Pengerusi Masjid Assalam Batu Rakit, Hj Muda Abdullah (kanan) |
Beliau berkata program berbuka puasa bersama masyarakat di parlimen Setiu telah diadakan di setiap DUN pada setiap tahun adalah untuk memudahkan beliau bermesra dengan masyarakat tempatan. Pada tahun ini bermula di DUN Jabi pada 8 Ogos 2012, DUN Permaisuri 10 Ogos dan pada 12 Ogos di DUN Langkap. Beliau melahirkan rasa syukur di atas sambutan masyarakat di setiap majlis berbuka puasa walaupun ada pertembungan program pada masa yang sama. Turut hadir mantan wakil rakyat Batu Rakit (1990 –1999) Dr Mohamad @ Abdul Wahab bin Ngah, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar bin Hashim dan Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit.
Semua yang hadir pada majlis berbuka puasa telah diberi kain sarung pelikat sehelai seorang bagi lelaki, manakala bagi kaum ibu dan anak-anak perempuan setiap orang dapat sehelai kain sarung batek.
Kaum Ibu bersama anak berbuka di dalam Dewan Bestari Wakaf Chagak |