Sunday, October 30, 2011

Dataran Bestari Bergegar Sorakan Peminat Bolasepak..

YB Haji Khazan (berjeket biru) hadir bersama-sama menyaksikan tayangan skrin besar Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia Terengganu melawan Negeri Sembilan di Dataran Bestari Padang Polis Batu Rakit.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 29hb Oktober 2011- Sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan,Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dan Pergerakan Pemuda Dun,Pergerakan Puteri Umno Dun serta APMT Dun Batu Rakit telah berkerjasama untuk mengadakan tayangan skrin besar kepada para peminat bolasepak yang tidak dapat pergi ke Stadium Shah Alam di Selangor.Dengan sokongan daripada YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang turut bersama-sama menyaksikan perlawanan tersebut,hampir 600 orang penduduk Dun Batu Rakit telah hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Sebahagian para penduduk yang hadir menyaksikan perlawanan akhir bolasepak.

Bukan sekadar menyaksikan perlawanan bolasepak sahaja,Pusat Khidmat Masyarakat Dun juga turut menyembelih tiga ekor kambing untuk dihidangkan kepada para penonton yang hadir.Bermula dari jam 7.45 malam,tiga buah kanopy yang disediakan telah dipenuhi oleh penonton dari segenap lapisan.Walaupun hujan sesekali turun ketika perlawanan sedang berlangsung,namun ianya tidak diendahkan oleh segelintir para penyokong yang fanatik.Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira parti dan juga anggota Balai Polis Batu Rakit hadir untuk memberikan sokongan yang padu kepada pasukan bolasepak Terengganu.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu.

Aksi spontan YB Haji Khazan (kiri) dan penonton apabila penyerang Terengganu hampir menjaringkan gol kedua.

Para penonton bersorak gembira meraikan gol tunggal pasukan Terengganu yang dijaringkan oleh Asyaari Samshudin.

YB Haji Khazan sempat ke belakang tabir untuk menonton perlawanan apabila hujan turun.

Tamat aksi separuh masa pertama,para penonton mengambil makanan untuk dinikmati.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

YB Turun Padang (Minum Petang Bersama Pemuda Pemuda Padang Kemunting)

YB Haji Khazan (berbaju merah) dan Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim(berbaju biru) berbual mesra bersama warga emas dan penduduk kampung ketika minum petang di Kampung Banggol Padang Kemunting.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 28hb Oktober 2011- Program minum petang YB Haji Khazan Che Mat terus bergerak.Bermula dikedai kopi Kampung Pagar Besi,kini di Kampung Banggol Padang Kemunting pula YB Haji Khazan turun untuk minum bersama-sama pemuda dan sebilangan penduduk.

Sebahagian dari para pemuda dan penduduk kampung yang turut bersama-sama YB Haji Khazan untuk minum petang.

Hampir 80 orang pemuda-pemuda dan juga para penduduk di Kampung Banggol Padang Kemunting telah turun bersama meraikan YB Haji Khazan yang juga merupakan anak jati Padang Kemunting.Program yang diadakan secara santai ini turut dihadiri bersama oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim dan juga wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.

Sambil minum sambil berbual merancakkan suasana petang.

Program yang santai dan lebih kepada mesra rakyat ini adalah merupakan siri kedua Program YB turun padang yang diuruskan oleh Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit untuk terus mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dan juga pemuda-pemuda.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, October 28, 2011

Majlis Graduasi Pertingkatkan Keazaman Pelajar Untuk Cemerlang.

Encik Hanif Abdullah selaku wakil YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan sijil kepada pelajar pada Majlis Graduasi kali ke 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot di Gem Beach Resort,Mengabang Lekor.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 27hb Oktober 2011- Seramai 79 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot telah berjaya memperolehi sijil pada Majlis Graduasi kali ke 4 sekolah tersebut. Majlis yang disempurnakan oleh Encik Hanif Abdullah selaku wakil dari YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Dari kiri ke kanan: Haji Wan Zakaria,Haji Hassan Ali,Encik Hanif Abdullah dan Hajah Zaimah Ibrahim.

Seramai 35 orang calon SPM dari 277 orang telah berjaya terpilih menerima sijil graduasi yang terdiri dari 11 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan.Bagi calon STPM pula seramai 44 pelajar berjaya dipilih dari 54 pelajar yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan terdiri dari 37 pelajar perempuan dan 7 pelajar lelaki.Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Hajah Zaimah Ibrahim,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis graduasi kali ke 4 ini. Beliau berharap dengan penerimaan sijil graduasi ini,ianya akan menjadi pembakar semangat untuk para pelajar beroleh kejayaan pada peperiksaan yang sebenar nanti.Harapan yang disandarkan kepada para pelajar yang berjaya nanti akan dapat melahirkan pemimpin yang inovatif dan sentiasa berusaha untuk terus berjaya. "Majlis ini juga adalah sebagai perhargaan kepada para pelajar yang banyak memberikan sumbangan ke arah mereallisasikan impian sekolah untuk terus cemerlang" ucap beliau lagi.

Para pelajar yang akan menerima sijil graduasi 2011 SMKK Mengabang Telipot.

Dalam ucapan YB Haji Khazan Che Mat pula yang dibacakan oleh wakil beliau Encik Hanif Abdullah (gambar kecil bawah),beliau menyeru agar para pelajar sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran. Tanpa usaha dan sikap disiplin yang diterap ke dalam diri,amat mustahil untuk seseorang pelajar akan berjaya,kata beliau.Kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi tanpa usaha yang gigih.Beliau turut berharap agar para pelajar akan sentiasa mengambil
setiap peluang yang ada untuk terus menuju kejayaan.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak SMKKMT yang sentiasa berusaha untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang demi mengapai hasrat kerajaan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri Anjung Ilmu nanti.Kesungguhan yang dimainkan oleh pihak sekolah amat berbaloi apabila kejayaan yang diperolehi oleh pelajar dapat mengharumkan nama sekolah nanti.Beliau turut memberitahu bahawa kerajaan sentiasa menjadikan pendidikan sebagai satu wahana untuk melahirkan masyarakat yangbersatu padu.Dalam bidang pendidikan,gagasan ini bermakna semua golongan masyarakat akan menikmati taraf pendidikan yang sama tanpa mengira kawasan mana mereka berada,katanya lagi. Adalah menjadi harapan semua pihak,negara kita akan mempunyai rakyat yang memiliki minda kelas pertama,setanding dengan minda rakyat negara-negara maju yang lain.Diakhir ucapan beliau,beliau berharap agar para pelajar akan menjadi sebagai satu sumber tenaga kerja yang berkualiti bukan sekadar sektor swasta didalam dan diluar negara,menerajui syarikat-syarikat besar bertaraf multinasional,tetapi juga mampu menjadi pemimpin masyarakat dan kerajaan disemua peringkat nanti.


Cerita dan Gambar:
MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, October 27, 2011

Tahlil dan Doa Selamat sempena Persaraan Ketua Balai Polis Batu Rakit ( Sarjan Mejar Abdullah Yusof)

Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mejar Abdullah Yusof (lima dari kiri),YB Haji Khazan Che Mat (empat dari kiri),Timbalan Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman (tujuh dari kanan),Sarjan Mat (lima dari kanan) anggota polis dari IPK dan Haji Kamaruddin Mohd(kiri sekali) bergambar kenangan bersama-sama anggota Balai Polis Batu Rakit.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 27hb Oktober 2011- Satu majlis tahlil dan doa selamat bagi memberkati persaraan Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mejar Abdullah Yusof telah diadakan di Balai Polis Batu Rakit hari ini. Majlis yang bermula jam 8.45 malam ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit,Pengerusi JKKK Bukit Wan,Pengerusi JKKK Gong Lingai,Pengerusi JKKK R.A.K.R Mengabang Lekor,Pengerusi JKKK Padang Polis,Pengerusi JKKK Kubur Timah,Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit,anggota IPK dan juga Ketua Balai Polis Gong Badak.

Anggota-anggota Balai Polis Batu Rakit bergambar kenangan bersama Ketua Balai yang akan bersara Sarjan Mejar Abdullah Yusof (empat dari kiri).

Timbalan Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman berkata,majlis ini diadakan bagi memberkati persaraan yang akan dilalui oleh Sarjan Mejar Abdullah Yusof yang akan bermula pada awal bulan November ini.

YB Haji Khazan menerima cenderahati daripada Sarjan Mejar Abdullah Yusof.

Berbual mesra selepas menjamu selera.

Mereka yang hadir pada majlis tahlil dan doa selamat sedang mengambil makanan untuk dinikmati.

Menadah tangan memohon keberkatan didunia mahupun diakhirat.

Dari kiri: Sarjan Mejar Abdullah Yusof,YB Haji Khazan dan Pengerusi JKKK R.A.K.R Mengabang Lekor Haji Kamarudin Hamid.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Balai Polis Batu Rakit mencari 'kecemerlangan' di Peringakat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

Barisan juri merakam kenangan bersama anggota Balai Polis Batu Rakit dan seluruh Pengerusi JKKK serta Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd dan wakil-wakil NGO sempena Lawatan Penghakiman Pertandingan Balai Polis Cemerlang Peringakat Daerah Kuala Terengganu.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 23hb Oktober 2011- "Walaupun Balai Polis Batu Rakit pertama kali terpilih untuk menyertai Pertandingan Balai Polis Cemerlang Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan,namun persiapan yang telah dilakukan cukup baikmeliputi semua keteria yang ditetapkan" demikian ulasan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Suliaman (gambar kecil bawah) Beliau berkata demikian sempena Lawatan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk Pertandingan Balai Polis Cemerlang.

Haji Kamaruddin Mohd menyampaikan cenderahati kepada Ketua Juri Pegawai Perpaduan Daerah Marang Puan Asmawati Chik.

Sebanyak 131 balai polis dari seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini yang dianjurkan sepenuhnya oleh MCPF. Balai Polis Batu Rakit merupakan antara 5 buah balai polis yang akan bertanding bagi ketegori B iaitu kawasan luar bandar.Sementara itu pula terdapat 5 buah balai polis lagi dari Terengganu yang bertanding ketegori A (dalam bandar).Menurut Tengku Mohd,sokongan yang diberikan oleh komuniti setempat juga amat baik bagi memastikan kejayaan berpihak kepada Balai Polis Batu Rakit."Setakat ini kita tidak mempunyai sebarang masaalah untuk turut serta dalam setiap program malah mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai lapisan masyarakat bermula daripada belia hingga ke warga emas."kata beliau. Beliau turut berharap agar hubungan ini akan dapat diteruskan sepanjang masa kerana ianya secara tidak langsung akan membantu pengurangan kadar jenayah di Dun Batu Rakit.
Majlis lawatan ini telah dianggotai oleh seramai 7 orang juri yang diketuai oleh Pengarah Perpaduan Daerah Marang iaitu Puan Asmawati Chik.(gambar kecil atas) Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,sebilangan Pengerusi-pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Badan-badan NGO dan juga APMT DUN Batu Rakit.

Penerangan dan sesi dailog diadakan untuk mencari maklumat yang lebih yakin kepada para juri.

Para juri bersarapan pagi dahulu sebelum memulakan majlis penerangan dan sesi dailog Pertandingan Balai Polis Cemerlang.

Ketibaan para juri disambut oleh Pegawai Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd (berbaju petak biru) dan juga para Pengerusi JKKK.

Sementara itu dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd,beliau berkata bahawa Balai Polis Batu Rakit sentiasa memberikan komitmen yang tinggi pada setiap program yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Adun Batu Rakit.Kerjasama yang baik antara Pusat Khidmat Dun dan Balai Polis Batu Rakit adalah salah satu faktor yang menunjukkan betapa rapatnya hubungan yang dijalinkan. Beliau turut memberitahu bahawa penduduk Dun Batu Rakit sentiasa memberikan kerjasama yang erat kepada Balai Polis Batu Rakit demi mengurangkan kadar jenayah didalam Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, October 26, 2011

Skuad Sayang Turun Padang (Ziarah Warga Emas).

Jaharah binti Draman (82 tahun) dan suami Mat bin Awang (74 tahun) bergambar kenangan bersama Puan Hajjah Nik Aini (tiga dari kiri),Hajjah Wan Maznah (duduk dua dari kanan) serta anggota-anggota Skuad Sayang.

BATU RAKIT (PECAH ROTAN) 23hb Oktober 2011- Bertempat di Peti Undi Darat Batu Rakit iaitu Kampung Pecah Rotan dan Terap Pecah Rotan,dua orang warga emas telah menerima kunjungan Skuad Sayang yang diketui oleh Hajah Wan Maznah Wan Nong selaku Penyelaras Pergerakan Wanita UMNO Dun Batu Rakit.Program yang dilakukan seminggu atau dua minggu sekali ini bertujuan untuk menperlihatkan lagi sikap cakna terhadap warga emas.Puan Halimah binti Taib (70 tahun) yang mengalami sakit tua di Kampung Pecah Rotan telah terpilih untuk dikunjungi oleh Skuad Sayang serta isteri Adun Batu Rakit Hajah Nik Aini Nik Soh pada kali ini. Beliau yang telah dua tahun tidak dapat menguruskan diri dengan sempurna juga turut mengalami masaalah penglihatan.

Halimah binti Taib (70 tahun) menerima sumbangan daripada Puan Hajjah Nik Aini (dua dari kiri) sempena Program Skuad Sayang Turun Padang.

Manakala bagi Kampung Terap Pecah Rotan pula,sepasang suami isteri iaitu Mat bin Awang (74 tahun) dan Jaharah binti Draman (82 tahun) turut menerima kunjungan Skuad Sayang kali ini. Pasangan suami isteri ini juga turut mengalami penyakit yang menjejaskan pergerakan mereka. Disamping bertanya khabar,kesemua mereka turut menerima sumbangan yang dibawa oleh Skuad Sayang.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, October 24, 2011

YB Turun Padang (Minum Petang Bersama Pemuda Pagar Besi)

YB Haji Khazan dengan Pengerusi JKKK R.A.K.R Mengabang Lekor Haji Kamarudin Hamid dan para Jawatankuasa Pengyelaras Pemuda Dun sedang minum petang bersama-sama.

BATU RAKIT (PAGAR BESI) 23hb Oktober 2011- Walaupun sibuk dengan tugas-tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri,namum sebagai Adun yang perihatin dan cakna rakyat,itu bukan penghalang untuk YB Haji Khazan Che Mat turun padang meluangkan masa bersama-sama para pemuda dan pendudk kampung.Bertempat di salah sebuah kedai kopi di Pagar Besi,seramai 30 orang para pemuda dan penduduk kampung telah bersama-sama YB Haji Khazan untuk minum petang.

Para pemuda sedang berbual mesra dengan YB Haji Khazan.

Majlis yang diadakan untuk beramah mesra ini turut dihadiri bersama oleh Pengerusi JKKK R.A.K.R Mengabang Lekor,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun dan Timbalan Pengerusi JKKK Pagar Besi. Menurut Encik Nazri Mamat selaku Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun,tujuan program seperti ini dilakukan adalah untuk mendekatkan lagi YB dengan para pemuda dan juga penduduk setempat."Program turun padang ini akan berterusan dengan pelbagai pengisian lagi akan ditambah,ianya juga akan terus bergerak dari cawangan ke cawangan" kata beliau.Beliau berkata,lawatan rumah warga emas,kuliah subuh dan pelbagai program lagi akan disusun untuk mendekatkan lagi hasrat Pemimpin Bersama Rakyat.

Ceria- sempat bergurau senda dan beramah mesra dengan penduduk setempat.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

JKKK Hilir Maras Bergerak Aktif.

Para penduduk,kanak-kanak dan seluruh jawatankuasa sukaneka Hilir Maras bergambar kenangan bersama Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit selepas selesai acara sukan dijalankan.

BATU RAKIT (HILIR MARAS) 22hb Oktober 2011- Bagi merapatkan hubungan antara JKKK dan masyarakat kampung,pelbagai aktiviti akan dilakukan oleh pihak JKKK untuk tujuan itu.Ada antara JKKK yang menganjurkan kuliah maghrib,gotong-royong dan juga ceramah-ceramah agama.Bagi JKKK Hilir Maras pula,aktiviti bersukan banyak membantu untuk merapatkan lagi hubungan dengan penduduk.

Penyelia APMT Dun Batu Rakit Azahar Jusoh (kanan) menerima hadiah daripada Haji Kamaruddin Mohd (kiri).

Bertempat di Padang Bola Kampung Hilir Maras,sebanyak 16 acara sukaneka telah berjaya dianjurkan oleh JKKK Hilir Maras untuk merapatkan lagi hubungan JKKK dengan penduduk kampung.Seramai 200 orang para penduduk tidak kira usia kanak-kanak,remaja,wanita dan warga emas telah bersama-sama menjayakan sukaneka tersebut.

Salah seorang peserta pertandingan menerima hadiah dari Haji Kamaruddin.

Antara acara sukan yang dijalankan ialah isi air dalam botol,lari dalam guni,tiup belon,balingan kasih dan banyak lagi. Bagi acara kemuncak pula ialah tarik tali wanita dan lelaki yang mengundang semua JKKK didalam Peti Undi Maras.Sukaneka yang bermula pada jam 8.30 pagi ini turut disertai oleh APMT Dun Batu Rakit yang bertindak sebagai pengadil dan juga pendaftar acara sukan.

Peserta wanita bersungguh-sungguh untuk memenangi acara tarik tali.

Menurut Encik Alias Jusoh selaku urusetia pertandingan,matlamat utama acara sukan ini diadakan ialah untuk mendekatkan lagi AJK JKKK Hilir Maras dengan seganap lapisan penduduk.Dengan adanya acara seperti ini,ianya dapat memberikan peluang untuk penduduk mengenali setiap salah seorang AJK JKKK.Menurut beliau lagi,tanpa sokongan dari para penduduk kampung,sesebuah JKKK tidak berupaya untuk bergerak dalam segala aktiviti.

Acara tarik tali yang mendapat perhatian dari seluruh mereka yang hadir menyaksikan Sukaneka JKKK Hilir Maras.

Majlis penyampian hadiah sukaneka ini telah dilakukan oleh Haji Kamaruddin Mohd selaku wakil YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit. Beliau yang juga Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit terlebih dahulu menyampaikan salam daripada YB Haji Khazan kerana tidak dapat hadir pada program ini disebabkan sedang berada di Stadium Tertutup Gong Badak bersama-sama Menteri Besar Terengganu.

Acara isi air dalam botol kanak-kanak bawah 9 tahun.

Beliau turut berharap agar JKKK Hilir Maras akan sentiasa memainkan peranan yang penting didalam menyatupadukan seluruh penduduk Hilir Maras. Sokongan yang tidak berbelah bagi juga turut dituntut daripada para penduduk agar JKKK Hilir Maras dapat melakukan segala aktiviti dengan lebih berkesan.Disamping itu juga beliau akan sentiasa memberi segala sokongan untuk JKKK Hilir Maras lebih maju dan berdaya saing kehadapan.

Masukkan bola dalam bakul untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Acara kutip gula-gula untuk kanak-kanak lelaki bawah 5 tahun.

APMT Dun Batu Rakit yang bertindak sebagai pendaftar acara sukan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Jamuan Tengahari JHEAT bersama Adun Batu Rakit.

YB Haji Khazan (tiga sebelah kiri) bersama-sama para Pegawai JHEAT sedang mengambil hidangan untuk dinikmati bersama pada Jamuan Tengahari bersama YB Dun Batu Rakit sempena Program Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Turun Padang ke Daerah Kuala Terengganu.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 21hb Oktober 2011- Sebagai majlis penutup Program Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Turun Padang ke Daerah Kuala Terengganu,satu jamuan tengahari bersama YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit dan para kariah masjid telah diadakan di Masjid As-Salam Batu Rakit.

YB Haji Khazan turut menjamah nasi yang dihidangkan.

Jamuan yang diadakan selepas menunaikan solat Jumaat ini telah dihadiri oleh 1,000 orang kariah yang terdiri dari para penduduk kampung,para pelajar sekolah dan juga Jabatan-Jabatan Kerajaan sekitar Masjid As-Salam.Hampir semua badan-badan penggerak utama didalam Dun Batu Rakit seperti Wanita dan Puteri Umno,Ketua-Ketua Cawangan dan Pengerusi-Pengerusi JKKK turun membantu Jawatankuasa Masjid As-Salam untuk memasak yang diadakan secara bergotong-royong.

Para Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sedang mengambil jamuan untuk dinikmati.

Majlis jamuan ini turut juga disokong sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit sebagai peneraju utama pada program ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Masjid As-Salam Haji Muda Abdullah,beliau amat berpuas hati dengan sokongan yang telah diberikan oleh seluruh pertubuhan utama di Dun Batu Rakit."Tanpa sokongan dari semua pihak kita tidak akan berjaya untuk mengadakan program-program yang besar seperti ini"kata beliau lagi.

Para pelajar Maktab Rendah Sains Mara turut menikmati jamuan tengahari.

Jemaah Masjid As-Salam menikmati hidangan tengahari.

Dalam pada itu pula bagi Haji Kamaruddin Mohd selaku Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit,beliau amat berpuas hati dengan segala sambutan dan sokongan yang telah diberikan oleh seluruh penduduk Dun Batu Rakit semasa program turun padang ini berjalan. Sikap kemesraan dan saling bantu membantu banyak melicinkan segala perjalanan program yang dirancang. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada JHEAT kerana memilih Dun Batu Rakit sebagai tempat program mereka kali ke lima di seluruh Terengganu.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, October 23, 2011

Tanah Perkuburan Panchur Kuin 'dibersih' JHEAT.

Para Pegawai JHEAT dan Pesuruhjaya Agama merakam kenangan bersama YB Haji Khazan (berbaju belang) selepas selesai Gotong-Royong Perdana di Tanah Perkuburan Kampung Pachur Kuin,Padang Kemunting sempena Program Turun Padang Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai JHEAT ke Dun Batu Rakit Daerah Kuala Terengganu.

BATU RAKIT (PANCHUR KUIN) 21hb Oktober 2011- Seramai 200 orang telah bersama-sama dengan para Pegawai JHEAT,Pesuruhjaya Agama dan juga YB Haji Khazan Che Mat mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di Tanah Perkuburan Panchur Kuin,Padang Kemunting Batu Rakit. Gotong-royong yang diadakan sempena Program Turun Padang Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama ke Dun Batu Rakit Daerah Kuala Terengganu.

Penduduk yang hadir dan para pegawai JHEAT menikmati jamuan nasi pulut gaul nyiur selepas selesai gotong-royong.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh YB Haji Khazan selepas selesai gotong-royong ini,beliau sangat berterima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh para penduduk keatas program ini. Ucapan terima kasih juga beliau berikan kepada seluruh warga yang menjayakan program gotong-royong ini.

YB Haji Khazan (tiga dari kiri) dan Pesuruhjaya Haji Mohd Radzali (dua dari kiri) mengaminkan doa bersama-sama para Pegawai JHEAT,Sarjan Mohd Abu Bakar dan Encik Khairul Anuar (belakang berbaju merah).

Majlis gotong-royong yang bermula pada jam 8.00 pagi ini turut juga dihadiri oleh wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Suliaman,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hashim,Pengerusi-Pengerusi JKKK Peti Undi Padang Kemunting,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Haji Kamaruddin Mohd dan juga para APMT DUN Batu Rakit.

Penduduk yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Agama.

Rumput yang telah dipotong dikumpul dan dimasukkan didalam bakul.

Para Pegawai JHEAT sedang malakukan kerja-kerja pembersihan.

Penduduk kampung turut hadir menjayakan program.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh