Friday, April 13, 2012

Wanita Menabung Qurban

Foto0739

WAKAF CHAGAK – Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Chagak telah sepakat mengikut amalan tradisi yang dimainkan oleh Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak dalam aktiviti amal di bulan Zulhijjah setiap tahun dengan menabung sebahagian wang dengan membuka Tabung Qurban.
foto0745
PUAN FARIDAH ABU
          Pengerusi Tabung Qurban JKKK, Puan Faridah Abu, 47, berkata, “Dengan sumbangan bulanan daripada ahli-ahli wanita, insyaAllah kami akan dapat menyumbang sedikit kepada masyarakat tempatan apabila sampai masa musim bulan haji nanti.” jelas beliau ketika ditinjau pendapatnya selepas mesyuarat JKKK baru-baru ini. Beliau yang juga pengerusi Jiran Wanita KRT Wakaf Chagak dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan berdoa agar dengan inisiatif ini dapat menarik minat kepada mereka yang bercita-cita membuat kebajikan terutama pada musim haji kelak.
foto0743          “Buat permulaan, kami telah dapat mengumpul seramai 7 orang ahli wanita dengan tabungan RM30.00 setiap orang berjumlah RM210.00 pada setiap bulan.” sambungnya lagi. “Kami telah lihat apa yang dilakukan oleh pengerusi kami, Mohamad Abdullah dan rakan-rakannya melalui Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak pada setiap tahun, beberapa ekor lembu dan kerbau telah dapat diqurbankan. “InsyaAllah dengan adanya kesedaran kami, ramai ahli akan turut serta pada tahun-tahun kehadapan.” dengan penuh keyakinan beliau menjelaskan.
foto0745          Berikut adalah nama-nama ahli yang menyertai Tabung Qurban JKKK Wakaf Chagak – Faridah Abu, Mek Alias Shafie, Wan Asmawati Wan Muda, Selamah Mat Ali, Zunaidah Ambak, Farhana Zakariya dan Sukerun Yob.




SETIU HARI INI

berita penuh

Saturday, April 7, 2012

SMAP PUTERI HADAPI PILIHANRAYA

 Para Puteri Umno Dun Batu Rakit merakam kenangan bersama tenagar pengajar Encik Shamsudin Azam (duduk empat dari kanan),Encik Kamal (duduk tiga dari kanan) dan Ketua Puteri Umno Bahagian Setiu Puan Rosnari Awang Ngah (duduk empat dari kiri) pada Kursus SMAP di Dewan Serbaguna Maras,Batu Rakit.
BATU RAKIT( WAKAF CHATUR) 7/4/2012- Seramai 32 orang para Puteri Umno Dun Batu Rakit hadir pada kursus mengenai Sistem Maklumat Pengundi (SMAP) yang telah dianjurkan oleh Penyelaras Pergerakan Puteri Umno Dun Batu Rakit hari ini. Kursus yang disampaikan oleh Encik Shamsudin selaku Pengerusi SMAP Negeri yang dulu dikenali dengan nama SIKAP.
Puteri-puteri Peti Undi Batu Rakit sedang mempelajari tentang maklumat SMAP. 
Kursus yang bermula pada jam 9.30 pagi ini adalah untuk mendendahkan para pertugas peti undi mengenai sistem yang akan digunakan pada piliharaya nanti. Cara handbill dikeluarkan,nama pengundi disemak,semuanya diajar kepada para puteri yang akan memainkan peranan sebagai pertugas peti undi dipeti undi masing-masing bila tiba pilihanraya. 
Masih sempat posing bila gambar dirakam.
Menurut Puan Rosnari Awang Ngah yang bertindak sebagai Pengerusi Smart System Dun pada piliharaya nanti,seramai empat orang dari setiap peti undi diajar cara-cara membuat handbill dan semakkan daftar pemilih pada hari mengundi nanti.Sebanyak lapan peti undi yang ada didalam Dun Batu Rakit dan ianya akan melibatkan seramai 32 orang pertugas,tambah beliau lagi.

 Tekun- mendengar penerangan yang diajar oleh tenaga pengajar (berbaju hitam)
Dalam pada itu,menurut Encik Shamsudin Azam,kursus SMAP ini akan diajalnkan diseluruh negeri Terengganu bagi melicinkan perjalanan piliharaya nanti.Ianya juga bertujaun mengajar para puteri agar lebih bersedia didalam menghadapi cara untuk menyediakan handbill kepada para pengundi."Kita akan bergerak untuk mengajar para puteri agar mereka terus mahir dan tidak melakukan kesilapan didalam menjalankan peranan mereka bila pilihanraya tiba nanti" tegas beliau.
Mendengar dengan penuh minat apa yang diperkatakan oleh pengajar.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

BATU RAKIT SINGGAHAN KEMBARA SOLO

 Encik Khairul Mushaddad (tengah) merakam kenangan bersama Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat (tiga dari kanan),Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah (tiga dari kiri),Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan wakil pemuda serta penduduk kampung sebelum memulakan kembali perjalanan ke Kuala Nerus.
BATU RAKIT 6/4/2012- Kecekalan hati seorang pemuda yang bernama Encik Khairul Mushaddad Mohamed ,yang hampir empat bulan meneruskan Program Kembara Solo ke seluruh
Malaysia telah membawa beliau singgah berehat seketika di Batu Rakit. Program yang bermula pada 16 Disember 2011 di bandar Johor Baharu ini,telah disambut oleh Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat,Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah dan juga Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.
Menurut Encik Khairul Mushaddad,tujuan utama program ini ialah untuk memperkenalkan tempat-tempat pelancongan di Malaysia ke seluruh dunia. Beliau yang juga pernah mengelilingi dunia melalui 24 buah negara,merupakan orang pertama diMalaysia yang menjadi pejalan kaki secara solo mengelilingi Malaysia.
Dinasti pertama beliau tiba di Terengganu melalui Kelantan ialah di Daerah Besut dan meneruskan perjalanan melalui Parlimen Setiu sebelum singgah ke Batu Rakit.
Menerut beliau lagi,program ini ialah untuk menyahut dan menyokong Program Tranfomasi Kerajaan (GTP) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Hampir empat bulan telah beliau mengembara melalui Pantai Barat dan kini beliau meneruskan perjalanan pulang ke Johor Baharu melalui Pantai Timur.
Beliau turut membawa amanah pihak urusetia penaja program iaitu Majlis Belia Felda Malaysia untuk bersama memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Setiap kampung yang dilawati akan dipromosikan sebagai tempat pelancongan untuk meanrik lebih ramai para pelancong luar negara datang ke Malaysia,tambah beliau lagi.
Sementara itu bagi Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Umno Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat,beliau amat berharap agar lebih ramai para pemuda akan tampil untuk mencuba kembara solo yang dilakukan oleh Encik Khairul Mushaddad ini. Dengan pengembaraan seperti ini,ianya dapat mengajar para pemuda agar cekal dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian,kata beliau.
Beliau turut berharap agar sokongan dan bantuan akan sentiasa diberikan kepada Encik Khairul Mushaddad untuk meneruskan kembara beliau dimasa hadapan.
"Dengan cara begini dan sokongan daripada pihak kerajaan,ianya akan dapat membuka minda dan fikiran para pemuda untuk turut sama  bersaing didalam mencipta nama dipersada dunia" tambah Encik Nazri lagi. 

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, April 4, 2012

Tanah Untuk Dijual

Tempat: Kampung Bari Bari Besar,Mukim Chalok,Setiu.
Keluasan Tanah:0.5107 hektar (1.262 ekar)
Tanah berada dihadapan Pantai Bari Besar.Harga RM250k dan boleh dirunding.
Untuk maklumat lanjut hubungi Mejar Haji Asri Hamzah - 0193852120

Pantai Bari Besar yang berhadapan dengan tanah yang hendak dijual.


