Oleh : Mohamad bin Abdullah
Foto : Zainal Abidin bin Mamat
MENYAKSIKAN - orangramai asyik menonton acara di laut. |
TENDANG PENALTI - peserta siap sedia menendang bola ke pintu gawang |
Program julung kali diadakan, hasil kesepakatan JKKK Pagar Besi, JKKK Mengabang Lekor dan KRT Kampung Mengabang Lekor baru-baru ini.
KE LAUT - peserta bersama bot mereka mula acara memancing di laut |
Mengikut pengerusi bersama program, Encik Abdullah bin Zakaria, Pengerusi JKKK Pagar Besi “kami bekerja amat mudah apabila ketiga-tiga jawatankuasa dapat bergabung sama”.
PULANG - para peserta memancing di laut baru tiba di pantai |
“Pelaksanaan urusan kerja dapat dijalankan dengan lancar, apabila semua yang terlibat saling bantu membantu”, tambah Encik Awang Koding bin Che Tom, Pengerusi JKKK Mengabang Lekor yang juga sebagai pengerusi KRT Kampung Mengabang Lekor,
MENYAMBUT - sebahagian kaum keluarga menyambut kepulangan peserta dari laut |
Bagi kategori memancing di laut, seramai 60 orang telah menyertainya bermula jam 8.00 pagi dan berakhir tepat jam 12.00 tengahari. Setiap bot diwajibkan kepada 2 orang peserta sahaja. Pihak urusetia telah membekalkan petrol bernilai RM50.00 bagi setiap buah bot yang bertanding.
TEPI PANTAI - penonton menyaksikan acara di tepi pantai |
Johan bagi kategori Memancing Di Laut, Encik Wahid bin Abu Bakar sebagai ketua, dengan tangkapan ikan berjumlah melebihi 10 kilogram. Tempat kedua, Encik Ali bin Mamat dan Encik Yahya bin Ali di tempat ketiga.
Ketua Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit, Haji Md Ali bin Abdullah telah berkesempatan hadir bersama beberapa orang anggotanya.
BAJU MERAH - Encik Azilan bin Ariffin, pegawai PPINDKT sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang |
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Azilan bin Ariffin, pegawai di Pejabat Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment