Saturday, June 26, 2010

PROGRAM SUMBANGAN BANTUAN NELAYAN DUN BATU RAKIT 2010

Dari kiri Ketua APMT Hajjah Wan Maznah,YB Haji Khazan Che Mat,Ketua Penyelaras Pemuda Encik Azhar Mohd Noor dan Ketua Balai Polis Batu Rakit.

BATU RAKIT 25HB JUN 2010- Seramai 42 orang nelayan dari Kampung Pantai,Pengkalan Atap,Mengabang Panjang,Pagar Besi dan Kubur Timah telah menerima bantuan pukat dan alatan memancing dari YB Ustaz Haji Khazan Che Mat dalam Program Sumbangan Bantuan Nelayan DUN Batu Rakit 2010 yang diadakan di Kampung Pantai Batu Rakit.
Program ini berlangsung sebelum majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bola sepak pantai dan bola jaring yang dianjurkan Penyelaras Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO DUN Batu Rakit.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan kepada para nelayan.

Dalam ucapan Yang Berhomat Ustaz Haji Khazan,walaupun sumbangan yang diberi ini kecil tapi beliau berharap ianya dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menambah pendapatan masing-masing.Beliau juga meminta kepada nelayan-nelayan yang tertinggal namanya dalam program ini agar memohon kembali melalui ketua-ketua atau pemimpin masyarakat di tempat masing-masing.
Harapannya juga agar peralatan yang diberi ini tidak disalahguna atau dijual demi untuk mencari keuntungan segera.Apa yang diberi adalah untuk membantu semua pihak agar dapat merasai nikmat pembangunan yang telah dilakukan oleh parti pemerintah.

Mad Yusuf Abdullah (kiri) gembira menerima sumbangan dari YB Haji Khazan Che Mat.

Turut bersama hadir dalam program ini ialah Pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua -ketua UMNO Cawangan, Ketua APMT Dun Hajjah Wan Maznah dan pembantu-pembantu APMT,Ketua Balai Polis Batu Rakit,Ketua Penyelaras Pemuda Dun Encik Azhar Mohd Noor dan jawatankuasanya serta Ketua Penyelaras Pergerakan Puteri DUN dan jawatankuasanya.

Sebahgian tetamu yang menghadiri program bantuan untuk nelayan.

Program yang dikelolakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit ini diketuai oleh pegawai khasnya Encik Haji Kamaruddin Mohamed dengan kerjasama Penyelaras pemuda dan APMT.

P.A. Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad sibuk menyusun barang-barang untuk diberi kepada nelayan.


Cerita dan gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI

berita penuh

KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI / BOLA JARING (3 ON 3) TERTUTUP DUN BATU RAKIT 2010

Urusetia kejohanan (berbaju putih) bergambar kenangan dengan pasukan Kubur Timah (berbaju merah) dan pasukan Pagar Besi (baju oren)

BATU RAKIT-25HB JUN- 2010. Sebanyak 24 pasukan bola sepak pantai dan 8 pasukan bola jaring dalam DUN Batu Rakit telah berkampung di Pantai Reakreasi Batu Rakit untuk bersama-sama menyertai Pertandingan Bola Sepak Pantai dan Bola Jaring (3 on 3) anjuran bersama

Sibuk-urusetia pertandingan sibuk dengan tugas mengendalikan kejohanan.

Urusetia Pergerakan Puteri bergambar dengan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.

Penyelaras Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO DUN Batu Rakit.
Pertandingan yang bermula jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang ini telah dirasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku ADUN Batu Rakit dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.



YB Khazan menyampaikan cenderahati kepada wakil pasukan veteran Pantai Batu Rakit.

YB Khazan menyampaikan hadiah kepada pasukan naib juara Pagar Besi.


Pemenang tempat pertama kejohanan bolasepak pantai Pasukan Kubur Timah gembira menerima hadiah dari YB Khazan Che Mat.

Menurut Ketua Penyelaras Pemuda UMNO DUN Encik Azahar Mohd Noor tujuan diadakan pertandingan seperti ini adalah memupuk semangat setiakawan pemuda dan putri dalam Dun disamping itu juga menambahkan lagi program dan aktiviti pemuda dan puteri penyelaras.
Juara pertandingan bolasepak pantai ini ianya telah dimenangi oleh pasukan dari Kampung Kubur Timah yang telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.Naib juara pula dimenangi oleh pasukan Kampung Pagar Besi dengan wang tunai sebanyak RM300.Manakala tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Tanjung A dan Pecah Rotan berserta wang tunai RM200.

Khusyuk- sebahgian penonton menyaksikan perlawanan.

Bagi acara bolajaring pula tempat pertama sehingga keempat telah dimonopoli oleh pasukan dari Kampung Bukit Wan.
Perlawanan pertunjukkan antara jawatankuasa penyelaras pemuda dengan veteran Kampung Pantai turut diadakan.


Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiu Puan Rosnari Awang (baju pink) turut memeriahkan pertandingan.

Sebahgian penonton yang menyaksikan pertandingan.

Perlawanan bolajaring 3 on 3.

Perlawanan yang sedang berlangsung.







CERITA DAN GAMBAR: MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, June 15, 2010

Perintis Kecemerlangan Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Dun Batu Rakit 2010.

Tetamu kehormat-Dari kiri Ketua Balai Polis Batu Rakit, Presiden BERITA,YB Haji Khazan dan Pengerusi Akedemi GPMS Syed Anuar Syed Mohamad.


BATU RAKIT-Menyahut seruan Menteri Besar Datuk Haji Ahmad Said yang ingin menjadikan Terengganu sebagai negeri anjung ilmu,satu Program Perintis Kecemerlangan Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah DUN Batu Rakit telah diadakan di Akedemi Kepimpinan GPMS,Kampung Mengabang Panjang,Batu Rakit.Program anjuran Batu Rakit Intellect Team (BERITA) dengan kerjasama Pejabat Adun Batu Rakit ini telah disertai oleh seramai 64 orang pelajar terpilih yang akan menduduki peperiksaan SPM di sekolah-sekolah dalam Dun Batu Rakit. Antara sekolah-sekolah yang terlibat menghantar pelajar mereka ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan Zainal Abidin (STEMZA),Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting,Sekolah Menengah Berasrama Penuh Intergrasi Batu Rakit,Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot dan Sekolah Menengah Kebangsaan Elit Lembah Bidong.Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri telah bertindak merasmikan majlis penutup program ini.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan perasmian penutup program.
Menurut Encik Zaidi bin Yusof selaku Presiden BERITA,objektif utama program ini adalah untuk melahirkan generasi baru Batu Rakit yang cemerlang dalam pelbagai aspek,merangsang motivasi dan persiapan diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan,membentuk sikap dan suasana penghayatan ilmu pembelajaran yang berterusan dalam diri pelajar.Dengan tema program Ke Arah Melahirkan Generasi Berintelek ianya diharap menjadi pencentus kepada evolusi kecemerlangan generasi pintar minda Batu Rakit menjelang tahun-tahun yang mendatang..tambahnya lagi.


Encik Zaidi Presiden BERITA menyampaikan ucapan alu-aluan.

Pelbagai pengisian telah diatur oleh 15 orang faslitator dari BERITA sendiri untuk diberi kepada para pelajar bagi mengisi aktiviti-aktiviti dalam program selama tiga hari ini yang bermula 8hb sehingga 10hb Jun 2010.Ceramah motivasi,cabaran fizikal dan minda,riadah ilmu,slot kecemerlangan peperiksaan,hujah minda,kemantapan rohani,sukaneka dan tip-tip untuk menghadapi peperiksaan.


Antara tetamu dan para pengerusi jkkk yang hadir.

Dalam ucapan perasmian penutup Yb Haji Khazan berharap dengan lahirnya program-program seumpama ini,ianya akan melahir lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang berjaya dan seterusnya mengharumkan nama Batu Rakit didalam bidang akdemik.Ini akan menjadikan lebih ramai mereka yang berjaya dikalangan anak Batu Rakit bertambah.Beliau juga berharap agar pelajar-pelajar yang terpilih menyertai program ini menggunakan sebaik mungkin ilmu yang ditimba untuk mencapai kejayaan.

Hadir- sebahagian faslitator yang turut sama menjayakan program ini.
Beliau juga berjanji akan membantu selagi yang termampu demi memertabatkan kejayaan dalam bidang pelajaran untuk anak-anak Batu Rakit.Baginya inilah pelapis-pelapis harus diberi suntikan ilmu untuk menjadi seorang pemimpin satu hari nanti.Mengakhiri ucapan beliau,beliau menyeru supaya semua golongan terus memberi komitmen yang tinggi terhadap pelajaran demi menggapai sebuah kejayaan dimasa hadapan.

Bincang-para peserta turut di ajar membincangkan sesuatu masalah.

Majlis penutupan program ini juga telah dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi JKKK,Pengetua-pengetua sekolah yang terlibat,Pengerusi GPMS Negeri Syed Anuar Syed Mohamad,Ketua Balai Polis Batu Rakit,Apmt Dun dan ibubapa para pelajar yang menyertai program ini.

Kenangan-para peserta program bergambar kenangan bersama presiden BERITA (bersongkok) dan para faslitator.





Cerita: ZAIDI YUSUF
Gambar: MAZLAN MUSTAFA



SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, June 14, 2010

PAGAR BESI, MENGABANG LEKOR BERPESTA

Oleh : Mohamad bin Abdullah
Foto : Zainal Abidin bin Mamat

12062010(008)
MENYAKSIKAN - orangramai asyik menonton acara di laut.
BATU RAKIT, Isnin 14 Jun – Seramai 500 orang masyarakat nelayan termasuk kaum keluarga, sekitar Kampung Pagar Besi dan Kampung Mengabang Lekor dekat sini, hadir bersukaria di kawasan pantai sempena Karnival Sukaneka, Memancing Di Pantai dan Memancing Di Laut.

berita penuh

Friday, June 11, 2010

Portugal lawan Sepanyol...perlawanan akhir.

Pasukan Portugal (berbaju putih) dan Sepanyol (baju merah) bergambar kenangan dengan urusetia sebelum perlawanan akhir.
BATU RAKIT- Pemuda Tanjung Batu Rakit telah mengadakan satu Kejohanan Bolasepak Pantai 5 sebelah pada 4hb - 5hb Jun baru-baru ini.Sebanyak 21 pasukan dalam kawasan Batu Rakit telah menyertai pertandingan ini.


Urusetia sempat posing ketika sibuk menjalankan tugas

Perlawanan akhir- pemain-pemain bersemangat mengejar bola.

Menurut Encik Julaini Ali selaku Pengerusi Pertandingan, kejohanan ini terbahagi kepada 2 ketogeri iaitu dewasa dan remaja bawah 13 tahun.Terdapat juga acara sukaneka seperti kejar itik dan sepak bola (penalti) jarak jauh bagi veteran. Satu perlawanan pertunjukan antara veteran Kampung Mengabang Kapal dan Mengabang Buta menjadi selingan dalam Kejohanan ini.

Terhibur- sebahagian penonton yang menyaksikan pertandingan.

Pasukan Veteran-Mengabang Kapal (baju putih) dan Mengabang Buta.
Ketogeri bawah 13 tahun telah dimenangi oleh pasukan Tanjung A,tempat kedua pula Pasukan Kampung Kubur, manakala tempat ketiga dan keempat dikuasai oleh Alor Jambu B dab A.Sementara bagi ketegori dewasa pula telah diungguli oleh pasukan Portugal,tempat kedua pasukan Sepanyol dan ketiga keempat pasukan Nigeria dan Korea Selatan.


Pasukan Bawah 13 tahun-Tanjung (baju oren) dan Kampung Kubur



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI


berita penuh

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN KALI KE 22 UMNO CAWANGAN PANTAI BATU RAKIT.

Memohon keberkatan- jawatankuasa Cawangan bersama mengaminkan doa yang dibaca oleh Ismail Othman (berdiri)

BATU RAKIT- 11hb Jun 2010. Seramai 69 orang ahli UMNO Cawangan Pantai Batu Rakit telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli parti dengan menghadiri Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan yang ke 22 di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit hari ini.Walaupun persidangan kali ini bertembung dengan majlis-majlis kenduri kahwin yang banyak kerana cuti persekolahan,namun ianya tidak menghalang perjalanan persidangan ini untuk diteruskan.
Persidangan ini bermula jam 3.45 lewat 45 minit dari masa yang ditetapkan kerana menunggu kehadiaran ahli untuk mencukupkan peratus kehadiran yang dikhendaki.
Bermula persidangan,setiausaha cawangan Mazlan Mustafa telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi majlis.Selepas mengucapkan salam dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir,beliau mempersilakan Encik Othman Ismail ajk cawangan untuk membacakan doa untuk memberkati Persidangan ini.

Ketua Cawangan Encik Harrun Mohamad menyampaikan ucapan aluan.

Selepas bacaan doa,Encik Harun Mohamad selaku Ketua Cawangan memulakan ucapan beliau.Dalam ucapan alu-aluan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli parti yang hadir bagi menjalankan persidangan cawangan.Ucapan terimakasih juga dihulurkan kepada jawatankuasa pemuda kerana bertungkus lumus menyiapkan persiapan tempat untuk persidangan kali ini.

Wakil Pemuda Bahagian Encik Mohd Iskandar Jaffar sedang menyampaikan ucapan.

Bagi wakil Pemuda Bahagian Encik Mohd Iskandar Jaafar pula,beliau dalam ucapannya banyak menyentuh tentang penting ahli-ahli UMNO untuk hadir dalam mesyuarat agung.Tanpa mesyuarat agung satu-satu cawangan itu boleh dibatalkan.Ini kerana menurutnya lagi UMNO telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Pendaftar (ROS) yang mewajibkan setiap pertubuhan dibawahnya mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Wakil UMNO Bahagian Hajjah Wan Maznah Wan Nong menyampaikan ucapan perasmian.

Sementara itu dalam ucapan wakil bahagian yang diwakili oleh Ketua Wanita Bahagian Setiu Hajjah Wan Maznah Wan Nong pula lebih menekan betapa pentingnya UMNO kepada orang melayu kerana hanya UMNO yang lebih relevan dalam membela nasib orang melayu,agama dan negara.UMNO perlu dipertahankan dan diwarisi kepada pemuda dan puteri dengan ibubapa perlu memainkan peranan untuk mengajak mereka menghadiri mesyuarat.Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana telah ramai anak Batu Rakit telah berjaya dan menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan.Diakhir ucapan beliau menyeru agar ahli-ahli UMNO terus bersatu hati demi perjuangan bangsa melayu,agama islam dan negara tercinta.

Encik Yahya Ibrahim (berdiri) membahas usul.

Encik Jamil Hamzah (berdiri) turut sama membahaskan usul.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, June 10, 2010

PROGRAM PENANAMAN KAYU KARAS PERINGKAT DUN BATU RAKIT

YB Haji Khazan Che Mat (tengah) bersama pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan.

BATU RAKIT-10hb Jun 2010. Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Pejabat Dun Batu Rakit telah menjayakan satu program Kempen Penanaman Kayu Karas di Dewan KRT Bukit Wan pada hari ini. Program ini bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang telah dihadiri oleh seramai 200 orang penduduk setempat dan diresmikan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri.

Taklimat- Pengarah Jabatan Perhutanan Datok Haji Noh Afirudin sedang menyampaikan taklimat.

Program ini bermula dengan taklimat tentang kayu karas oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Datuk Haji Noh Afirudin.Menurut beliau kayu karas ini juga lebih dikenali sebagai gaharu yang berasal dari perkataan sanekerit iaitu "Agaru" yang bererti kayu berat (tenggelam) dan harum bila dibakar.Kayu karas ini juga banyak digunakan sebagai ubat-ubatan untuk pelbagai penyakit bermula dari daun,kulit dan akar.Di Malaysia,kegunaan kayu ini telah direkodkan di dalam perubatan seperti lepas bersalin,antikanser,penyakit kewanitaan,demam,sakit badan dan antibiotic.Menurutnya lagi, oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi untuk kayu ini kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan amat berbangga dan berterima kasih kepada Adun kerana telah cuba mengalakkan penduduk untuk menanam kayu karas ini sebagai punca rezaki jangka masa panjang.

Unik- sebahgian anak semaian kayu karas yang akan diagihkan.
Sementara itu bagi YB Haji Khazan Che Mat dalam ucapan beliau,beliau menyeru para peserta yang mendapat anak-anak semaian ini agar menggunakan peluang yang diberi ini sebaik mungkin.Walaupun ianya tidak memberi pulangan hasil dalam masa terdekat tetapi untuk masa akan datang ianya boleh memberi pendapatan puluhan ribu ringgit.

Terima- Pengerusi JKKK Bukit Wan (kanan) menerima anak semaian kayu karas.

Beliau juga berharap agar para peserta dapat menjaga anak-anak semaian ini sehingga dapat merasa hasilnya nanti.Inilah saja cara yang terbaik bagi kerajaan untuk membantu para peserta membaiki ekonomi dikalangan mereka.Sesungguhnya kerajaan sentiasa mencari jalan dan cara untuk memberi kesenangan kepada rakyatnya..tambah beliau.

Tumpu-peserta khusyuk mendengar taklimat tentang kayu karas .

Di akhir ucapan sebelum merasmikan program ini,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan kerana sudi menjayakan program dan menyumbangkan beratus anak semaian kayu karas secara percuma kepada para peserta.Terima kasih juga turut dihulurkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini seperti Pengerusi-pengerusi JKKK,Ketua Balai Polis Batu Rakit,APMT Dun Batu Rakit dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga ianya dapat memberikan satu pulangan kejayaan satu hari nanti..ujurnya lagi.

Turut serta-peserta wanita tidak mahu ketinggalan mengikuti program.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, June 9, 2010

Majlis Penyampaian sumbangan untuk UMNO Cawangan.

YB Khazan sedang menyampaikan ucapan.

BATU RAKIT-9HB JUN 2010. Bagi menyempurnakan Persidangan Mesyuarat Agong UMNO Cawangan-cawangan dalam Dun Batu Rakit, Adun Batu Rakit YB Ustaz Haji Khazan Che Mat telah berkenan menyampaikan sedikit sumbangan untuk cawangan-cawangan dalam majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chagak pada malam ni.Walaupun baru pulang dari Mesyuarat Exco Negeri di Kuala Lumpur, tidak menghalang beliau untuk terus menghadiri program ini.

Khusyuk-Ketua-ketua UMNO mendengar amanat yang disampaikan YB.

Seramai 30 orang ketua -ketua cawangan atau wakil telah bersama menjayakan majlis ini yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan UMNO Padang Kemunting Encik Zakaria Abdul Rahman.Dalam ucapan dan amanat YB untuk Persidangan kali ini,beliau menyeru agar semua ketua-ketua UMNO sentiasa berusaha menguatkan parti demi agama dan bangsa melayu.Beliau juga menyeru agar melupakan segala sengketa lama agar UMNO sentiasa kuat demi menghadapi pilihanraya akan datang.Persidangan UMNO Dun Batu Rakit telah ditetapkan pada 11hb dan 12hb Jun 2010 biarlah berjalan dengan suasana harmoni, kedatangan ahli yang mencukupi dan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan parti..harapnya lagi.
Hadir- Ketua-ketua UMNO yang bersama menjayakan majlis.

Beliau juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua Ketua-ketua UMNO Dun Batu Rakit yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepadanya demi kekuatan parti.Beliau juga akan sentiasa membantu cawangan-cawangan demi menjadikan UMNO Dun Batu Rakit dilandasan yang menyakinkan bila menghadapi pilihanraya ke 13 nanti.

Terima- Ketua UMNO Cawangan Padang Polis turut sama menerima sumbangan.

Majlis yang disertai oleh ketua cawangan ini turut dihadiri oleh Penolong Setiusaha Bahagian selaku Ketua Cawangan Padang Polis Encik Bazlan Abd.Rahman, Ketua Wanita Bahagian Hajjah Wan Maznah Wan Nong,Pegawai Khas DUN Haji Kamarudin Mohamad dan APMT Dun Batu Rakit.
Gelak Besar- ape yang dikatakan oleh YB yang menyebabkan Ketua UMNO Cawangan Bukit Cempaka ketawa?



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, June 2, 2010

CAKNA RAKYAT-sepetang bersama warga emas (pejuang-pejuang UMNO) di Pantai Batu Rakit.

Ketua Umno Cawangan Harun Mohamad (kiri) YB Khazan, Ketua Wanita Hajjah Wan Maznah dan Hajah Nik Aini (pangku anak) sedang mendengar cerita warga emas yang sakit (tengah)

BATU RAKIT-2HB JUN 2010 Seramai 12 orang terdiri daripada warga emas,orang kurang upaya dan warga tua yang uzur telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dari Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat dan isterinya Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh dalam program Sepetang Mengunjungi Warga Emas (pejuang-pejuang UMNO) di Kampung Pantai Batu Rakit.

Ketua Umno (Pak Harun) turut simpati melihat keadaan penyakit yang dialami oleh ibu Ketua Wanita Hajjah Wan Maznah (tengah)

Program ini merupakan anjuran UMNO Cawangan Pantai Batu Rakit yang diketuai oleh Ketua Cawangan Encik Harun Mohamad.

Bersama-sama simpati dengan keadaan pesakit warga emas (terlantar)

Menurut Encik Harun,tujuan program ini adalah untuk mengenang jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh warga emas ini.Walaupun ianya tidak setimpal dengan pergorbanan yang dicurahkan selama ini, tetapi ianya menandakan yang UMNO Kampung Pantai tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka.Inilah cara yang terbaik untuk pejuang-pejuang UMNO dahulu merasakan mereka ini tidak pernah dipinggirkan.

Mendengar cerita tentang perjuangan Umno dahalu dari bekas ahli Siah Mahmod (dua dari kanan)

Harapannya juga agar cara dan warisan ini akan tetap diteruskan oleh generasi muda kini untuk masa depan UMNO dan juga sebagai satu budaya melayu dimana budi dan jasa akan tetap dikenang sepanjang zaman.

YB bertanya khabar kepada pesakit angin ahmar (tidak berbaju)

Bagi orang kurang upaya pula,ianya akan tetap menjadi keutamaan UMNO cawangan untuk terus membantu meringankan beban dan segala masaalah yang dihadapi oleh pesakit mahupun keluarga pesakit..tambah Encik Harun lagi.

Walaupun tidak boleh bergerak tetapi tetap ceria menerima kehadiran YB (berbaju putih) dan isterinya

Bersama menjayakan program ini ialah Ketua Wanita Cawangan Hajjah Wan Maznah dan jawatankuasanya,jawatankuasa pemuda UMNO cawangan, Pegawai Khas Adun Ustaz Haji Kamaruddin Mohamad dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Warga emas (bertudung biru) menceritakan pahit maung perjuangan Umno dahulu kepada YB

Bagi Ustaz Haji Kamarudin selaku Pegawai Khas kepada Adun,program seperti banyak membantu pihaknya untuk menyemak kembali senarai nama-nama warga emas yang terlepas pandang dari menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ataupun Majlis Agama Negeri (MAIDAM) disamping menambahkan lagi bantuan yang diperlukan untuk keluarga pesakit.

Warga emas (tidak berbaju) tetap ceria ketika menceritakan keadaan beliau walaupun penglihatannya sudah kabur.

Program ini bermula jam 5.00 petang dan berakhir jam 7.15 malam.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh