Thursday, September 20, 2012

Merdeka Raya Bersama Pemimpin

2012-09-20 14.13.42
PESERTA BERTUAH - Kenangan bersama YB Ahli Parlimen

2012-09-20 13.01.06
YB Dato Hj Mohd Jidin Shafee
MERANG – Majlis Merdeka Raya Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Parlimen Setiu hari ini 20 September 2012 bertempat di Merang Suria Resorts, Setiu telah mendapat sambutan bukan saja di kalangan anggota APMT setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bahkan telah dihadiri sama Pengerusi-Pengerusi JKKK bersama ahlijawatankuasa dalam parlimen Setiu. Selain itu beberapa orang wakil MCA dan masyarakat Siam, telah turut hadir sama. Seramai 500 orang hadir meraikan majlis anjuran APMT yang diketuai Pegawai Penyelia Parlimen, Haji Ismail Saamah.

2012-09-20 13.36.49          Ahli Parlimen Setiu, Haji Mohd Jidin Shafee berkata, “dengan sokongan padu JKKK dan cawangan termasuk MCA, beliau amat yakin Barisan Nasional akan mencapai kemenangan bukan sahaja di DUN-DUN bahkan di Parlimen Setiu, bila tiba pilihanraya umum nanti,” “Beliau mengingatkan kepada hadirin, bila kita dipilih atau dilantik memegang sesuatu jawatan, perlulah ingat jasa pihak yang menyetujui kedudukan kita, perlulah hadir pada setiap program yang dianjurkan oleh pihak berkaitan, seperti mesyuarat, majlis undangan tertentu dan jangan sesekali kita mudah lupa diri.” jelasnya lagi.

2012-09-20 13.37.08          “Perlu diingat, anggota APMT semasa UBest hanya dibayar elaun RM750.00 dan kini tidak kurang RM1,000.00 hingga RM2,500.00”, tambahnya lagi. “Begitu juga elaun JKKK, dulu tidak sampai RM100.00, sebulan, kemudian dinaikkan RM180.00, RM350.00, RM450.00 dan kini pihak kerajaan BN, telah beri RM800.00 pada setiap pengerusi JKKK.” katanya.

2012-09-20 12.47.21
Ybhg. Haji Ismail Saamah
          Sebelum itu, Pegawai Parlimen APMT Setiu, Haji Ismail Saamah menyarankan agar semua anggota APMT berkerja penuh dedikasi demi mempertahankan kerajaan sediada, tanpa mengira siapa calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti bila tiba pilihanraya umum ke13 kelak. Beliau amat berharap dengan perpaduan yang kukuh di kalangan anggota, insyaAllah apa yang disarankan oleh Pengarah APMT, Haji Roshali Taha selama ini, segala gerakerja dari masa ke masa akan dapat diuruselia dengan baik.


2012-09-20 12.20.11
2012-09-20 12.20.26
        2012-09-20 14.14.02
2012-09-20 13.35.41


SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, September 18, 2012

SEHARI KAKITANGAN IBU PEJABAT DI SETIU

DSC06533

DSC06540
En. Fauzi Muda, Pen. Pengarah
BATU RAKIT – Seramai 7 orang kakitangan Ibu Pejabat, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), telah turun ke parlimen Setiu pada 17 September 2012 baru-baru ini. Penolong Pengarah APMT, Fauzi Muda telah mengetuai rombongan mewakili pengarah. Program ini telah dirancang oleh pihak Pengarah APMT, Haji Roshali Taha sebagai tanggungjawab ibu pejabat sambil beramah mesra dengan semua anggota di bawahnya di setiap parlimen (8 parlimen). Perancangan awal bagi parlimen Setiu ialah pada 8 Ogos yang lalu, tetapi terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana pertembungan tugas yang tidak dapat dielakkan.


DSC06535          Kakitangan Ibu Pejabat telah diberi taklimat oleh Ketua Penyelia APMT DUN pada setiap persinggahan di DUN berkenaan. Difahamkan tempat pertama mereka hadir ialah di Pejabat APMT DUN Langkap, diikuti DUN Permaisuri bersama Parlimen Setiu di sebelah pagi. Manakala di DUN Jabi dan DUN Batu Rakit di waktu petang. Seramai 112 anggota APMT di setiap DUN dan pejabat Parlimen Setiu (mengikut jumlah di setiap DUN) hadir meraikan kedatangan mereka pada hari tersebut.


DSC06539          Ketua Penyelia APMT DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah dalam taklimatnya melahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran rombongan ke pejabat APMT DUN Batu Rakit. Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota di bawahnya yang sudi menunggu kehadiran rombongan bermula jam 2.00 petang hingga lewat jam 5.00 petang baru dapat memulakan majlis pertemuan ini.


DSC06538          Taklimat dipaparkan melalui tayangan skrin, beliau menyentuh perkembangan semasa mengenai tugasan anggota termasuk aktiviti rutin, laporan isu semasa, kedudukan pengundi dan perancangan yang bakal dilaksana jika mendapat kelulusan ibu pejabat di peringkat negeri.

DSC06537          Dalam ucapan balas, Penolong Pengarah menyampaikan salam takzim dari pihak pengarah kerana berada di luar negara dan mengucap terima kasih di atas kesedaran semua anggota yang memahami tanggungjawab tugas yang tidak mengira masa. Syabas diucapkan kerana sudi menunggu sekian lama dan sedia bersama menyertai perjumpaan kali ini. Sebelum majlis berakhir, semua anggota diminta memperkenalkan diri masing-masing dan menyatakan tugasan di bawahnya khususnya berkaitrapat dengan pengundi tempatan dan luar negeri. Majlis berakhir hampir jam 7.00 petang.

DSC06534DSC06536

SETIU HARI INI

berita penuh

Sambutan Di Luar Jangka ...



2012-09-16 11.44.21

2012-09-16 12.22.19
BAJU JALUR KELABU - Dr Abdul Wahab Ngah (kanan)
WAKAF CHAGAK, BATU RAKIT – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Dr Mohamad @ Abdul Wahab Ngah mengucapkan setinggi tahniah di atas kehadiran para tetamu ke majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia di Dewan Bestari Wakaf Chagak pada 16 September 2012 baru-baru ini. Beliau yang telah diberi kesempatan oleh parti selama dua penggal (1990 – 1999) merasa bangga dengan kehadiran tetamu lebih kurang 1,500 orang, termasuk berbagai peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa, apabila diberitahu oleh beberapa jawatankuasa sambutan. Beliau yang pernah menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri (EXCO) merasa kagum terhadap sokongan padu masyarakat yang memungkinkan satu tanda kearah kemenangan Barisan Nasional di DUN Batu Rakit pada pilihanraya akan datang, bisiknya kepada beberapa tetamu yang hadir bersama pada majlis tersebut.

2012-09-16 11.16.33
          Tetamu awal hadir sebaik majlis bermula jam 10.00 pagi ialah Haji Md Ali Abdullah, Ketua Penyelia, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Datuk Haji Abd Rahman Mat Yasin. Majlis anjuran bersama JKKK, Komuniti 1Malaysia dan KRT Wakaf Chagak sebagai aktiviti setiap tahun berakhir tepat 2.00 petang.



2012-09-16 13.42.40
2012-09-16 12.13.30          Wakil Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional, Daerah Kuala Terengganu, Encik Azilan Ariffin bersama isteri dan anak turut hadir dua jam kemudian. Manakala Pembantu Penerangan, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Nik Faridza Nik Jaafar bersama isteri dan 3 orang anaknya hadir sekitar jam 1.00 tengahari. Mereka rasa kagum dengan kesepaduan ahli jawatankuasa khususnya wanita “bagaikan tidak kering peluh” bertungkus lumus memasak di dapur (belakang dewan); lebih-lebih lagi terpaksa masak tambahan nasi bersama lauk baru apabila di dapati kehadiran melebihi anggaran awal sekitar 500 orang sahaja. Begitu juga ajk lelaki, kerap keluar membeli keperluan tambahan di kedai berdekatan.
2012-09-16 10.00.10


2012-09-16 12.33.34         Tetamu datang bukan saja penduduk tempatan bahkan wakil-wakil JKKK berdekatan seperti JKKK Tanjong, JKKK Pantai Batu Rakit, JKKK Padang Polis, JKKK Pengkalan Atap, JKKK Kubur Timah, JKKK RAKR Mengabang Lekor, JKKK Pagar Besi, JKKK Darat Batu Rakit, JKKK Terap Pechah Rotan, JKKK Pechah Rotan, JKKK Hilir Maras, JKKK Panchur Kuin, JKKK Mengabang Panjang, JKKK Tanjong Kedepan dan JKKK Hilir Darat Batu Rakit, jelas pengerusi penganjur, Encik Mohamad Abdullah. 

2012-09-16 11.12.11          Kataya lagi,”Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit dan anggota balai berkesempatan hadir bersama Pengerusi KRT Batu Rakit Utara, Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau melahirkan syukur kepada Allah dan berterima kasih di atas kerjasama padu ahli jawatankuasa dan tetamu undangan. Makanan yang dapat disediakan kali ini, ialah nasi minyak, ketupat pulut, rendang daging, tapai, makanan ringan, aiskrim batang dan aiskrim bocong, jelas beliau seterusnya.
2012-09-16 11.42.342012-09-16 11.43.12
2012-09-16 12.05.11

SETIU HARI INI

berita penuh