Thursday, March 31, 2011

Permata Batu Rakit..

YB Haji Khazan menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang Nur Zulaikha Ismail (dua dari kanan) ditemani ibubapanya.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 31hb March 2011- Walaupun ayahnya seorang pekerja buruh di kilang papan Bakti Malaysia Wakaf Tengah,namun ianyanya bukan penghalang kepada seorang gadis untuk berjaya dalam bidang akedemik.Dengan keazaman yang tinggi,displin dan jati diri yang kuat untuk berjaya,Nur Zulikha Ismail telah berjaya mengapai impian menjadi pelajar terbaik seluruh Negeri Terengganu apabila berjaya mendapat 11A plus dalam peperiksaan SPM 2010.Pelajar yang berlajar di Sekolah Agama Tok Jiring ini merupakan salah seorang dari 4 pelajar dari sekolah tersebut yang mendapat 11A plus dan juga salah seorang dari 17 pelajar seluruh Terengganu yang mendapat 11A plus.

Nur Zulikha binti Ismail pelajar yang menharumkan nama negeri Terengganu dan Batu Rakit.

Beliau yang bercita-cita menjadi seorang doktor telah menerima kunjungan YB Haji Khazan Che Mat sebagai merakamkan ucapan terimakasih dan perhargaan diatas kejayan yang telah dicapai. Beliau juga merupakan salah seorang calon untuk menjadi pelajar terbaik Malaysia dan akan menjadi tetamu Timbalan Perdana Menteri pada 3hb April nanti di Kuala Lumpur untuk Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang. Beliau juga salah seorang dari 10 pelajar terbaik SPM 2010 diseluruh Malaysia.

Dari kiri: YB Haji Khazan,Encik Ismail Othman, Nur Zulaikha dan Puan Rudina Awang

Anak ke lima dari 10 orang adik beradik ini juga merupakan seorang yang aktif dalam sukan bola jaring di Sekolah Agama Tok Jiring. Menurut bapa beliau Encik Ismail Othman, Nur Zulikha merupakan anak yang mempunyai keazaman untuk lebih berjaya dari abang dan kakaknya yang telah berjaya menjadi guru.Keazaman itu telah dibuktikan oleh beliau dengan sentiasa menjadikan membaca buku sebagai salah satu cara untuk beliau mengisi masa lapang.Walaupun beliau tidak pernah menghantar Nur Zulikha ke kelas tambahan diluar waktu persekolahan tapi itu tidak pernah melemahkan semangat Nur Zulikha untuk terus berjaya. "Kejayaan yang dikecapi oleh Nur Zulikha merupakan salah satu cara yang tersusun dengan disiplin dan keazaman yang kuat"katanya lagi.

Ketua UMNO Cawangan Pantai Encik Harun Mohamad (kiri) turut hadir dalam majlis ini.

Encik Ismail juga berharap agar kejayaan yang diperolehi oleh Nur Zulaikha ini akan menjadi perangsang untuk adik-adik beliau untuk terus berjaya. Walaupun kejayaan itu memerlukan usaha yang gigih dan semangat yang kuat,beliau sentiasa menyokong dan akan terus berusaha membantu selagi berkemampuan.Beliau juga melahirkan rasa syukur dan bangga kerana kejayaan anak-anak beliau dapat menjamin kehidupan mereka pada masa hadapan. "Kesusahan yang ditanggung selama ini dapat meredakan sedikit tekanan apabila melihat mereka berjaya"kata Encik Ismail lagi.Dalam majlis yang bermula jam 6.30 petang ini,YB Haji Khazan turut menyumbangkan sedikit sumbangan sebagai tanda perhargaan dan tahniah diatas kejayaan Nur Zulikha mengharumkan nama Batu Rakit dan juga Negeri Terengganu. Kejayaan yang dikecapi itu juga turut merangsangkan pihak YB Adun untuk terus melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang berjaya didalam Dun Batu Rakit.
Majlis ini juga dihadiri oleh Pegawai Khas Pejabat Penerangan dan Agama Negeri Encik Haniff Abdullah,Pegawai Pusat Khidmat Dun Haji Kamarudin Mohamad,Ketua Umno Cawangan Pantai Encik Harun Mohamad,Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Ab.Rahman,wartawan Sinar Harian,wartawan Berita Harian,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mat dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Pelajar UNIsZa turun padang..

Pegawai Khas Pejabat Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad (berkopiah) dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Batu Rakit bergambar kenangan bersama pelajar UNIsZA.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 30hb March 2011- Persatuan Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (IPEND) UNIsZA telah mengadakan program pertamanya di Batu Rakit dengan mengadakan gotong-royong membersikan Sekolah Kebangsaan Batu Rakit.Seramai 20 orang ahli persatuan yang mengandungi seramai 200 orang ahli telah bersama-sama pihak sekolah membersihkan sekitar kawasan sekolah yang telah dilanda banjir lumpur baru-baru ini.

Pelajar lelaki sedang membersihkan longkang yang dipenuhi lumpur akibat hujan lebat.

Menurut Yang Dipertua IPEND Encik Muhammad Izzudin Mohd Rosli, program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan para pelajar dengan pihak sekolah."Ini kerana para pelajar yang menjadi ahli IPEND ini bakal menjadi pendidik apabila mereka tamat pengajian nanti. Sikap ini hendaklah dididik sebelum mereka keluar dari pusat pengajian kerana ianya akan mendidik para pelajar ini agar lebih mesra kepada para pelajar sekolah nanti"katanya.Menurut beliau lagi program seumpama ini akan diteruskan dari masa kesemasa untuk memberikan lebih banyak peluang para pelajar bergaul dengan masyarakat.

Pelajar-pelajar perempuan sedang membersihkan tempat berehat para pelajar.

"IPEND ini juga akan mengadakan pelbagai program yang sarat dengan mendidik seperti mengadakan kelas untuk para pelajar sekolah di UNIsZA,program fasilititor dan gotong-royong bersama masyarakat. Dengan program-program seumpama ini kita juga menjadikan ianya sebagai ilmu yang berguna untuk para pelajar IPEND"tambah beliau lagi. Program yang mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Dun Masyarakat ini turut dihadiri oleh Pegawai Khasnya Haji Kamarudin Mohamad.Encik Muhammad Izuddin juga berharap agar setiap program-program yang dijalankan oleh IPEND ini akan terus berjaya dan masyarakat akan sentiasa memberikan sokongan yang baik.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, March 30, 2011

Ramah Mesra Pemuda Bersama YB Haji Khazan.

YB Haji Khazan bersama Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Dun menikmati hidangan.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 30hb March- Walaupun hujan mencurah-curah turun,tetapi itu tidak melemahkan Pemuda UMNO Peti Undi Mengabang Lekor untuk mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama YB Haji Khazan. Program yang turut dibantu oleh Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit ini adalah salah satu cara untuk mendekatkan para pemimpin dengan para pemuda.

Dari kiri ke kanan YB Haji Khazan,Setiausaha Pemuda Bahagian Setiu Abdullah Ibrahim dan Sarjan Pak Engku Mat Wakil Balai Polis Batu Rakit.

Program yang berbentuk mengeratkan hubungan antara pemuda-pemuda dalam Dun Batu Rakit ini telah berjaya dihadiri seramai 100 orang. Antara Pemuda-pemuda cawangan yang terlibat dalam program ini ialah Pemuda R.A.K.R.Mengabang Panjang dan Pagar Besi.

Sebahagian barisan Pemuda yang hadir pada program Ramah Mesra Bersama YB Haji Khazan.

Program yang bermula pukul 9.00 malam ini turut juga dihadiri oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu Encik Abdullah Ibrahim,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar,APMT Dun Batu Rakit dan juga Pergerakan Puteri UMNO Dun.

Pemuda sedang membakar ayam untuk dihidangkan pada tetamu yang hadir.

Menurut Encik Nazri Mamat selaku Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun, program seumpama ini akan sentiasa diadakan disetiap peti undi dalam Dun Batu Rakit. Bertujuan untuk menarik minat pemuda kepada Umno dan juga mendekatkan pemimpin dengan para pemuda. Menurut beliau lagi, program ini adalah sinambungan pada program yang pernah diadakan di Bukit Nenasi baru-baru ini. Beliau juga melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh para pemuda walaupun hujan yang turun sejak petang hari tidak henti-henti.

Bergambar kenangan.

"Dengan adanya program seumpama ini,beliau juga berharap agar sokongan para pemimpin untuk segala aktiviti akan berterusan dari masa ke semasa. Dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk para pemimpin akan terus diberikan oleh para pemuda demi menguatkan lagi jentera parti untuk menghadapi pilihanraya yang akan tiba nanti" katanya.

Menjamu selera sambil sembang-sembang.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, March 29, 2011

NELAYAN BERJASA BESAR KEPADA MASYARAKAT

DSC_0048
Oleh : Mohamad bin Abdullah

BATU RAKIT – 28 Mac, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang baru, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee berkata “nelayan-nelayan perlu bersyukur kerana hasil tangkapannya adalah keperluan utama bagi semua bangsa. Jasa mereka amat besar kepada masyarakat dari kanak-kanak hingga kepada dewasa.”

berita penuh

Sunday, March 27, 2011

Petani Pecah Rotan kerugian...

Buah-buah tembikai yang telah ditenggelami air dan sudah tidak boleh dijual lagi kepada pemborong.

BATU RAKIT (PECAH ROTAN)-27hb March 2011- Penat lelah yang diusahakan hampir dua bulan oleh para petani yang menanam tembikai di Kampung Pecah Rotan musnah sekelip mata apabila tanaman mereka telah ditenggelami air.Hujan yang berterusan selama dua hari telah menyebabkan kerugian mencecah sehingga RM100,000.00 kepada 35 orang petani. Hampir 40 ekar tanaman yang mengandungi tembikai dan lada telah ditenggelami air sedalam 1 meter lebih pada dua hari yang lepas.

Air yang menenggelami buah tembikai.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Terap Pecah Rotan Encik Mohamad bin Majid, tidak pernah terjadi selama ini hujan yang datang pada bulan tiga selama beliau menjdai petani disitu hampir 5 tahun. "Kejadian yang menimpa ini amat perit untuk kami terima kerana hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk kami semua menuai hasil yang kami tanam"kata beliau.

Pengerusi JKKK Kampung Terap Pecah Rotan Encik Mohamad bin Majid.

Beliau yang mempunyai ladang tembikai seluas tiga ekar turut merasa keperitannya kerana semua tanaman diladang beliau telah ditenggelami air.Menurut beliau lagi hujan yang turun selama dua hari telah menyebabkan air yang bertakung tidak sempat mengalir keluar seperti tahun-tahun sebelumnya. "Dari pukul 1.00 pagi pada malam hujan lebat, kami semua berusaha untuk mengalirkan air keluar dari kebun kami,tapi hujan yang makin lebat menjadikan usaha kami sia-sia" kata Encik Mohamad lagi. Beliau yang terkenal dengan panggilan Pok Pin turut berharap agar pihak-pihak yang berkenaan memandang serius apa yang telah menimpa para petani ini. "Mungkin dengan sedikit ihsan daripada pihak-pihak yang berkenaan akan dapat meringankan beban yang telah kami tanggung ini. Ini kerana pertanian merupakan sumber utama pendapatan bagi penduduk Kampung Pecah Rotan dan juga Terap Pecah Rotan" ujar beliau lagi.

Para petani mengutip tembikai-tembikai yang tidak ditenggelami air.

Menurut Encik Mohamad, setiap ekar bagi tanaman tembikai ini memerlukan modal sebanyak hampir RM2,000.00 dan pulangan yang akan dapat apabila menuai hasil hampir RM8,000.00. Dengan kejadian yang menimpa menyebabkan kami mengalami kerugian yang amat tinggi,mentelah lagi buah-buah itu hampir pada saat untuk dinikmati hasilnya.

Pokok Tembikai yang telah rosak dan tidak boleh dibiarkan lagi tumbuh kerana telah ditenggelami air.

Beliau berharap agar apa yang menimpa para petani ini tidak akan melemahkan semangat mereka untuk terus berbakti kepada tanah.Harapan juga disandarkan kepada pihak Jabatan Pertanian dan JPS agar sentiasa memantau sistem perparitan disekitar kawasan pertanian tersebut.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

PENCAPAIAN AMAT MEMBANGGAKAN..

DSC_0043
oleh : Mohamad bin Abdullah
BATU RAKIT – 26 Mac, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit / Mengabang Lekor dekat sini telah mencapai berbagai kejayaan yang boleh dibanggakan walaupun usianya baru 11 bulan beroperasi. Pengetua sekolah, Puan Wan Kelsum binti Wan Hitam menjelaskan ketika majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali kedua pada hari ini.

berita penuh

Saturday, March 26, 2011

YAASIN SETIAP PAGI …

DSC_0022
oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT – 26 Mac,program baca yaasin telah diadakan setiap pagi pada hari persekolahan bermula tahun ini.” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pagar besi, Haji Mohd bin Muda.

berita penuh

Monday, March 21, 2011

Majlis Penutup Program Kemasyarakatan 2011 UMT.

Wajah-wajah pelajar UMT yang bersama-sama menjayakan Program Kemasyarakatan UMT 2011 ceria bergambar kenangan.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 20hb March 2011- Seramai 500 orang penduduk kampung di Peti Undi Padang Kemunting telah bersama-sama menghadiri majlis Penutupan Program Kemasyarakatan 2011 Jabatan Pengurusan dan Pemasaran Universiti Malaysia Terengganu.Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Padang Kmunting ini bermula jam 9.00 malam dan turut diresmikan majlis penutup oleh Prof.Dr.Shamsul Nasuhar Abdullah. Beliau merupakan penaung kepada program ini.

Pelajar kaum Cina mengadakan pertunjukkan tarian.

Menurut Cik Norsaleha Remlan dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh beliau,pelajar-pelajar UMT amat berterima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh para penduduk di Peti Undi Padang Kemunting.Sikap ramah dan mesra yang ditunjukkan oleh para ibubapa angkat pasti akan menjadi kenangan abadi untuk semua para pelajar. "Walaupun ada program yang telah dicadangkan terpaksa dibatalkan kerana hujan,tapi ianya tidak melemahkan semangat kami untuk trus mewarnakan program ini" kata beliau lagi. Beliau juga berharap agar program ini akan terus menjadi hubungan yang berkekalan antara para pelajar dengan ibubapa angkat mereka.

Para pelajar mempersembahkan tarian kaum Sabah sebagai tanda masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam majlis penutupan ini para penduduk kampung telah disajikan dengan persembahan tarian dari pelbagai kaum di Malaysia. Ini kerana para pelajar UMT yang menyertai program ini terdiri dari pelbagai kaum. Antara tarian yang dipersembahkan ialah Tarian Melayu,Tarian Cina, Tarian India dan Tarian Bumiputera kaum Sabah.

Sebahagian para penduduk yang hadir menyaksikan persembahan pelajar UMT.

Majlis ini juga turut memberikan perhargaan kepada 34 keluarga angkat yang sudi menerima dan menjaga para pelajar sepanjang 4 hari program ini berlangsung.Turut menerima cenderahati perhargaan ialah para Pengerusi JKKK di dalam Peti Undi Padang Kemunting. Majlis ini dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan juga lagu UMT Cita Warisan.

Prof.Dr.Shamsul Nahar Abdullah selaku Penaung Program Kemasyarakatan UMT menyampaikan sijil perhargaan kepada Encik Kamal (kanan) selaku salah seorang penerima anak angkat.

Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abdul Rahman menyampaikan hadiah kepada pemenang sukan.

Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dekan Falkulti Pengurusan Ekonomi Prof.Dr.Shamsul Nahar Abdullah.

Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar UMT.

Barisan VIP yang turut hadir bersama-sama memeriahkan acara kemuncak program ini.

Cik Norsaleha Remlan selaku Pengarah Program Kemasyarakatan UMT 2011 menyampaikan ucapan terimakasih kepada penduduk kampung.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, March 18, 2011

Keberangkatan Jemaah Umrah Terengganu ke Tanah Suci...

Sebahagian para jemaah Umrah sedang mendengar ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku wakil kepada YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu.

KUALA TERENGGANU 18hb March 2011- Seramai 451 orang rakyat Terengganu telah terpilih untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Pelbagai lapisan rakyat Terengganu telah dipilih untuk diberikan anugerah Umrah ini.Dikalangan Pegawai Kerajaan,Iman-iman,Bilal-bilal,Tahfiz-tahfiz,Pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO),Pengerusi-pengerusi JKKK,Wakil-wakil Rakyat dan juga Kerabat Diraja.

Barisan VIP bersama-sama dengan juruterbang MAS.

Majlis Keberangkatan Jemaah Umrah Anugerah Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu bagi Musim 1432H/2011M telah diadakan diBalai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud,Kuala Terengganu dan telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku wakil kepada Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu.

Barisan VIP bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan dan keselamatan untuk semua jemaah Umrah.

Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau menyampaikan salam dari Y.A.B.Dato'Seri Menteri Besar kepada para jemaah kerana tidak dapat bersama-sama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau yang juga salah seorang daripada jemaah untuk umrah ini telah diwakilkan oleh YAB Dato Seri Menteri Besar untuk menyampaikan ucapan perasmiaan. Dalam ucapan beliau lagi,beliau berharap seluruh para jemaah yang terpilih bersyukur kerana telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana dengan penerbangan terus ke Jedah ini adalah satu sejarah yang tercipta diMalaysia. "Belum ada lagi negeri-negeri dalam Malaysia selain Lapangan Terbang KLIA yang mengadakan penerbangan terus untuk jemaah ke Jedah"kata YB Haji Khazan. Ini menunjukkan betapa Lapangan Terbang Sultan Mahmud telah berjaya dan akan terus menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa. Perkara ini akan terus dimajukan dari masa ke semasa demi mentarbatkan Terengganu dipersada dunia tambah beliau lagi.

Jemaah Umrah Dun Langkap dan YB Haji Ashaari Idris (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat (berdiri lima dari kiri).

Jemaah Umrah Dun Batu Rakit bergambar kenangan sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah.

Beliau juga berharap agar para jemaah akan menggunakan peluang yang diberikan ini untuk beramal ibadat dengan sebaik mungkin apabila tiba di Tanah Suci nanti. "Kunjungilah tiga buah masjid yang utama iaitu Masjid Nabawi,Masjidil Haram dan Masjidil Aqsar kerana ianya masjid yang pernah menjadi tempat Nabi Muhammad S.A.W.beribadat" kata beliau lagi. Semoga apa yang diberikan oleh kerajaan negeri dapat disyukuri dengan penuh rasa nikmat dan berterima kasih.

YB Haji Khazan menerima cenderahati kenangan.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan Perasmian Majlis.

YB Haji Khazan Che Mat (bersongkok) bersama barisan VIP sebelum memulakan Majlis Perasmian.

Dato Haji Che Mat Jusoh (berbaju biru), YB Haji Assahari Idris Adun Langkap (kanan) dan Datuk Haji Alwi bekas Pengarah MAIDAM (berbaju hitam) turut bersama rombongan ke Tanah Suci.

Para jemaah dari Dun Batu Rakit riang dan ceria sebelum berlepas ke Mekah.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad (berkopiah putih) dan isterinya (telekung hitam) bergambar bersama keluarga sebelum berangkat ke Mekah.

Hajjah Wan Maznah (bertelekung biru) turut bersama rombongan ke Tanah Suci.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, March 17, 2011

Program Kemasyarakatan UMT 2011- Anak angkat 1 Malaysia.

Para pelajar dan ibubapa angkat mereka bergambar kenangan beramai-ramai dengan YB Haji Khazan dan Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 17hb March 2011 Bertetapan dengan konsep Perdana Menteri yang menyerapkan slogan 1 Malayasia diantara seluruh kaum dalam Malaysia, JKKK Padang Kemunting dan juga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berkerjasama mengadakan satu Program Kemasyarakatan. Program yang berkonsep mendekati para masyarakat kampung ini telah disertai oleh seramai 100 orang pelajar-pelajar tahun akhir UMT dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran.

Haji Zakaria Abd.Rahman dan isteri (kanan sekali) bersama-sama pelajar yang menjadi anak angkat.

Menurut Cik Norsaleha Remlan selaku Penyelaras Program ini,objektif yang ingin dicapai melalui program ini ilah mempromosikan UMT sebagai pusat penganjian tinggi yang melahirkan Modal Insan Kelas Pertama. Disamping itu juga untuk memperkenalkan Kursus Pengurusan Pemasaran UMT yang dibentuk sebagai teras dalam pembangunan komuniti masyarakat setempat."Ianya juga akan dapat memberikan pendedahan kepada para peljar tentang pentingnya kesedaran terhadap isu-isu terkini yang melibatkan kehidupan sosial dan pembangunan masyarakat setempat" kata beliau lagi.Beliau juga berharap agar para siswa dan siswi ini akan berkongsi pengentahuan dan idea dengan masyarakat setempat seterusnya memancu perkembangan mentaliti mereka di masa hadapan.

Pelajar warga Indonesia (kiri) tidak ketinggalan menyertai program ini.

Program yang bermula jam 5.00 petang ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat di Balai Serbaguna Kampung Padang Kemunting. Dalam ucapan alu-aluan dari Penasihat program ini Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail, beliau menyatakan tujuan program ini ialah untuk mendekatkan lagi para pelajar dengan para penduduk kampung dan disamping menjana pemasaran sosial. Maksud pemasaran sosial ialah mempromosi idea-idea yang dapat memberikan faedah kepada masyarakat. Beliau juga berharap agar para pelajar yang terdiri dari berbilang bangsa dapat menjaga sensiviti antara mereka dan masyarakat setempat. Prof Madya Dr. Mustapha Ismail juga merakam ucapan terimakasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan program ini,kepada para Pengerusi JKKK di Peti Undi Padang Kemunting yang memberikan satu kerjasama yang baik dan juga kepada para penduduk setempat yang sudi mengambil para pelajar sebagai anak-anak angkat mereka.Beliau juga berharap para pelajar dapat menggunakan peluang yaang ada ini sebaik mungkin untuk berbakti dan memahami adat budaya kampung serta menjaga segala peradaban dengan sebaik mungkin.

Pelajar kaum Cina (berbaju belang) turut bersama-sama menyertai program dan menerima ibu angkat.

Salah seorang penduduk (kiri) bersalaman dengan anak angkat yang diterimanya disaksikan oleh YB Haji Khazan dan Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail.

Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan,beliau amat berterima kasih kepada UMT kerana sudi menjadikan Kampung Padang Kemunting sebagai tempat untuk para pelajar melakukan program. Bagi beliau ini merupakan satu keunikan kerana belum pernah Pusat Pengajian Tinggi melakukan program-program yang berdekatan dengan tempat mereka. Beliau juga berharap agar para pelajar dapat mempelajari dengan lebih banyak lagi asas-asas tentang kehidupan kampung selama program ini berlangsung. Dalam ucapan beliau juga menekankan betapa perlunya satu kesedaran tentang pentingnya hidup pemaufakatan dijalinkan oleh pelajar dengan masyarakat setempat. "Ini akan dapat merapatkan lagi persaudaraan dan juga mengukuhkan jemaah dalam masyarakat setempat" katanya lagi. Beliau juga berjarap program-program seumpama ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa dan akan cuba membantu denga sedaya upaya yang termampu.

YB Haji Khazan menerima cenderahati daripada Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail (kanan)

Dalam program yang akan berlangsung selama 4 hari 3 malam ini,seramai 34 buah keluarga telah sudi menerima para pelajar UMT ini sebagai anak angkat mereka. Majlis yang berlangsung selama dua jam ini telah berakhir jam 7.00 petang dengan semua pelajar telah kerumah ibubapa angkat masing-masing. Turut bersama hadir pada majlis ini ialah semua Pengerusi JKKK didalam Peti Undi Padang Kemunting,Ketua Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun,wakil Balai Polis Batu Rakit dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Prof.Madya Dr.Mustapha Ismail menyampaikan ucapan selaku penasihat program.

YB Haji Khazan(tengah),Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman (kiri) dan Penasihat Program Prof. Madya Dr.Mustapha Ismail bersama-sama mengaminkan doa.

Para pelajar UMT mendengar ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh