Sunday, January 30, 2011

PERMATA di Kampung Bukit Wan....

YB Haji Khazan beramah mesra dengan para mahasiswa UKM.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 29hb Januari 2011-Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) UKM,Bangi,Selangor telah mengadakan satu program bersama para penduduk diKampung Bukit Wan.Program ramah mesra dan santai bersama penduduk ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat selaku Adu Batu Rakit meangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Para mahasiswa bergambar kenangan bersama para Jawatankuasa JKKK Bukit Wan.

Dalam majlis yang berlangsung di Pusat Rukun Tertangga (PRT) Bukit Wan ini,juga diadakan majlis Perasmian Simposium Kepimpinan Muda 2011 dan juga Penyerahan Anak Angkat kepada penduduk Kampung Bukit Wan.Seramai 77 orang para mahasiswa dan mahasiswi UKM telah menyertai program ini.

YB Haji Khazan menerima cenderahati dari wakil mahasiswa UKM.

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini telah dimulakan dengan gotong-royong oleh para penuntut UKM bersama para penduduk kampung.Pada jam 11.30 pagi para penuntut UKM telah berkumpul di Pusat Rukun Tertangga (PRT), untuk majlis penyerahan anak angkat dan perasmian simposium kepimpinan muda 2011.Majlis yang diadakan secara sederhana ini juga telah dihadiri oleh seluruh Jawatankuasa JKKK Bukit Wan dan juga para penduduk kampung.Turut sama hadir ialah Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri iaitu Encik Hanif. Wakil-wakil dari pihak media seperti Sinar Harian,Harian Metro,NSTP dan Berita Harian turut sama hadir.

Dua pelajar UKM (dari kanan) dan ayah angkatnya (berbaju putih) bergambar kenangan dengan YB Haji Khazan (kiri),Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail (dua dari kiri) dalam majlis penyerahan anak angkat.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail,beliau sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada PERMATA kerana sudi memilih Kampung Bukit Wan sebagai tempat program mahasiswa UKM.Beliau juga juga berterimakasih kepada YB Haji Khazan kerana sentiasa memberikan perhatian Kampung Bukit Wan untuk terus bersaing dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat negeri Terengganu."Semoga dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua akan membuahkan kejayaan untuk Kampung Bukit Wan dan juga Batu Rakit" kata beliau lagi.

YB Haji Khazan (kanan) bersama para penuntut UKM dan ibu angkat mereka (bertelekung merah)

Sementara itu dalam ucapan perasmian Simposium Kepimpinan Muda,YB Haji Khazan mengharap agar para mahasiswa akan terus memainkan peranan masing-masing apabila telah berjaya mengenggam segulung ijazah nanti.Kejayaan dalam bidang pelajaran akan dapat menjamin kehidupan seseorang itu dengan lebih baik.Beliau juga banyak menyarankan agar para mahasiswa terus menumpukan segala tanggungjawab mereka kepada pelajaran yang sedang dihadapi.

Dua penuntut UKM bersama ibu angkat mereka (dua dari kiri)dan Pengerusi JKKK Bukit Wan (kiri sekali)

Semoga kejayaan yang diperolehi nanti akan dapat membangunkan bangsa,agama dan negara dengan lebih cemerlang dimasa hadapan.Ini kerana menurut beliau para pelajar hari ini akan menjadi para pemimpin untuk masa hadapan. "Dunia sentiasa berputar,dulu saya juga seorang pelajar..sekarang jadi pemimpin..dan masa hadapan saudara saudari pulak yang akan menjadi pemimpin..." kata YB Haji Khazan lagi.

Wakil penuntut UKM menyampaikah cenderahati kepada Pengerusi JKKK Bukit Wan (kanan)

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.

Para mahasiswi sabar menanti nama mereka dipanggil untuk diambil oleh keluarga angkat.

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail menyampaikan ucapan alu-aluan.

YB Haji Khazan (tiga dari kanan) bersama-sama mengaminkan doa.

Tetamu yang hadir termasuklah Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri Encik Hanif Abdullah (empat dari kanan).

Para mahasiswa UKM menunggu majlis perasmian Simposium Kepimpinan Muda 2011 dimulakan.

Bersama-sama membersihkan kawasan sekitar Bukit Wan.

Program gotong-royong yang turut melibatkan penuntut UKM.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Saturday, January 29, 2011

Mahasiswa UKM Bangi masuk kampung...

Pelajar-pelajar perempuan sedang memasukkan sampah ke dalam plastik sampah.


BATU RAKIT (BUKIT WAN) 29hb Januari- Untuk menceria dan menambahkan lagi kebersihan Kampung Bukit Wan,Jawatankuasa JKKK dan Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) UKM Bangi,Selangor telah berganding bahu bersama menjayakan Program Gotong-royong.

Sentiasa bergerak untuk mencari sampah-sarap.

Jentolak digunakan juga untuk mengangkut sampah sarap.

Rombongan pelajar seramai 77 orang telah ditiba dikampung Bukit Wan pada jam 9.00 pagi dan telah dibahagikan kepada empat kumpulan.Mereka telah dibawa dengan dua buah bas.Menurut Setiausaha JKKK Bukit Wan Encik Ambak Ismail,program ini juga bertujuan mengeratkan lagi para pelajar dengan masyarakat kampung."Banyak perkara yang perlu dipelajari oleh para pelajar tentang nilai kehidupan disesebuah kampung" katanya lagi.

Pelajar-pelajar sedang mengutip sampah.

Program yang berlangsung selama tiga jam ini juga bertujuan memupuk nilai kebersihan dalam diri pelajar.Menjaga kebersihan itu amat baik dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.Ianya juga merupakan salah satu aktiviti mingguan para penduduk Kampung Bukit Wan,yang sedang menyertai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat negeri.Menurut Encik Ambak lagi,Kampung Bukit Wan merupakan salah satu dari lima buah kampung dalam dareah Kuala Terengganu yang terpilih menyertai pertandingan itu.

Para pelajar sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha JKKK Bukit Wan.

Beliau juga berharap,dengan kerjasama yang dimainkan oleh seluruh penduduk kampung, sokongan daripada wakil rakyat dan penyertaan dari setiap lapisan masyarakat,akan dapat membuahkan hasil yang beroleh kejayaan.

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail (duduk 2 dari kiri) bersama jawatankuasa turut bersama dalam program ini.




cerita dan gambar:MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, January 28, 2011

Kelab Gotong-Royong Pemuda Tanjung Batu Rakit.

Ahli Kelab Gotong-Royong Pemuda Tanjung Batu Rakit bersama Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit Mohamad Harun (berdiri kiri sekali)

BATU RAKIT (TANJUNG BATU RAKIT)- Atas kesedaran ingin berbakti dan menjalankan kerja-kerja amal untuk masyarakat kampung,para pemuda kampung Tanjung Batu Rakit telah bersama-sama menubuhkan kelab untuk menjalakan aktiviti ke arah itu. Kelab ini telah dinamakan Kelab Gotong Royong Pemuda Tanjung Batu Rakit.

Ketua Kelab Gotong-Royong Pemuda Tanjung Encik Rohzeli Zakaria (duduk kanan)

Menurut Encik Rohzeli Zakaria selaku ketua kelab ini,matlamat penubuhan kelab ini ialah untuk sentiasa bersama para penduduk dalam melakukan sebarang aktiviti gotong-royong.Beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti kelab ini bukan sekadar untuk program gotong-royong sahaja tetapi lebih kepada aktiviti yang banyak membantu belia-belia kearah satu program yang sihat.Dengan tertubuhnya kelab ini juga beliau amat berharap agar para pemuda turut bersama menyertai setiap program yang dijalankan demi kebaikkan semua.

Bersama-sama membersihkan tanah perkuburan

Beliau juga memaklumkan bahawa setakat ini seramai 15 orang para pemuda telah menjadi ahli kelab.Beliau juga berharap agar kelab ini akan dapat didaftarkan sebagai sebuah kelab yang sah suatu hari nanti.Harapan beliau juga agar seluruh masyarakat bersama-sama membantu Kelab ini untuk sentiasa aktif dan mengalakan para pemuda untuk menghindari aktiviti-aktiviti yang negatif.

Kelab Gotong-royong Pemuda Tanjung Batu Rakit (berbaju putih) turut bersama menjayakan program gotong-royong diTanah Perkuburan Pantai Batu Rakit.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Rohzeli Zakaria di talian: 013-9361034

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, January 27, 2011

APMT Dun Batu Rakit bersama penduduk kampung..

Ketua UMNO Cawagan Pantai Batu Rakit Harun Mohamad (bebaju kuning) turut bersama menjayakan gotong royong.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 28hb Januari-APMT DUN Batu Rakit telah mengadakan satu gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan di Pantai Batu Rakit. Gotong-royong ini telah berjaya dihadiri seramai 60 orang penduduk kampung yang terdiri daripada jawatankuasa JKKK Kampung Pantai dan Tanjung,jawatankuasa Umno Cawangan Pantai dan juga Kelab Gotong Royong Pemuda Tanjung Batu Rakit.

APMT sedang berehat menikmati hidangan yang disediakan.

Program yang diadakan selama 4 jam ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh anggota APMT DUN.
Sambutan yang baik dari masyarakat setempat telah berjaya melancarkan perjalanan gotong-royong ini.Program ini juga merupakan aktiviti pertama yang dijalankan dibawah APMT Dun sendiri.

Pak Ku Mat (berbaju biru kanan)wakil balai polis Batu Rakit dan Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit Mohamad Harun turut bersama menikmati hidangan .

Bersama-sama menebas semak samun diatas tanah perkuburan.

Kelab gotong-royong Pemuda Tanjung Batu Rakit turut bersama menjayakan program ini.

Terang-tiada lagi semak samun yang kelihatan.






Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Cakna Rakyat- Melawat pesakit kencing manis.

Sulong Abdul Rahman (kanan) menceritakan sesuatu kepada YB Haji Khazan.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 27hb Januari 2011. Dalam kesibukan YB Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri,beliau yang juga Adun Batu Rakit tidak ketinggalan melawat para penduduk dalam DUN yang mengalami sakit kronik.

Pesakit kencing manis Sulong bin Abdul Rahman.
Selepas majlis pemberian bantuan nelayan yang diadakan di Pantai Mengabang Lekor,YB Haji Khazan telah bergegas hadir ke Pantai Batu Rakit unrtuk melawat pesakit kencing manis iaitu Encik Sulong Abdul Rahman atau lebih dikenali Pok Din. Beliau telah dirawat dihospital Kuala Terengganu selama sebulan.Akibat penyakit kencing manis itu,jari keliking kaki beliau telah dipotong untuk mengelak dari merebak ke bahagian yang lain.


Ketua UMNO Cawangan Pantai Encik Harun Mohamad (kanan) turut bersama melawat Encik Sulong.

Menurut Encik Sulong lagi,mula asal penyakit beliau diketahui apabila beliau telah terpijak sebatang paku yang berkarat.Akibat dari itu beliau mula terasa kesakitan yang berpanjangan selama beberapa hari.Setelah dibawa ke hospital,doktor mengesahkan beliau telah menggidapi penyakit kencing manis.Kesan dari karat paku yang telah merebak dalam saluran darah telah menyebabkan ianya bernanah dan sebatang jari kaki beliau terpaksa dipotong.
Sementara itu bagi YB Haji Khazan pula,beliau berharap semoga penyakit yang dialami oleh Encik Sulong akan cepat sembuh.Beliau juga berharap agar Encik Sulong sentiasa menjaga pantang larang yang telah diberikan oleh doktor.


Cerita dan gambar oleh: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Majlis penyampaian bantuan nelayan.

Para penerima bantuan nelayan bergambar bersama YB Haji Khazan (tengah berbaju putih) dan para pertugas APMT yang terlibat dalam program ini.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKAR) 27hb Januari 2011. Bertempat di Pantai Mengabang Lekor,seramai 43 orang kaum nelayan telah menerima bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit yang berupakan pukat dan alatan mengail. Program yang diadakan secara santai ini adalah lanjutan daripada program bantuan yang pernah diadakan di Pantai Batu Rakit pada bulan September 2010.

YB Haji Khazan (kiri) menyampaikan bantuan pukat kepada nelayan.
Program yang bermula jam 5.00 hingga 6.00 petang ini telah juga dihadiri oleh Penyelaras Pergerakan Umno Dun Batu Rakit saudara Encik Bazlan Abdul Rahman,Pengerusi-pengerusi JKKK,Ketua-ketua Umno Cawangan,Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Dun dan para APMT DUN Batu Rakit.Turut bersama hadir juga ialah para anggota keselamatan Balai Polis Batu Rakit.

YB Haji Khazan (kiri) bersama Penyelaras UMNO Dun Batu Rakit Encik Bazlan Abd.Rahman.
Dalam ucapan yang diberikan,YB Haji Khazan berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para nelayan.Beliau juga berjanji akan cuba sedaya upaya mungkin untuk memberikan segala bantuan kepada para nelayan.Setiap masalah yang berkait dengan para nelayan akan cuba diselesaikan dengan cara yang memuaskan hati semua pihak.
Beliau juga berharap agar setiap bantuan yang diberi akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh para nelayan. "Dengan bantuan yang diberikan pada hari ini bukanlah merupakan yang terakhir untuk para nelayan pada tahun ini..peruntukan yang turun pada bulan Febuari atau March nanti akan juga digunkan untuk kaum nelayan"kata YB Haji Khazan lagi.

Para penerima bantuan sedang menunggu majlis bermula.

"Kita juga akan sentiasa memberikan segala bantuan yang sepatutnya untuk para nelayan demi kebaikan semua"kata YB Haji Khazan lagi.Setiap tempat yang dijadikan pengkalan untuk para nelayan menarik perahu-perahu mereka akan disediakan enjin untuk menarik perahu tersebut.Dengan kemudahan yang disediakan nanti,beliau berharap agar tiada lagi rungutan dari para nelayan tentang isu tersebut.43 nelayan yang menerima bantuan daripada YB Haji Khazan ialah mereka yang tinggal disekitar Mengabang Lekor, Pagar Besi,Mengabang Panjang dan juga Pengkalan Atap.


oleh: MAZLAN MUSTAFA

SETIUHARI INI

berita penuh

Saturday, January 22, 2011

PEMILIHAN JAWATANKUASA KRT WAKAF CHAGAK TAHUN 2011

SAM_0154
HADIR - Jiran Wanita, Jiran Muda dan Tunas Muda turut hadir
BATU RAKIT – 21 Januari, Pemilihan jawatankuasa baru KRT Wakaf Chagak tahun ini telah diadakan pada 21 Januari 2011 di Dewan Bestari Wakaf Chagak dekat sini.

berita penuh

Monday, January 10, 2011

Taklimat dan agihan borang bantuan pakaian sekolah 2011.

Khusyuk-Pengerusi-pengerusi sedang mendengar taklimat yang disampaikan.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 10hb Januari 2011. Hampir seluruh Pengerusi JKKK atau wakil,telah hadir ke Majlis Taklimat dan Agihan Borang Bantuan Pakaian Sekolah Dun Batu Rakit 2011. Majlis yang bermula jam 9.15 malam ini telah di Pengerusikan oleh wakil YB Haji Khazan Che Mat iaitu Haji Zakaria Abdul Rahman.

Haji Kamarudin Mohamad Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit menyampaikan taklimat.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Khas Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Maras Wakaf Chatur.
Dalam taklimat yang disampaikan,beliau berharap agar para pengerusi JKKK bijak memainkan peranan dalam pembahagian borang tersebut.Ini kerana syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Daerah semakin ketat.

Haji Zakaria Abdul Rahman (kanan) memberikan sedikit penerangan tentang pengisian borang bantuan sekolah.

Beliau juga berharap agar penghantaran kembali borang itu ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat dapat dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Ini kerana banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum baucer pembayaran dikeluarkan untuk para ibubapa.

Para Pengerusi JKKK meneliti borang yang diedarkan sambil mendengar taklimat yang disampaikan.

Apa yang diharapkan agar tiada lagi kekusutan yang berlaku pada kali ini seperti mana yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.Semoga pembayaran yang akan dilakukan oleh pihak Pejabat Daerah nanti juga tidak menimbulkan masaalah seperti yang telah lalu..tambah beliau lagi.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh para pembantu APMT DUN Batu Rakit dan berakhir jam 11.00 malam.

Bersama-sama menikmati juadah yang disediakan oleh pihak urusetia.


Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, January 7, 2011

Kejohanan Futsal-Anjuran JKKK Panchur Sejuk bersama Pemuda UMNO Cawangan Hilir Darat Batu Rakit.

YB Haji Khazan bergambar kenangan dengan Jawatankuasa Penganjur,Jawatankuasa Pemuda dan para pemain sebelum perlawanan akhir.

BATU RAKIT (PANCHUR SEJUK) Sebanyak 8 pasukan telah menyertai Kejohanan Futsal anjuran JKKK Panchur Sejuk bersama Pemuda UMNO Cawangan Hilir Darat. Pertandingan yang berlangsung pada 1hb dan 2hb Januari ini telah diadakan secara liga 2 kumpulan. Sebanyak empat pasukan mewakili setiap kumpulan.

Pemenang menerima hadiah dari YB Haji Khazan.(empat dari kanan)

Menurut Encik Azmi Seman selaku Pengerusi Penganjur Pertandingan yang juga Pengerusi JKKK Panchur Sejuk,kejohanan ini merupakan satu kerjasama yang baik dikalangan para pemuda-pemuda untuk mengeratkan lagi kerjasama sesama mereka. Ianya juga adalah aktiviti yang sentiasa diadakan untuk mengelakkan para pemuda dari terjerumus kearah perkara yang tidak berfaedah.

Perlawanan yang sedang berlangsung.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Futsal Wakaf Chagak ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat.Tempat pertama berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM300.00,manakala kedua pula RM200.00 dan ketiga keempat sebanyak RM100.00. Pertandingan ini juga turut dimeriahkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit.

Bersemangat-para pemain berusaha menjaringkan gol.

"Semoga pertandingan seperti ini akan terus dilakukan dan sentiasa mendapat sokongan dari pihak-pihak yang terbabit"tambah Encik Azmi lagi. Beliau juga mengharapkan agar para pemuda sentiasa memberikan komitmen yang begitu tinggi pada segala program yang dilakukan oleh JKKK yang terlibat.


CERITA DAN GAMBAR: AZMI SEMAN


OLEH:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, January 2, 2011

Kelab ICT Batu Rakit dan Dewan Serbaguna Maras (JKKK Wakaf Chatur)

Menteri Besar YAB Datuk Haji Ahmad Said melihat para pelajar Kelab ICT sewaktu majlis perasmian Dewan Serbaguna Maras pada 21hb Mac 2009.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) Demi menyahut seruan kerajaan untuk melihat lebih ramai para penduduk kampung samaada warga emas,dewasa atau kanak-kanak,JKKK Wakaf Chatur telah mengadakan satu kerjasama dengan Yayasan Salam Malaysia untuk mengadakan kelas komputer bagi golongan ini.

Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Maras oleh YAB Datuk Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu.

Dengan kadar yuran sebanyak RM10.00 sebulan,para pelajar akan diajar asas berkenaan komputer selama tiga bulan.Kelas yang telah bermula pada tahun 2008 ini telah berjaya melahirkan ramai golongan celik IT disekitar Dun Batu Rakit.Kelas komputer ini diadakan sebanyak empat sesi sehari dan lima hari seminggu. Sesi pertama bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari,sesi kedua jam 2.00 hingga 4.00 petang,sesi ketiga jam 4.00 hingga 6.00 petang dan sesi keempat jam 8.30 hingga 10.30 malam.Selepas tamat belajar tentang asas komputer ini,para pelajar akan diberikan sijil tamat belajar oleh pihak Yayasan Salam Malaysia.Para penduduk yang ingin belajar komputer ini juga diwajibkan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM15.00.
Bagi mereka yang berminat unruk belajar asas komputer dengan harga yang rendah boleh menghubungi tenaga pengajar iaitu:

Cik Rozila Sulaiman No Tel:019-9497494

Cik Rozila Sulaiman merupakan tenaga pengajar Kelab ICT Batu Rakit.

Sementara itu Dewan Serbaguna Maras ini juga turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk para penduduk ataupun untuk mereka-mereka yang memerlukan tempat penginapan. Dengan kadar sewa hanyalah RM50.00 untuk bilik utama dan RM40.00 untuk bilik biasa semalam,ianya amat murah jika hendak dibandingkan dengan rumah-rumah tumpangan disekitar Batu Rakit ini.Kemudahan untuk mengadakan latihan badminton dan kebudayaan juga diutamakan oleh JKKK Wakaf Chatur bagi mereka yang berminat.Menurut Pengerusi JKKK Wakaf Chatur Haji Azami Haji Ali, tempahan dewan untuk penggunaan majlis perkahwinan juga dialu-alukan oleh pihak JKKK Wakaf Chatur.

Kepada mereka yang berminat boleh hubungi:

Pengerusi JKKK Wakaf Chatur Haji Azami Haji Ali No H/P: 019-99426903

Para pelajar melihat apa yang ditunjuk ajar oleh Cik Rozila.

Disamping itu juga JKKK Wakaf Chatur turut mengadakan kelas Bahasa Inggeris untuk para pelajar sekolah rendah secara percuma.Para pelajar yang akan menghadapi UPSR diberikan keutamaan oleh pihak JKKK. Ini kerana mereka perlu dilatih tubi untuk menguasai bahasa inggeris demi kejayaan pada peperiksaan nanti.Apa yang telah dilakukan oleh pihak JKKK Wakaf Chatur telah memberi satu kesan positif terhadap para pelajar, terutama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Maras apabila telah muncul sekolah terbaik dalam Dun Batu Rakit UPSR 2010 baru-baru ini.

Keadaan kelas komputer yang selesa untuk para pelajar.

Sebahagian para pelajar kelas komputer bersama Cik Rozila Sulaiman (berbaju putih)

Kain rentang berkenaan kursus komputer yang dianjurkan JKKK Wakaf Chatur bersama Yayasan Salam Malaysia.


Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

SETIU HARI INI

berita penuh