Tuesday, November 23, 2010

Program Hari Keluarga 1 Malaysia

Penulis (berbaju biru) menerima hadiah dari Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat sambil diperhatikan oleh Pengerusi MPWK Hajjah Wan Maznah Wan Nong (tengah)

BATU RAKIT-20HB NOVEMBER 2010 Bertempat di Perkarangan Kelab Belia Tenaga Remaja Pantai Batu Rakit (KBTR), satu program Hari Keluarga telah dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita (MPWK) Parlimen Setiu telah diadakan.Program yang bertujuan mengeratkan lagi sikap kasih sayang antara satu sama lain dalam keluarga ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari seluruh Dun Batu Rakit.Seramai lebih dari 300 orang telah bersama-sama memeriahkan program ini.

Peserta dari kaum Cina menerima hadiah cabutan bertuah dari Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat.

Pelbagai acara sukan dari peringkat kanak-kanak 3 tahun sehingga kepada warga emas telah diadakan dalam program ini.Ianya bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang.Antara acara sukan yang diadakan ialah isi air dalam botol,lari dalam guni,boling kelapa,raut lidi,rebut kerusi,balingan kasih berpasangan,cari barang tersembunyi,bawa bola ping pong dalam sudu,jalan atas batu bata dan juga acara junjung buku.Pertandingan memasak bagi kaum ibu dan mewarna untuk kanak-kanak tadika juga diadakan.

Dari kiri ke kanan Hajjah Wan Maznah.Puan Nik Aini, Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan dan Harun Mohamad.

Program ini telah juga menarik penyertaan Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat untuk bersama menyertai pertandingan iaitu acara balingan kasih berpasangan.Beliau dan pasangannya Ketua Umno Cawangan Pantai Batu Rakit Encik Harun Mohamad telah berjaya menjadi juara dalam acara tersebut.Pelbagai pihak dari kalanhan Wanita dan Pemuda Cawangan telah bersama-sama menjayakan program ini.

Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan turut sama menyertai acara balingan kasih berpasangan dengan Ketua Umno Cawangan Harun Mohamad.

Dalam ucapan alu-aluan sebelum majlis penyampaian hadiah Pengerusi MPWK Hajjah Wan Maznah amat berbangga keran program ini telah berjaya mencapai matlamat seperti yang dikhendaki oleh pihak MPWK sendiri.Beliau juga meguncapkan jutaan terimakasih kepada seluruh warga kerja yang bertungkus lumus menjayakan program ini.Ucapan terimakasih juga diberikan kepada Yang Berhormat Adun Batu Rakit kerana sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap apa juga program yang dilakukan didalam Dun Batu Rakit.Sikap kecaknaan Yang Berhormat amat dihargai oleh seluruh penduduk Batu Rakit..tambah beliau lagi.

Pengerusi MPWK Parlimen Setiu Hajjah Wan Maznah Wan Nong (berbaju merah) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sementara itu dalam ucapan perasmian sebelum penyampaian hadiah Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat amat berbangga kerana pihak MPWK dapat menjayakan acara hari keluarga ini dengan berjaya.Beliau juga amat berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh para penduduk yang sentiasa menyokong apa juga program-program yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pertubuhan-pertubuhan yang telah disahkan. Harapan beliau juga agar program-program yang bercorak kekeluargaan ini akan diteruskan demi mengeratkan lagi tali saliturahim dalam sesebuah keluarga.Beliau juga berjanji akan terus memberikan sokongan kepada program-program seumpama ini.

Ketua Cawangan UMNO Pantai Batu Rakit Harun Mohamad sedang menyampaikan hadiah kemenangan kepada kanak-kanak.

Turut bersama menghadiri program ini isteri Yang berhormat Ustaz Haji Khazan Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh,seluruh anggota APMT Dun Batu Rakit,Ketua-ketua Cawangan UMNO Dun Batu Rakit dan wakil Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.

Kanak-kanak 3 dan 4 tahun turut bersama merasai acara mengumpul Sumi Jeli paling banyak.

Remaja perempuan sedang bermain acara baling bola.

Kanak-kanak menyertai acara bawa bola pingpong dalam sudu.

Acara mewarna untuk kanak-kanak Tadika juga turut diadakan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, November 22, 2010

Majlis Korban Pemuda UMNO Dun Batu Rakit 2010

YB Haji Khazan Che Mat bersama melapah daging dengan pemuda.

BATU RAKIT-Sempena hari raya aidiladha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit tidak ketinggalan turut sama melakukan sembelihan korban pada 19hb November baru-baru ini di Kampung Mengabang Bakong yang bermula pukul 8.00 pagi.

Ketua Penyelaras Pemuda sedang menagihkan daging korban.

Menurut Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Encik Nazri Mamat,lembu yang disembelih itu adalah sumbangan dari Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat.Sumbangan ini menurutnya merupakan agihan yang dilakukan oleh YB tiap-tiap tahun.

Ketua Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit Encik Azahar Mat Noor (kanan sekali) turut sama melapah daging korban.

Selepas lembu tersebut disembelih,seluruh jawatankuasa Pergerakan Pemuda bersama-sama melapah dan melakukan kerja-kerja timbangan untuk mengagihkan daging korban tersebut.

Berehat seketika sambil bergurau senda bersama YB Haji Khazan Che Mat.

Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan dan Setiausa Pemuda Umno Setiu Encik Abdullah Ibrahim turut sama meluangkan masa menyertai majlis ini dan juga seluruh jawatankuasa Pergerakan Pemuda Dun. Majlis ini berakhir jam 11.00 pagi.

Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Encik Nazri Mamat turut bersama melapah daging korban.

Pemuda sibuk menimbang daging untuk diagihkan.



Gambar dan Cerita:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, November 21, 2010

Kuliah Agama di Masjid Kampung Maras Batu Rakit.

Para Jawatankuasa Masjid Maras bergambar kenangan bersama Ustaz Mohd Rasidi Abdullah (tengah) dan YB Haji Khazan Che Mat (kanan sekali)

BATU RAKIT-20hb November Seramai 250 orang para penduduk kampung dan para Pengerusi JKKK,para pemuda dan puteri telah bersama-sama meluangkan masa untuk bersama-sama solat maghrib dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rasidi Abdullah.Kuliah agama ini telah diadakan di Masjid Kampung Maras Batu Rakit.

Ustaz Mohd Rasidi menyampaikan kuliah maghrib.

Penceramah yang berasal dari Sabah ini telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengalaman Saya.Ianya menceritakan tentang pahit getir kehidupannya sebelum memeluk islam,tentangan masyarakat terhadapnya semasa dalam islam dan kehidupan beliau sebagai seorang pendakwah kini. Beliau sebelum memeluk islam merupakan seorang penganut agama kristian.

YB Haji Khazan (kiri),Ustaz Mohd Rasidi (dua dari kiri) bersila menikmati makam malam selepas kuliah.

Dalam kuliahnya beliau menceritakan betapa sebelum beliau memeluk islam jiwanya telah terpikat pada agama islam secara tanpa sedar.Pada masa umat islam berpuasa dalam bulan ramadhan beliau juga terut berpuasa walaupun pada masa itu beliau masih lagi seorang yang beragama kristian.

Kaum wanita tidak ketinggalan bersama mendengar kuliah.

Beliau juga menerangkan betapa ianya sendiri tidak mengerti mengapa beliau terpikat pada islam.Sedangkan pada masa itu beliau merupakan seorang yang berharta dan agak berpengaruh dikalangan orang-orang kristian.Dengan gaji yang tinggi pada masa itu,beliau mempunyai kewangan yang kukuh untuk terus menikmati kesenangan dalam hidup.

Para jemaah yang hadir khusuk mendengar kuliah yang disampaikan.

Banyak dugaan yang beliau hadapi baik sebelum islam ataupun selepas memeluk agama islam. Sokongan daripada orang-orang islam sendiri untuk beliau mempelajari agama islam dengan lebih mendalam juga tidak mendapat sambutan.Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menjadi orang islam dan kini bergelar pengdakwah.

Para pemuda tidak ketinggalan mengikuti kuliah maghrib ini.

Program yang bermula selepas solat maghrib ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Negeri merangkap Adun Batu Rakit.Beliau juga turut menjadi iman ketika solat isyak.Selepasselesai solat isyak para jemaah telah dijamu dengan makan malam.



Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, November 19, 2010

Sembelih dan agihan daging korban di Masjid Darat Batu Rakit.

Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat turut bersama melihat lembu disembelih.

BATU RAKIT-19HB November 2010. Sebanyak dua ekor lembu untuk dijadikan korban dan diagihkan dagingnya kepada penduduk kampung telah disumbangkan oleh pihak Maidam pada Penduduk Kampung Darat Batu Rakit dan juga penduduk Pulau Redang.Sembilah lembu ini telah dilakukan di Masjid Kampung Darat Batu Rakit pada pukul 8.30 pagi.


Daging yang telah siap dilapah di potong-potong untuk diagihkan nanti.

Majlis korban ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat bersama Naib Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit Encik Ambak Ismail.

Para penduduk bersama-sama melapah daging korban.

Lembu disembelih dengan penuh berhati-hati.

Lembu direbahkan sebelum disembelih dan diikat kaki agar tidak meronta.

Beramai-ramai merebahkan lembu.

Para penduduk yang hadir menyaksikan lembu disembelih.




Cerita dan gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, November 16, 2010

Gotong Royong Di Kampung Bukit Wan

Dari kiri Penolong Pegawai Daerah Encik Nasran Abd.Halim,Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Wan Sulaiman bin Wan Muda dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit Encik Kamarudin Mohamad.

BATU RAKIT- Kampung Bukit Wan telah dipilih menyertai pertandingan Kebersihan Peringkat Negeri pada tahun ini..Untuk mengindahkan lagi suasana kampung dan kebersihan kampung itu satu gotong royong membabitkan pemuda,puteri dan penduduk kampung telah diadakan pada 12hb dan 13hb November baru-baru ini.

Encik Marzuki Abdul Ghani Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan berposing atas Jentolak.

Pembantu APMT Dun Batu Rakit Encik Badri Ali turut sama menyumbang tenaga bergotong royong.

Menurut Encik Ambak Ismail selaku setiausaha JKKK Bukit Wan,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah kerana memilih Kampung Bukit Wan sebagai salah satu wakil bagi Daerah Kuala Terengganu.Beliau berjanji akan cuba sebaik mungkin untuk mengadakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan.

Para pemuda Kampung Bukit Wan bersama-sama menyumbang tenaga.

Ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul.

Program kebersihan kampung ini turut disertai Pejabat Daerah yang sudi menghantar lori-lori untuk mengangkut sampah-sampah dan tanah. Bagi Pegawai Khas Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Encik Kamarudin Mohamad pula,beliau berbangga kerana salah satu kampung dalam Dun Batu Rakit telah terpilih menyertai Pertandingan Kebersihan ini.Beliau berharap agar seluruh penduduk kampung Bukit Wan agar dapat memberikan yang terbaik demi menaikkan lagi nama Batu Rakit diseluruh negeri Terengganu dan juga dapat melangkah ke peringkat kebangsaan nanti.

Keseluruhan kampung dibersihkan untuk mengelokkan lagi permandangan.

Turut bersama-sama menyertai gotong royong ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Encik Nasran Abd.Halim,Penghulu Kanan Kuala Terengganu Encik Wan Sulaiman Wan Muda,Penghulu Munkim Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Zamari Abu Zih dan Penghulu Munkim Batu Rakit Wakaf Tengah Encik Zazarin Abdul Ghani.


Cerita dan gambar: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, November 15, 2010

Gotong Royong Kawasan Perkelahan Panchur Sebatu,Bukit Nenasi,Batu Rakit.

Pengerusi JKKK Bukit Nenasi Encik Abdul Aziz Sulong (tengah) bersama dengan Penghulu Mungkim Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih (kiri),Pengerusi JKKK Pancur Sejuk Azmi Bin Seman (dua dari kanan) sedang berbincang sesuatu.

BATU RAKIT- Demi menyambut seruan kerajaan untuk menjaga kebersihan dalam kampung satu gotong royong untuk menarik minat para pelancong ke pusat Perkelahan Panchur Sebatu telah diadakan oleh Pengerusi JKKK Bukit Nenasi bersama Pejabat Daerah,ILP,para pelajar Maktab Perguruan dan para penduduk kampung.

Para pelajar Maktab Perguruan berihat setelah penat menjalakan gotong royong.

Menurut Pengerusi JKKK Encik Abdul Aziz Sulong,program ini bertujuan menarik minat agar lebih ramai lagi para pengunjung datang ke tempat perkelahan ini.Disamping memperbanyakkan lagi tempat-tempat menarik untuk dijadikan sebagai tempat berkelah dan mandi-manda.

Papan tanda perkelahan Panchur Sebatu menggamit kehadiran para penduduk setempat dan luar.

Gotong royong ini telah berjaya menghimpun seramai 200 orang dikalangan para penduduk kampung dan agensi-agensi terlibat.Menurut Encik Aziz lagi,beliau amat berbangga dengan sambutan yang telah ditunjukkan oleh para penduduk kampung.

Sebahagian dari para penduduk kampung yang turut bersama dalam gotong royong.

Turut bersama hadir pada program ini ialah Penolong Pegawai Daerah Encik Nasran Abd.Halim,Penghulu Batu Rakit Munkim Batu Rakit Encik Zamari Abu Zih dan Penghulu Batu Rakit Munkim Wakaf Tengah Encik Mohd Zazarin bin Abdul Ghani dan Pengerusi JKKK Pancur Sejuk Encik Azmi bin Seman.

Para pelajar ILP berehat melepaskan penat sambil menjamu selera.


Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.


SETIU HARI INI

berita penuh

Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Wan.

Para pelajar yang mendapat 5A bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat (lima dari kiri),Pengetua SKBW (enam dari kiri),Pengerusi PIBG (empat dari kiri) dan ibubapa pelajar.

BATU RAKIT-15 hb November 2010 Sempena cuti akhir tahun Sekolah Kebangsaan Bukit Wan telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk meraikan semua pelajar yang telah berjaya dalam bidang akedemik,ko-korikulum mahupun bidang sukan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri merangkap ADUN Batu Rakit.

Dari kiri ke kanan: Encik Abd.Aziz bin Alias, Tuan Haji Alias bin Muslim,YB Ustaz Haji Khazan dan Encik Sobri Ismail.

Program yang bermula jam 8.30 pagi ini bermual dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Rahman salah seorang guru sekolah ini.Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengetua sekolah Tuan Haji Muslan,beliu mengucapkan jutaan terimakasih kepada YB Ustaz Haji Khazan kerana dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Anugerah ini dan banyak membantu pihak sekolah dalam segala hal yang berkaitan dengan kewangan.Beliau juga banyak memberitahu tentang pengcapaian yang telah berjaya dilakukan oleh pihak sekolah seperti menyertai pertandingan kebersihan peringkat daerah yang telah berjaya mendapat johan dan peringkat negeri pula mendapat tempat ketiga. Seramai 6 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A,5 orang mendapat 4A 1B dan 3 orang mendapat 4A 1C dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini..tambahnya lagi.

Orlahragawati SKBW 2010 Faqihah binti Marzuki bersama YB Ustaz Haji Khazan (tengah),Pengentua SKBW Tuan Haji Muslan bin Muslim (kanan) dan Pengerusi PIBG Encik Sobri Ismail.

Sementara itu dalam ucapan dari Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Wan Encik Sabri Ismail pula,beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan pihak sekolah yang telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.Ucapan terimakasih juga diberikan kepada para ibubapa dan JKKK yang telah banyak membantu segala urusan kewangan bagi pihak PIBG.Tanpa sokongan dari pihak-pihak terbabit amat sukar untuk PIBG meneruskan apa jua agenda yang berkaitan dengan pelajaran untuk para pelajar..katanya lagi.
Beliau juga turut memuji guru-guru sekolah kerana sentiasa memberikan komitmen yang untuk para pelajar berjaya.

Persembahan koir murid tahap 2 menceriakan majlis.

Fatin Nabila binti Ismail Tokoh Nilam 2010.

Sementara itu dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah ini YB Ustaz Haji Khazan pula memberikan ucapan tahniah diatas segala pencapaian yang telah ditunjukkan oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Wan ini.Beliau juga berharap agar sekolah ini dapat mencatatkan kejayaan yang lebih baik dimasa akan datang.Sikap kerjasama antara pihak sekolah dan para ibubapa telah menunjukkan satu kejayaan yang patut diteruskan dimasa-masa akan datang..tambahnya lagi.Dan kepada para pelajar beliau berharap agar gunalah peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk belajar dengan sebaik mungkin demi kejayaan pada masa hadapan.Dikesempatan ini juga beliau berharap agar ibubapa turut sama memaikan peranan dalam bersama memikul beban untuk melihat kejayaan anak-anak mereka.

Encik Sobri Ismail Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Wan menyampaikan anugerah kepada pelajar.

YB Ustaz Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.

Encik Sobri Ismail Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan.

Pengetua Sekolah Kebangsaan Bukit Wan Tuan Haji Muslan bin Muslim menyampaikan ucapan alu-aluan.

Encik Zakaria Abdul Rahman selaku pengerusi majlis menyampaikan taklimat.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh