Tuesday, March 30, 2010

BADMINTON BATU RAKIT




Kelab Badminton Batu Rakit (KEBARA)telah menganjurkan satu pertandingan badminton antara regu pada 22hb hingga 30hb March 2010.Pertandingan ini telah berjaya menarik minat beberapa kelab badminton menyertainya.
Kejohanan ini dibahagikan kepada 2 ketogeri iaitu mahir (A) dan separuh mahir(B).Bagi ketogeri A sebanyak 16 regu menyertainya dan bagi ketogeri B pula sebanyak 20 regu.Ianya dijalankan secara liga kumpulan.
Juara bagi ketogeri A telah dimenangi oleh regu Haji Omar dan Shahrel Mat,manakala tempat kedua pula oleh regu dari Kelab Badminton Alor Jambu yang diwakili oleh Azhar Jusoh dan Mohd Amin Abdullah.Dua lagi wakil dari Kelab Badminton Alor Jambu iaitu regu Mansor dan Zamri,Khairudin dan Azmi berjaya menduduki tempat ketiga dan keempat.
Ketogeri B pula telah diungguli oleh regu Azmi Ghani dan Jamal Agil dari KEBARA dan tempat kedua pula oleh regu Adzmi Mat dan Tarmizi Norbit dari Kelab Badminton Pantai Batu Rakit.
Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh regu Wee dan Hasbullah dari Buluh Gading,Bakar dan Awi dari Kelab Badminton PGA.
Pegawai Khas dari pejabat Adun Batu Rakit iaitu Ustaz Kamarudin Mohammed telah melakukan majlis penyampaian hadiah sebagai wakil dari YB Adun Batu Rakit.
Pengerusi Kebara Encik Azmi Ghani berkata,"tujuan mengadakan kejohanan ini ialah bagi menpelbagaikan aktiviti sukan dalam Dun Batu Rakit,melahirkan lebih ramai pemain-pemain badminton yang aktif dan menjulang kembali nama Batu Rakit sebagai salah satu tempat yang paling aktif dengan pelbagai program sukan"
Semoga dengan lancarnya perjalanan pertandingan ini akan dapat membuka mata pelbagai pihak untuk terus bersama membantu KEBARA bagi membangunkan sukan badminton diperingkat akar umbi.

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, March 28, 2010

PERKASA MULA MENDAPAT PERHATIAN MASYARAKAT


TENGAH - Tun Dr Mahathir besama isteri, Tun Dr Siti Hasmah (pakaian putih )

BATU RAKIT, 28 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mula mendapat tempat di hati ramai masyarakat Melayu di DUN Batu Rakit.

Beberapa orang pemimpin JKKK dan APMT telahpun mengisi borang keahlian dengan bayaran RM10.00 seorang untuk pendaftaran.

Naib Pengerusi Perkasa Negeri, Haji Abd Rahman bin Mat Yasin berkata, "setakat ini, beliau telah menerima lebih 50 permohonan ahli baru, walaupun Perkasa belum diwar-warkan lagi kepada umum."


KHUSYUK - para perwakilan dan pemerhati sedang khusyuk mendengar ucapan Tun Mahathir bin Mohamad

"Sebagai tanda terima kasih kepada mereka, saya telah menghantar 10 orang pemerhati ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bertempat di Dewan Tun Razak I, PWTC, Kuala Lumpur", jelasnya.


SAMBUTAN MERIAH - Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di luar Bangunan Dewan Tun Razak I, PWTC.

Negarawan Ulung, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah berkenan merasmikan mesyuarat agung tersebut pada 27 Mac 2010.



Selain itu, ramai tokoh-tokoh pejuang Melayu turut hadir sama pada majlis perasmian tersebut. Mereka termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir, mantan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kasim, dan mantan Menteri Penerangan Malaysia Datuk Seri Kadir Sheikh Fadhil.


SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, March 24, 2010

GOTONG-ROYONG MENANAM POKOK RHU DI PERSISIRAN PANTAI


YB Khazan menanam pokok ru.

BATU RAKIT, 25 Mac-Program menanam pokok rhu telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Khazan Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama Negeri, Terengganu di kampung Pantai Batu Rakit.
Aktiviti ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), APMT Dun Batu Rakit dan masyarakat setempat.


Peserta program bersama YB Khazan (berdiri- empat dari kanan)

Program ini bertujuan untuk menghijau dan mengindahkan kawasan persisiran pantai, di samping itu juga ianya untuk mengelakkan berlaku hakisan tanah yang sering terjadi apabila tiba musim tengkujuh.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, March 23, 2010

LAWATAN PERCAMBAHAN MINDA KE KEPULAUAN RIAU,INDONESIA.




APMT dan Ketua-ketua Wanita UMNO DUN Batu Rakit telah mengadakan lawatan ke Pulau Karimun,Tanjung Balai,Indonesia pada 18hb hingga 21hb March 2010.Seramai 45 orang peserta telah mengikuti lawatan ini.Program ini diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu,Hajjah Wan Maznah Wan Nong.
Di antara pengisian sepanjang lawatan ini adalah berkunjung ke Sekolah Dasar Islam Terpadu (SDIT),melihat keunikan Masjid Agong Karimun dan ceramah mengenai Pendekatan Islam di

Kepulauan Karimun oleh Drs.Riadul Afkar dari Pejabat Agama Kementerian Agama Kabupaten Karimun.
Rombongan ini sempat juga beramah mesra dengan YB Taufik dan isterinya Adun kawasan Tanjung Balai,Karimun.

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, March 21, 2010

ZIARAH KEMATIAN

 
BERBUAL - YB Dato' Hj Mohd Jidin Shafee sedang berbual sesuatu......
BATU RAKIT, 21 Mac – Ahli Parlimen Setiu, YB Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee telah sempat menziarah rumah Allahyarham Mat Ali bin Tahir, Kampung Kubur Timah yang meninggal dunia jam 3.00 pagi tadi dipercayai sakit jantung.

berita penuh

Saturday, March 20, 2010

KOMPLEKS PEMULIHAN/PEMBANGUNAN WARGA OKU 1MALAYSIA

 

HADIR - tetamu bersama keluarga OKU hadir pada majlis Perletakan Batu Asas Kompleks   Pemulihan/Pembangunan Warga OKU 1Malaysia

BATU RAKIT,  20 MAC – Badan Amal Insan Istimewa Negeri Terengganu (BAIIT) telah dianugerahkan sebidang tanah wakaf seluas hampir 0.5 ekar di Kampung Pengkalan Atap.

Kawasan yang terletak atas tapak Lot 15520/19883 berhampiran pantai akan dijadikan Kompleks Pemulihan/Pembangunan Warga OKU 1Malaysia. telah diwakafkan oleh pemiliknya Encik Saiful Bahrim bin Salleh.

Sempena penyerahan surat anugerah oleh pemiliknya kepada Pengerusi BAIIT, Kapten (B) Encik Saidi bin Kadir, penyampaian sumbangan hamper-hamper dan kerusi roda kepada beberapa orang OKU telah diadakan.

 

PEMILIK TANAH - Encik Saiful Bahrim Salleh (tengah)

Sebelum itu, dalam acara ringkas, Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja (Tengku Ibrahim ibnu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah) selaku Penaung DiRaja kepada BAIIT telah berkenan menandatangan plag perletakan batu asas, kompleks tersebut, pada jam 10.00 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Yang Berhormat Ustaz Khazan bin Che Mat turut hadir bersama Pengerusi-Pengerusi JKKK dalam DUN Batu Rakit. 

Disamping itu, tanah yang bersambung dengan tanah tersebut akan disewakan oleh pemiliknya kepada BAIIT untuk dijadikan kawasan trek latihan sukan paralimpik dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri.

Posted by matdolah at 12:57 AM

berita penuh

Tuesday, March 16, 2010

GASING PANGKAH PUPUK PERPADUAN UMMAH

Capture1

BATU RAKIT - 16 Mac, Pertandingan gasing pangkah anjuran Komuniti Bestari Wakaf Chagak telah dapat memupuk perpaduan ummah.

Perpaduan wujud dapat dilihat di kalangan pasukan bermula mencari teras kayu (banir lama) untuk membuat gasing, kulit kayu (tali gasing), kayu penyokok hingga kepada hari perlawanan.

Mereka (25 orang setiap pasukan) berkerjasama sesama pasukan mengikut kategori. Sebelum pemusing atau pemangkah melilit tali gasing di lenggannya, tali tersebut perlu diurut atau digosok terlebih dahulu oleh pembantu supaya tali gasing tidak boros apabila dipusing atau dipangkah.

berita penuh

Wednesday, March 10, 2010

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT




Batu Rakit-JKKK Padang Polis dengan kerjasama APMT Dun Batu Rakit telah mengadakan program pemimpin bersama rakyat pada 27hb Febuari 2010 yang telah dirasmikan oleh YB Ustaz Haji Khazan Che Mat yang telah dihadiri seramai 300 orang masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sukan rakyat,bola sepak 3 on 3,sepaktakraw,penyampaian anugerah jasamu dikenang(5 orang) dan persembahan kebudayaan(dikir barat).

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, March 7, 2010

Majlis Penyampaian Motorsikal Roda Tiga

Majlis penyerahan motorsikal roda tiga yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat Exco Agama Dan Penerangan Negeri telah diadakan di Dataran Bestari, Padang Polis, Batu Rakit pada 3 Mac 2010 yang turut disertai oleh Ketua Polis Batu Rakit,warga APMT Dun Batu Rakit, JKKK dan kontraktor yang terlibat.



berita penuh

MENTERI BESAR BERJIWA RAKYAT

4 Mac 2010, Khamis
Oleh : Kumpulan 4

Hulu Terengganu – Pemimpin berjiwa rakyat istilah paling tepat yang patut diberikan kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad bin Said kerana sanggup meluangkan masa menghadiri ke tiga-tiga program yang berasingan tanpa menghiraukan penat lelah.
Ketiga-tiga program tersebut telah dirangkumkan dalam program ‘1 Petang Menteri Besar Terengganu Bersama Rakyat’, anjuran Penyelaras UMNO Dun Manir. Program tersebut telah mendapat sambutan hampir 5,000 orang.


Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan seperti Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR kepada 81 orang, menanam anak pokok Kelapa Sawit sebanyak 150 pokok, Pelancaran Anak Angkat Penyelaras UMNO Dun Manir dan penyampaian Buku Akaun BSN kepada Anak Yatim seramai 200 orang, menanam padi dan menangkap ikan.
Menurut Pengerusi Penyelaras UMNO Dun Manir merangkap Pegawai Pembangunan Dun Manir, Encik Yusuf Bin Awang Hitam, program ini telah berjaya mencapai objektif dalam mendekatkan hubungan di antara pemimpin dengan masyarakat setempat.


SETIU HARI INI

berita penuh

PROGRAM JUARA RAKYAT MENEPATI SASARAN

“Kebajikan rakyat diutamakan”

SETIU, 27 Feb – Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN) Langkap telah menganjurkan Program Juara Rakyat peringkat negeri yang bertemakan Bulan Kebajikan bertempat di Pekan Sri Langkap dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Dato Ahmad bin Said.


Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YB ADUN Langkap, Jabi, Permaisuri, Batu Rakit serta ahli jawatankuasa 4 sayap UMNO bahagian setiu.

Kira-kira 10,000 pengunjung telah menyertai program ini dan dimeriahkan lagi dengan acara Jamuan Rakyat di samping pelbagai aktiviti lain seperti konvoi bermotosikal, sukaneka, persembahan kebudayaan dan pameran jabatan kerajaan.


Meriah...program juara rakyat mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program ini turut melibatkan majlis penyampaian bantuan kebajikan kepada 1000 penerima yang telah disenaraikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan yang diberikan berbentuk kerusi roda, wang tunai dan barang keperluan harian.

Majlis ini diakhiri dengan acara marhaban oleh jawatankuasa wanita dan puteri DUN Langkap.


SETIU HARI INI

berita penuh