Wednesday, July 28, 2010

Program Makan Tengahari Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah Bersama YB Haji Khazan Che Mat.


Pegawai Daerah Yang Berbahgia Tuan Haji Wan Nawawi (baju putih) sedang menikmati keenakan durian.


BATU RAKIT-20HB JULAI 2010. Selepas menamatkan mesyuarat majlis tindakan daerah di Gem Beach Resort kesemua mereka yang terlibat telah bersama-sama menjamu selera di Bangunan KRT Bukit Wan.Kehadiran mereka telah disambut oleh Pengerusi JKKK dan jawatankuasanya,para Pegawai APMT dan pembantunya dan juga sebilangan masyarakat kampung.

YB Haji Khazan (dua dari kanan) serius membincangkan sesuatu.

YB Haji Khazan (kiri) dan Tuan Haji Wan Nawawi menikmati makan tengahari..


YB Ustaz Ramli Nuh (berkopiah) berselara menikmati makan tengahari.


Para pemandu Ahli Mesyuarat Tindakan Daerah turut sama menjamu selara.

Berselera ketika menghadapi hidangan.

Tak pandang kiri kanan ketika menghadapi makanan.

Berselera.

Suasana dalam dewan makan.


P.A Dun Batu Rakit Ustaz Haji Kamaruddin Mohamad sedang mengopek duraian.





Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.



SETIU HARI INI

berita penuh

Saturday, July 24, 2010

Program Penghayatan Islam Dun Batu Rakit 2010 "Ramadhan kedatanganmu dinanti"

YB Ustaz Haji Khazan(berbaju biru) khusuk mendengar kuliah yang disampaikan.


BATU RAKIT-23HB JULAI 2010 Seramai 150 orang jemaah yang terdiri dari penduduk kampung,Pengerusi-Pengerusi JKKK,Ketua Pengyelaras Pemuda Dun dan jawatankuasanya,Ketua APMT Dun dan Pembantu-pembantunya serta PA Exco dan Dun telah bersama-sama dengan YB Ustaz Haji Khazan Che Mat berjemaah di masjid Mengabang Lekor dalam Program Penghayatan Islam Dun Batu Rakit anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit.

Para jemaah bersama-sama YB mendengar kuliah.


Program ini bermula dengan solat maghrib yang diimamkan oleh YB Ustaz Haji Khazan. Selepas selesai mengerjakan solat maghrib para jemaah bersama-sama menghayati kuliah Tafakkuh Fiddin yang disampaikan oleh Dr.Zulkifli Muda dari Jabatan Akiologi dan sosial Universiti Malaysia Terengganu.Tajuk yang disampaikan dalam kuliah ini ialah Ramadhan... kedatangan mu dinanti.Selepas menunaikan solat isyak para jemaah turut bersama-sama dengan YB menikmati juadah yang disediakan oleh pihak urusetia.Pada jam 4.15 pagi pula para jemaah turut serta mengerjakan qiamullai.



YB Haji Khazan menyampaikan ucapan aluan.


Dalam ucapan aluan YB Ustaz Haji Khazan, beliau menyeru kepada para jemaah agar mengambil peluang dari keberkatan bulan syabban ini untuk menambah amalan sebelum ramadhan menjelma. Dengan cara ini menurutnya akan dapat melancarkan perjalanan puasa seseorang itu kerana ianya telah dipraktiskan terlebih dahulu.Sesungguhnya ramadhan itu amat dinantikan oleh seluruh umat islam seluruh dunia..tambahnya lagi.

Dr.Zulkifli Muda menyampaikan kuliah.


Pengerusi Masjid Mengabang Lekor Encik Awang Koding sedang menyampaikan ucapan selaku pengerusi program.




Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA




SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, July 22, 2010

MAJLIS PENYERAHAN e-BOOK MURID TAHUN 5 DUN BATU RAKIT 2010.

Pelajar menerima e-book dari YB Ustaz Haji Khazan Che Mat.

BATU RAKIT-21HB JULAI 2010. Seramai 513 orang pelajar tahun 5 dari seluruh sekolah dalam Dun Batu Rakit kecuali Pulau Redang telah menerima e-book dari YB Ustaz Haji Khazan Che Mat dalam majlis Penyerahan e-Book Murid tahun 5 di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Maras hari ini.
Program dibawah kendalian Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ini telah dihadiri seramai 1000 orang lebih dikalangan pelajar,ibubapa dan pemimpin masyarakat setempat.


Pelajar-pelajar beratur untuk menerima e-book dari YB Ustaz Haji Khazan.

Turut sama dalam program ini ialah Tuan Haji Kifaya Abdullah Datuk Mohamad Said selaku Timbalan Pengarah Pejabat Daerah Setiu.
Dalam ucapan alu-aluan beliau menyeru agar ibubapa sentiasa memainkan peranan dalam membantu pelajar-pelajar untuk terus berjaya.Apa yang telah dijalankan disekolah telah digalas dengan sedaya upaya oleh guru-guru dan terserah kepada ibubapa pula untuk memainkan peranan masing-masing apabila pelajar berada dirumah..tambahnya lagi.
Beliau juga mahukan setiap ibubapa memantau setiap e-book yang digunakan oleh para pelajar agar tiada unsur-unsur negatif terdapat dalam e-book tersebut.Menurutnya lagi sikap kerjasama antara ibubapa dan pihak sekolah adalah amat penting bagi melihat kejayaan para pelajar.
E-book juga tambahnya akan menjadi hak milik kekal para pelajar selamanya dan agihan e-book dijalankan dibawah Parlimen.

YB Ustaz Haji Khazan sedang menyampaikan ucapan.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh YB Ustaz Haji Khazan beliau memberitahu betapa berbezanya mencari ilmu pada masa dahulu dan kini. Betapa banyak perubahan demi perubahan telah berlaku.Menurutnya lagi kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mempersiapkan generasi harini untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.
Kerajaan juga katanya telah berbelanja berjuta ringgit demi meningkatkan lagi sistem pembelajaran untuk semua golongan para pelajar.Dan ini telah terbukti dengan percapaian gemilang para pelajar di Terengganu setiap tahun disemua ketegori peperiksaan yang diadakan.


Sebahgian para pelajar menunggu pengagihan e-book.


Menurutnya lagi kerajaan juga telah banyak meningkatkan syiar-syiar islam dalam sistem pentadbiran dan juga pelajaran di Terengganu. Ini kerana katanya untuk mengembangkan lagi sistem perundangan islam dikalangan generasi yang akan datang dan juga menuntut suruhan al-quran dan hadis.
Apa yang kerajaan mahu adalah untuk melihat setiap pelajar-pelajar dari genarasi kini akan menjadi celik it pada masa hadapan...tambahnya lagi.


YB Ustaz Hj.Khazan (tengah) bersama Timbalan Pengarah PPD Setiu (dua dari kiri),Penghulu Mungkim Batu Rakit (dua dari kanan) dan Guru besar sekolah.

Beliau juga turut memohon agar setiap ibubapa memantau dengan lebih teliti setiap e-book yang digunakan oleh anak mereka.Semoga dengan pemantaun yang berterusan dari guru,ibubapa tiada lagi kejadian yang pernah berlaku selama ini berulang kembali..ujurnya bagi mengakhiri ucapan.

Para Pengerusi JKKK turut hadir bersama untuk menjayakan program ini.


Para kaum ibu turut hadir untuk memberi sokongan kepada para pelajar.

Ketua Balai Batu Rakit (Pak Loh) berbaju seragam,turut bersama hadir memberi sokongan.



Timbalan PPD Setiu Tuan Haji Kifaya Datuk Mohamad Said sedang memberi penerangan mengenai e-book.




Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, July 21, 2010

BERJAYA !!!…… SUKANEKA GABUNGAN WAKAF CHAGAK

Imej813

BATU RAKIT – Selasa 20 Julai, Sukaneka Gabungan KRT, JKKK dan Komuinti Bestari Wakaf Chagak pada 20 Julai 2010 telah mendapat sokongan masyarakat tempatan dengan kehadiran lebihkurang 300 orang di Dataran Bestari Wakaf Chagak.
Imej862
TETAMU - dari kiri En. Azilan, Puan Hajjah Norma, YB Dato' Hj Mohd Jidin dan En. Bidin

berita penuh

Saturday, July 17, 2010

Program Bakti Remaja DUN Batu Rakit 2010-sesi kedua.

YB Datuk Mohd Jidin Shafie sedang menyampaikan ucapan.


BATU RAKIT-17HB JULAI 2010. Selepas selesai sesi pertama di Dewan Sivik Batu Rakit,Dewan Serbaguna Wakaf Catur,Maras pula telah dijadikan tempat untuk sesi kedua Program Bakti Remaja. Seramai 1132 peserta telah menerima dana RM200 pada sesi yang kedua ini.
Pada sesi kedua program ini ianya telah diresmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Jidin Shafie selaku Ahli Parlimen Setiu merangkap ketua UMNO Bahagian Setiu. Dalam ucapan beliau,beliau menyeru agar para pemuda dan puteri yang mendapat bantuan pada hari ini terus bersama-sama membantu kemenangan UMNO dalam PRU ke 13 nanti. Menurutnya hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang dapat membela nasib dan membangunkan negeri ke arah kemajuan dan pembangunan yang pesat. Tanpa kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti UMNO nikmat pembangunan yang dirasa sekarang tidak mungkin akan dirasai..tambahnya lagi.
Beliau juga memohon agar para pemunda dan puteri terus bersama-sama mengejar pembangunan dan kejayaan ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.
Dalam aspek pelajaran juga beliau menyeru agar para peserta menumpukan perhatian dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan.

Datuk Haji Mohd Jidin (tengah) diapit oleh Azhar Mohd Noor (kiri) Ketua Penyelaras Pemuda DUN dan Ambak Ismail (kanan) Naib Ketua Penyelaras.


Para peserta yang menghadiri program Bakti Remaja siri kedua.


Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Setiu Encik Bazlan Abdul Rahman menyampaikan ucapan.
Turut bersama menyampaikan ucapan dalam program ini ialah Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Setiu iaitu Encik Bazlan Abdul Rahman. Beliau menekankan kepada para peserta betapa pentingnya mendaftar sebagai pengundi. Menurutnya lagi setiap seorang yang telah berumur 21 tahun keatas layak untuk menjadi pengundi yang berdaftar untuk memilih sesebuah kerajaan bila berlakunya pilihanraya umun.
Menurut beliau lagi,satu undi yang dipangkah oleh seseorng yang telah menjadi pengundi akan menentukan menang kalahnya sesebuah parti yang bertanding dalam pilihanraya nanti.
Beliau berharap para peserta dapat menggunakan kebijaksaan masing-masing untuk memilih sesebuah kerajaan nanti.

Salah seorang peserta menerima bantuan dari Datuk Mohd Jidin Shafie. (berbaju ungu)

Para pegawai bank sedang menyemak nama bauncer peserta untuk ditukarkan dengan duit RM200.

Para peserta sedang menyemak nama masing-masing dengan para pertugas.


Program yang bermula pukul 8.30 pagi ini telah berakhir pada jam 3.00 petang.Turut bersama menjayakan program ini ialah Penghulu Munkim,Pengerusi JKKK,ajk Pemuda dan Puteri DUN dan pembantu-pembantu APMT Dun Batu Rakit.




Cerita dan gambar:MAZLAN MUSTAFA



SETIU HARI INI



berita penuh

Friday, July 16, 2010

Program Bakti Remaja 2010 -siri pertama

Pemuda dan puteri (kiri sekali) bersama pertugas pejabat daerah yang terlibat dalam program .


BATU RAKIT- Seramai 835 0rang pemuda dan puteri DUN Batu Rakit telah menerima dana bakti remaja sebanyak RM200 setiap seorang pada sesi pertama Program Bakti Remaja yang telah diadakan di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit pada 7hb Julai 2010.Program yang bermula jam 9.00 pagi ini telah berakhir jam 4.00 petang dan telah diresmikan oleh Yang Berhomat Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku ADUN Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.


Para pegawai bank sedang memberi duit dana kepada peserta program.
Dalam ucapan beliau menyeru agar semua pemuda dan puteri yang terlibat mengucapakan rasa syukur kerana berjaya dipilih oleh ketua-ketua pemuda dan puteri cawangan sebagai salah seorang penerima dana tersebut.Sesungguhnya tiada negeri dalam Malaysia yang begitu cakna hal ehwal dan kebajikan pemuda dan puteri mereka seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu. Betapa kerajaan negeri begitu perihatin terhadap rakyatnya..tambahnya lagi.
Beliau juga mengingat kepada pemuda dan puteri betapa pentingnya kerajaan yang sedia ada sekarang ini dikekal demi untuk kemajuan agama,bangsa dan negara.Sesungguh negara yang aman damai seperti yang dinikmati sekarang ini dapat memberikan seribu menafaat kepada para penduduk tidaka kira yang muda atau yang tua.

Para peserta beratur menunggu giliran masing-masing.


Beliau juga menceritakan kepada para peserta betapa negara sekarang telah banyak berubah kearah kemajuan kerana UMNO dan Barisan Nasional telah memerintah dengan sebaik-baiknya demi memberi kesenangan dan kejayaan kepada rakyatnya.Di akhir ucapan beliau,beliau memohon agar semua pemuda dan puteri membelanjakan duit yang diberi dengan sebaik mungkin.

YB Khazan (kiri), Pengerusi JKKK Tanjung (tengah) dan wakil Ketua Balai Polis Batu Rakit

Program yang diuruskan oleh Penyelaras Pemuda dan Puteri DUN Batu Rakit ini telah disertai besama oleh para pertugas dari Pejabat Daerah dan Agro Bank.Turut bersama mengendalikan ialah para pembantu APMT DUN Batu Rakit.Sementara itu dalam ucapan Setiausaha Penyelaras Pemuda DUN Encik Nazri Mamat,beliau mahukan agar pemuda dan puteri sentiasa memberikan sokongan kepada setiap program yang dilakukan oleh pemuda dan puteri DUN.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pemuda yang tidak mengendahkan setiap arahan yang diberikan oleh para pertugas program.Seolah-olah tiada rasa hormat yang diberikan kepada mereka yang setia bertungkus lumus untuk menjayakan program itu.
Beliau juga menyarankan mana-mana pemuda atau puteri yang belum mendaftarkan diri sebagai pemilih, agar segera berbuat demikian bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang mungkin akan berlaku tidak lama lagi.Harapannya juga agar peserta-peserta yang menyertai program ini menggunakan pemikiran yang terbaik bagi memilih kerajaan baru dalam pilihanraya nanti.


YB Ustaz Haji Khazan melangkah keluar dewan selepas tamat majlis perasmian.



YB Ustaz Haji Khazan menyampaikan ucapan.



Ambak Ismail selaku Naib Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN turut menyamapaikan ucapan.


Para puteri sedang mendengar ucapan dari penceramah.



Para pemuda sedang mendengar ucapan.


Setiausaha Penyelaras Pemuda DUN Encik Nazri Mamat sedang memberikan ucapan.



CERITA DAN GAMBAR: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI









berita penuh