Saturday, August 11, 2012

Ahli Parlimen Bersama K1M

2012-08-11 19.15.39
2012-08-11 19.01.46BATU RAKIT – Ahli Parlimen Setiu, Dato Haji Mohd Jidin bin Shafee telah mengadakan majlis Berbuka Puasa di Dataran Bestari Wakaf Chagak kelmarin 11 Ogos 2012 dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak. Seramai 500 orang hadir pada majlis berkenaan termasuk anak-anak yatim, kakitangan masjid bersama ahlijawatankuasa, Pengeusi-pengerusi JKKK, pemimpin politik dan pegawai keselamatan dalam DUN Batu Rakit.
2012-08-11 19.05.55
Pengerusi Masjid Assalam Batu Rakit, Hj Muda Abdullah (kanan)
          Beliau berkata program berbuka puasa bersama masyarakat di parlimen Setiu telah diadakan di setiap DUN pada setiap tahun  adalah untuk memudahkan beliau bermesra dengan masyarakat tempatan. Pada tahun ini bermula di DUN Jabi pada  8 Ogos 2012, DUN Permaisuri 10 Ogos dan pada 12 Ogos di DUN Langkap. Beliau melahirkan rasa syukur di atas sambutan masyarakat di setiap majlis berbuka puasa walaupun ada pertembungan program pada masa yang sama. Turut hadir mantan wakil rakyat Batu Rakit (1990 –1999) Dr Mohamad @ Abdul Wahab bin Ngah, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar bin Hashim dan Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit.
2012-08-11 19.13.02          Selepas majlis ucapan, beliau berkenan menyampaikan bantuan kain jubah, air zam-zam dan buah kurma kepada pengerusi dan ahlijawatankuasa masjid, sebagai wakil kepada Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, penyerahan sumbangan kewangan kepada Asrama Anak Yatim Fakir Miskin Darul Akiyah Batu Rakit. Penyelia Asrama, Mohd Syawal bin Abu Bakar @ Md Amin telah menerima sebanyak RM1,000.00 tunai.
          Semua yang hadir pada majlis berbuka puasa telah diberi kain sarung pelikat sehelai seorang bagi lelaki, manakala bagi kaum ibu dan anak-anak perempuan setiap orang dapat sehelai kain sarung batek.
2012-08-11 19.17.52-1
Kaum Ibu bersama anak berbuka di dalam Dewan Bestari Wakaf Chagak
        
SETIU HARI INI

berita penuh

228 Ahli Peladang Terima Zakat

2012-08-08 15.36.18
BATU RAKIT –  Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit telah mengagihkan sumbangan duit zakat kepada 228 orang ahli peladang dalam bulan Ramadan tahun ini.  Program pengagihan disusunatur bagi 30 unit peladang dan setiap unit antara 8 orang atau 7 orang menerima sumbangan mengikut kadar keramaian ahli. Setiap ahli diberi sumbangan sebanyak RM100 seorang.
2012-08-08 14.57.55
          Sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan sebagaimana arahan, pada 8 Ogos baru-baru ini telah diadakan sambutan di PPK Maras/Batu Rakit. Ahli-ahli Jemaah Pengarah, wakil pengarah Lembaga Peertubuhan Peladang (LPP), Ketua-ketua unit peladang bersama ahli-ahli peladang (miskin) dan kakitangan PPK Maras/Batu Rakit turut hadir. Majlis telah dimulai dengan nyanyian Negara Ku serta diiringi dengan menaikkan bendera Jalur Gemilang, bendera negeri dan bendera pertubuhan peladang.

2012-08-08 15.06.05          Pengurus Besar PPK Maras/Batu Rakit, Syed Nadzuan Syed Jaafar telah membaca teks ucapan pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan diikuti teks ucapan Menteri Pertanian oleh wakil Pengarah LPP negeri.

2012-08-08 14.56.14
          Pada tahun ini pihak PPK Maras/Batu Rakit telah terima keuntungan yang memberangsangkan hasil gerakerja dengan pencapaian pulangan balik duit zakat dari MAIDAM sebanyak RM11,519.66, Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) RM500.00 dan Nafas RM10,858.00 ; kesemuanya berjumlah RM22,877.66

2012-08-08 15.29.38
          Pengerusi PPK Maras/Batu Rakit, Haji Abd Rahman Salleh bersama ahli Jemaah Pengarah terdiri Dr Abdul Wahab Ngah, Haji Abdullah Mohd, Haji Ibrahim Salleh, Haji Abdul Wahab Embong, Mohamad Abdullah dan pihak pengurusan Syed Nadzuan Syed Jaafar  telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka yang layak.
2012-08-08 15.30.01
2012-08-08 15.43.28
2012-08-08 15.36.18
2012-08-08 14.56.25
SETIU HARI INI

berita penuh