Keluasan 1.262 ekar 


Sesuai untuk mendirikan homestay/chalet atau rumah penginapan  

Pantai Bari yang damai dan cantik 


Jalan utama yang telah disediakan oleh pihak kerajaan

Disediakan oleh: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, April 3, 2012

KPO SETIU BERMUKIM DI KELULUT

Foto0913
Anggota APMT bergambar selepas tamat kursus
Foto0907
Perbincangan dalam bengkel
BATU RAKIT – Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah menyusunatur program dalam meningkatkan gerakerja anggota di bawahnya di setiap parlimen di negeri ini dengan kerjasama berbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Dalam program tersebut semua anggota di semua peringkat wajib hadir supaya dapat menerima input yang padu bagi menentukan hala tuju kearah tugasan masing-masing.

berita penuh

QARI DAN QARIAH MUDA JUARA AL-QURAN PERINGKAT DAERAH

Qari dan Qariah juara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Terengganu Tahun 1433H/2012M Encik Abdul Alim Zakaria (depan kiri) dan Nor Jannah Ab.Rahman merakam kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat (kanan belakang) dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu Tuan Haji Nawawi Haji Wan Ismail (tengah belakang) serta Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( kiri belakang).

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 3/4/2012- Seramai 8 orang peserta yang terdiri dari 4 orang qari dan 4 orang qariah telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kuala Terengganu tahun 1433H bersamaan 2012M di Kampung Bukit Wan. Majlis yang diadakan disebelah masjid Bukit Wan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu serta Pusat Khidmat Dun Batu Rakit. 

YB Haji Khazan (tiga dari kiri) dan Tuan Haji Wan Nawawi (dua dari kanan) bersama- sama daif-daif jemputan 

Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga Adun Batu Rakit. Tuan Haji Wan Nawawi Haji Wan Ismail Pegawai  Daerah Kuala Terengganu yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa MajlisTilawah turut bersama hadir menyampaikan ucapan alu-aluan.

 Peserta pertama yang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-quran Encik Abdul Alim Zakaria dari KampungSeberang Takir telah berjaya muncul sebagai juara tilawah.

Dengan markah yang diperolehi sebanyak 81 markah,Encik Abdul Alim Zakaria 26 tahun dari Kampung Seberang Takir telah berjaya muncul sebagai juara tilawah kali ini dengan membawa pulang hadiah kemenangan RM2,000.00 bersama piala iringan. Beliau turut layak mewakili Daerah Kuala Terengganu ke Pertandingan Tilawah peringkat negeri di Kemaman nanti. Encik Kamaruzaman Daud juga 26 tahun dari Jalan Pusara Kuala Terengganu telah menjadi naib juara tilawah dengan perbezaan satu markah dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00.Bagi tempat ketiga pula yang beroleh sebanyak 74 markah,Encik Mohd Rifin Sulong dari Kampung Gelugor Kedai berjaya membawa pulang wang tunai Rm800.00.Manakala tempat keempat pula jatuh kepada Encik Abdul Hadi Che Ab.Halim dengan markah sebanyak 72.5 markah.Beliau mendapat sebanyak RM400.00.

 Cik Nor Jannah Abd.Rahman 21 tahun dari Taman Emawan Kampung Kubang Ikan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Bagi ketegori qariah pula,peserta termuda yang berumur 21 tahun Cik Nor Jannah Abd.Rahman dari Kampung Kubang Ikan telah berjaya muncul sebagai juara.Beliau yang mendapat sebanyak 75 markah berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000.00 dan juga piala iringan serta mewakili daerah Kuala Terengganu ke pertandingan tilawah peringkat negeri nanti.

 Para penonton yang hadir menyaksikan majlis tilawah hampir 1,000 orang.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Hajjah Rogayah Mohamad 54 tahun yang berasal dari Kampung Tualang Manir.Beliau yang mendapat 75.2 markah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00. Bagi tempat ketiga pula Hajjah Fatimah Embong dari Kampung Paya Terung berjaya mendapat wang tunai sebanyak RM800.00 setelah mendapat 69 markah. Dengan mendapat 63markah,Hajjah Maznah Endut dari Kampung Banggol Tok Jiring hanya mendapat tempat keempat dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM400.00.

 Para panel juri pertandingan sedang mendengar bacaan yang disampaikan oleh para qari dan qariah.

 YB Haji Khazan menyampaikan piala iringan kepada juara tilawah Encik Abdul Alim Zakaria.

 Cik Nor Jannah menerima piala iringan dari YB Haji Khazan sambil diperhatikan oleh Wan Nawawi dan pegawai jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Encik Abdul Alim dan Nor Jannah bersama piala iringan yang dimenangi.




Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

APMT SETIU BERSATU MENUJU PILIHANRAYA..


Sebahagian anggota APMT Parlimen Setiu bergambar kenangan beramai-ramai selepas selesai kursus KPTO Parlimen Setiu di Marang Village Spa & Resort,Marang Terengganu.

SETIU- 1-3/4/2012. Seramai 116 orang anggota APMT Parlimen Setiu telah terlibat didalam Kursus Permantapan Organisasi (KPTO) yang telah didakan di Marang Village Spa & Resort,Marang. Kursus yang dikendalikan oleh APMT Negeri telah melibatkan 4 Dun didalam Parlimen Setiu. Dun Jabi,Dun Langkap,Dun Permaisuri dan juga Dun Batu Rakit adalah yang menjadi tunjang kekuatan UMNO di Terengganu.
Kursus yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini turut mengundang 3 orang penceramah bagi menjelaskan lagi apa yang terjadi kini kepada Malaysia. 


Anggota APMT Batu Rakit sedang mendengar ceramah yang disampaikan.
Pada siri ceramah yang pertama,Tuan Haji Shamsudin Sulong Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM) telah dijemput untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Jatuhnya sebuah Empayar.Ceramah yang bermula jam 8.30 pagi telah menceritakan bagaimana sebuah negara runtuh  angkara sikap bangsa melayu sendiri yang berpaling tadah demi kepentingan diri sendiri. 

Encik Hairudin Hamid wakil dari IPK Cawangan Kuala Terengganu menyampaikan ceramah.

Bagi ceramah yang kedua pula wakil dari IPK Cawangan Kuala Terengganu Encik Hairudin Hamid telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Ancaman Keselamatan Negara pada masa kini.Beliau memberitahu bahawa pada ,asa kini terlalu banyak ancaman yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengkucar-kacirkan keselamatan negara. Pelbagai demostrasi diadakan untuk disiarkan diakhbar-akhbar,stesen televsion luar negara bagi mengambarkan negara berada didalam keadaan tidak aman. Ini jelas merupakan satu agenda yang mahu merosakkan nama Malaysia sebagai negara yang aman dimata dunia. 





Ustaz Ahmad Kamal mantan Adun Sura bersama pengerusi majlis Wan Zamri Ketua Penyelia APMT Dun Langkap,Setiu.
















Bagi sesi ceramah yang ketiga pula mantan Adun Sura Ustaz Ahmad Kamal Abdullah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Islam Agama Persekutuan yang banyak menekankan betapa agama islam adalah agama resmi kerajaan seperti mana termaktub didalam perlembagaan Persekutuan. Beliau turut memaklumkan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh banyak pihak kini untuk menjatuhkan islam sebagai agama resmi negara.











Penolong Pengarah APMT Negeri Encik Fauzi Muda sedang menyampaikan taklimat kepada seluruh anggota APMT Parlimen Setiu.






Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa
SETIU HARI INI

berita penuh