan latihan kerja.
Beliau juga berharap agar PDK Batu Rakit ini menjadi yang utama dalam pilihan orang kurang upaya.
Terdapat seramai 40 orang kanak-kanak kurang upaya telah menjadi pelajar diPDK Batu Rakit. Mereka juga diberi pelbagai latihan seperti aktiviti kemahiran diri, latihan prasekolah, kraftangan,rawatan fisioterapi dan latihan kerja.
Pada program ini yang turut disertai oleh P.A Dun iaitu Ustaz Haji Kamaruddin Mohamad dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Encik Mohammad Fauzi Fatah, isteri YB turut menyampaikan cenderahati kepada para pelajar. Sumbangan yang diberi telah menceriakan lagi kanak-kanak ini.
Bagi Ketua APMT Dun Batu Rakit dan juga selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah, semoga program ini dapat memberi kesan yang mendalam bagaimana cara dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kurang upaya.Semoga sikap prihatin dan cakna masyarakat terhadap orang-orang kurang upaya ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan ini dengan lebih sempurna.
Oleh: Mazlan Mustafa
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment